CHAPTER 9

Action Series 136596

"Did you find anything?" Soal Ethan pada anaknya.

Dia yang sedang duduk bersandar di atas kerusi sofa itu memandang tepat pada Emeer yang sedang berdiri tegak di depan jendela sambil menghembuskan rokok di tangan.

Dia tersenyum sinis.

Anak sulungnya itu tidak ubah sepertinya masa muda dulu.

""Ho già trovato quel bastardo. (I already found that bastard)" Matanya langsung tidak berkalih memandang jauh ke luar jendela itu.

Sebelah kening Ethan terjungkit naik.

"come lo trovi? (How do you find him?)." Setahunya baru petang tadi Alex bagitahunya yang mereka masih berusaha mencari orang yang menembak isterinya.

"I have my way, daddy. Just like you." Ujar Emeer sambil memandang daddynya dengan riak yang hanya dia dan daddy sahaja faham.

Ethan tersenyum kecil sambil menggelengkan kepalanya.

Putung rokok yang semakin pendek itu di lenyekkan ke dalam ashtray.

Ethan hanya memerhati anak lelakinya yang mula melabuhkan punggung di depannya. Dia tahu, Emeer seperti mahu bincangkan sesuatu dengannya.

"Daddy, sekarang mummy dah sedar. So bila daddy nak pindahkan mummy ke hospital dekat KL? I don't think she will safe to stay here."

"Daddy dah bincang dengan Doktor Danny. Mungkin sehari dua lagi. Bagi mummy recover dulu. Lagipun dia kan baru sedar."

Emeer mengangguk.

"And doctor Thea will incharge for mummy's case until she will recovery."

Emeer sedikit terkejut dengan apa yang baru sahaja keluar dari bibir daddynya. Kalau rawat di sini dia tidak terkejut tapi hingga ke Kuala Lumpur dia juga yang uruskan mummy.

"What? I mean why? Kan ramai je doktor hebat dekat Hospital kita tu. Yang daddy nak juga bawa dia sekali tu kenapa? There is must be a reason, right?"

Kali ini nada suaranya sedikit tidak puas hati. Punya la banyak Doktor di Specialist Hospital Centre itu, gadis itu juga yang mahu di angkut oleh daddynya. Kenapa perlu terikat dengan gadis yang hanya merawat mummynya sahaja. Dia sendiri tidak dapat jangka apa yang bermain di fikiran lelaki yang duduk di depannya ini, Ethan Hayyes.

"Just like you say, I have my way, son. Kenapa nampak tak puas hati sangat ni? Lagipun, she save mummy's life. What's the matter?" Dia merenung Emeer tajam.

Emeer membalas pandangannya. Kedua belah tangan di genggam kemas.

"Nothing." Balasnya sepatah.

Tawa kecil mula tercetus di bibir Ethan. Dia kemudiannya menggelengkan kepala.

"Don't try hiding something from me, son. Tell me." Kali ini nada suara Ethan kedengaran serius.

Dia tahu pasti ada yang anaknya tahu tapi tidak mahu bagitahunya. Setahunya, kalau berkaitan dengan Thea Hazel, tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Kita tak patut libatkan dia dalam urusan ini bila mummy dah di pindahkan ke Kl nanti, daddy. That's all you should know at this moment." Emeer berharap daddy nya faham dengan apa yang cuba dia maksudkan.

"Let me think about it first."

"DOKTOR THEA."

Panggil Doktor Adam yang berada di belakang itu dengan nada sedikit kuat. Mata-mata yang memandang di sekeliling tidak di hiraukan olehnya. Dia berlari anak apabila melihat doktor cantik itu berhenti melangkah dan menoleh ke arahnya.

"Ye Doktor Adam? Kenapa sampai berlari-lari ni?" Tanya Thea sambil dahinya berkerut seribu. Dari jauh dia dapat dengar suara Adam menejerit memanggil namanya. Matanya turut memandang sekeliling.

Doktor Adam menghela nafasnya samnil tersengih.

"You busy ke? Merata I cari you." Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam coat putihnya. Wajah si gadis pujaannya di tatap dengan penuh minat.

"Sorry Adam. I've been a little busy lately."

Sememangnya dia sibuk sejak dia diberi tanggungjawap dan kepercayaan besar untuk menjaga dan merawat salah seorang pesakit VVIP yang terpenting. Tiada lagi masanya untuk bersama kawan-kawan sekerjanya seperti dulu.

Mereka yang berbual di laluan orang ramai berginjak ke sebelah kiri sedikit supaya tidak menghalang laluan orang ramai.

"Are you still handling the case of Mr. Ethan's wife?"

"Ya. This is Doctor Danny's order." Balas Thea pendek sambil mengerling sekilas ke arah jam di tangan.

Masih ada masa sebelum dia pergi ke wad pesakitnya.

