CHAPTER 2

Action Series 136577

THEA tersenyum manis sambil kaki menuruni satu persatu anak tangga menuju ke ruang makan. Apabila melihat kelibat Mak Munah yang sedang sibuk mengacau air di dalam teka, dia terus berjalan perlahan dan terus memeluk tubuh gempal itu dari belakang.

"Aarrgh." Mak Munah mengurut dadanya dan mencubit kuat lengan Thea yang sedang ketawa itu.

"Ha.. Ha.. Ha.. Lawak la Mak nie. Orang peluk je pun, terkejut macam tu sekali." Ujar Thea sambil memeluk Thea kembali.

"Pandai la kamu. Nasib baik Mak tak ada sakit jantung. Kalau tak dah lama Mak jalan." Teko air yang siap dibancuh dibawa ke ruang makan. Thea mengekori dari belakang.

"Apa pula cakap macam itu. Tak suka la." Rengek Thea. Dia sudah anggap Mak Munah sebagai Mak nya sendiri kerana sejak kecil Mak munah lah yang menjaganya apabila Ibu dan papanya sibuk.

Mak Munah ketawa kecil apabila melihat muncung Thea. "Mak gurau je lah. Dah duduk makan. Kejap lagi papa dan Ibu turun."

Thea mengangguk.

"Good morning my sweetpie."

Tengku Hafiez mencium pipi Thea lalu melabuhkan punggung di hujung meja makan manakala Puan Thalia pula melabuhkan punggung di sebelah Thia. Kopi dituangkan ke dalam cawan suaminya. Bihun goreng pula diletakkan di atas pinggan lalu dihulurkan kepada tengku Hafiez.

Thea mengeruh dahi apabila melihat papanya berpakaian kemas.

"Papa kerja ke hari nie? Tapi semalam papa cakap papa cuti." Thea menongkat dagu.

"Sorry sweetpie, papa terpaksa pergi hospital juga. Papa ada urgent surgery for my patient." Dia terpaksa masuk kerja kerana kali ini melibatkan pesakit VVIP nya.

Thea mengangguk. Seperti memikirkan sesuatu.

"Kenapa Thea?" Tanya Puan Thalia. Tahu sangat riak wajah anaknya itu. mesti ada sesuatu.

Thea tersengih.

"Can I coming with you, papa?" Tanya Thea perlahan. Kalau duduk dekat rumah pun bosan juga. Nak tunggu jawapan dari pihak hospital yang dia minta tidak tahu bila.

"What for?"

"Saja. Looking around. Ambil feel kejap. And papa, actually I was thinking about this a long before and if you don't mind, can I apply position there?" Tanya Thea perlahan.

Benda ini sudah lama dia fikirkan. Mula-mula ingat nak minta dekat hospital kerajaan sahaja tapi dia hendak mencari pengalaman yang lebih mencabar dan baginya tidak salah untuk mencuba di hospital tempat papanya bekerja.

"Are you sure?" Tanya Doktor Hafiez sambil mata memandang ke arah isterinya.

"Very sure papa. Can i?" Thea sangat berharap papanya setuju dengan keputusannya ini.

"Alright then. I will try to ask adminstration first about job vacancy." Thea bangun lalu mengucup lembut pipi papanya.

"Thanks papa. Love you." Doktor Hafiez tersenyum.

"Most welcome and love you more sweetpie."

EMEER melangkah masuk ke dalam bangunan The Hayyes Academic dengan wajah yang serius. Kaca mata hitam sentiasa terletak elok di batang hidungnya.

Semua yang berada di situ hanya menunduk hormat kepadanya. Tidak berani menegur ketua mereka yang selalu mempamerkan riak wajah dingin itu. Kebanyakkan mereka memanggil lelaki itu sebagai Mr. Alpha sebab bagi mereka Luthfan Emeer seorang lelaki yang too perfect but too heartless and danger.

Dia boleh jadi bukan dirinya sendiri apabila sesuatu menyentuh kemarahannya sendiri. Mereka pernah melihatnya sendiri di depan mata apabila Mr. Alpha mereka membelasah seorang tenaga pelajar disitu yang cuba untuk sabotaj maklumat sulit yang terdapat di The Hayyes Academic.

The Hayyes Academic adalah ditubuhkan sendiri oleh Emeer sejak dua tahun yang lalu. Di situ dipenuhi dengan teknologi yang tinggi untuk menjaga setiap maklumat, keluar masuk setiap orang dan teknologi yang tinggi untuk setiap pelajaran yang mereka pelajari.

Akademik ini juga melahirkan seorang hacker, sniper, pro martial art, and professional IT. Ini semua adalah atas Idea Emeer sendiri.

"Morning Sir." Emeer hanya mengangguk kecil.

Panggilan Sir itu hanya di akademik sahaja.

Apabila sampai sahaja di depan pintu kaca yang menempatkan pejabatnya, Ibu jari dan mata diletakkan pada pengimbas, bila berbunyi beep pintu bilik automatic terbunyi dengan sendiri. Dia melangkah masuk lalu punggung dihenyekkan pada kerusi empuk