"But why you? Setahu I ramai lagi doktor hebat dan berpengalaman dekat hospotal ni untuk handle that case. Lagipun setahu I, Puan Kayla dan makin sembuhkan?"

Kata-kata yang di lontarkan oleh Adam itu sedikit sebanyak buat Thea tersentak. Bibirnya di ketap kuat. Tangan yang berada di dalam poket coat putih itu di kepal kuat.

"Did you just say that I'm not good enough? Did you Adam?"

Adam mula mengelabah apabila melihat riak wajah Thea sedikit berubah. Laju sahaja dia menggelengkan kepalanya.

"No. I did mean to..." Belum sempat dia menjawab, salah seorang staffnurse di situ mencelah.

"Maaf doktor. Doktor Danny nak jumpa Doktor Thea sekarang, dalam pejabat dia."

"Baik. Terima kasih ya. Kejap lagi saya sampai." Dia terus berlalu dari situ.

"Thea, listen.. I don't mean to..." Sekali lagi kata-kata Adam terhenti apabila Thea mengangkat tangannya tepat ke depan muka Adam.

"Sorry. Not this time. I have work to do. Assalamualaikum."

Thea terus berlalu meninggalkan Adam yang tegak berdiri memandangnya dari belakang. Dia tahu dia masih lagi baru disini tapi kata-kata Adam itu seperti memperlekehkannya. Dia tidak minta untuk di puji kerana dia kerja dengan seikhlas hati.

Niat untuk menolong orang lain, merawat pesakit seikhlas hati sehingga sembuh. Memberikan sedikit harapan untuk mereka menjadi sihat seperti orang lain. Bukan untuk mengejar nama atau pangkat. Itu yang selalu di pesan oleh papanya.

"Are you coming doctor Thea?" Lamunan Thea terus berterbangan apabila terdengar suara garau berbisik di telingannya.

Matanya laju memandang ke arah susuk tubuh tegak yang sedang melangkah masuk ke dalam perut lif yang terbuka itu. Apabila lelaki itu berpaling, sekali lagi jantungnya tidak stabil sebaik sahaja matanya kini bertembung dengan pemilik mata dark hazel itu.

"Are you coming, tesoro?" Sekali lagi Emeer bertanya sambil mengangkat sebelah keningnya.

Thea terus melangkah masuk ke dalam lif tersebut. Kakinya terundur sedikit ke belakang apabila melihat dua orang lelaki yang berbadan sasa, berpakaian serba hitam turut melangkah masuk.

Emeer terus berganjak ke belakang, lebih tepat di sebelah Thea. Memberi ruang kepada anak buahnya. Menjadikan dia dan Thea berada di belakang.

"Your level, doctor?" Soal salah seorang lelaki yang yang berpakaian hitam itu.

"Erk.. level ten, please. Thanks." Balas Thea perlahan. Antara dengar tidak dengar.

Butang lif tingkat sepuluh segera di tekan.

Sebenarnya dia sedikit gugup apabila bau perfume lelaki yang berdiri sedikit rapat dengannya itu betul-betul buat rentak jantungnya bagai mahu pecah.

Bibir bawahnya di gigit kuat. Cuba menghilangkan rasa gugup itu.

Reaksi Thea itu buat bibir Emeer terjungkit naik.

"Don't bite your lips, Thea Hazel." Ujar Emeer sambil merenung tajam ke arah doktor di sebelahnya itu.

"Hah?" Tiba-tiba sahaja Thea jadi blank.

Emeer melangkah dua tapak ke arah Thea menjadikan jarak mereka sangat dekat. Pada masa yang sama, tubuh Thea tersekat di ruang hujung lif itu apabila tubuhnya rapat di dinding lif.

Tiba-tiba nafasnya seakan tersekat apabila Emeer semakin merendahkan tubuhnya menjadikan jarak wajah mereka hanya tinggal beberapa inci sahaja. Sebelah tangan Emeer naik melekat di sebelah kepala Thea, manakala sebelah lagi kekal di dalam kocek seluar.

"I said, don't bite your lips in front of me, again if your don't want me to test your lips, tesoro."

Ting!

Bunyi pintu lif terbuka di tingkat sepuluh, buat Thea menolak kuat tubuh tegap lelaki di depannya itu. Laju sahaja langkahnya keluar dari perut lif tersebut.

Tercentus tawa kecil di bibir Emeer apabila melihat wajah Thea yang kemerahan itu di tambah dengan langkahnya yang sedikit kalut keluar dari lif.

Dua orang anak buahnya yang berdiri di depannya itu menjeling antara satu sama lain. Tidak sangka yang mereka akan dengar tawa dari seorang Emeer Hayyes yang selama ini 24/7 berwajah beku tanpa sebarang senyuman terukir di bibirnya.

Terlalu mahal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience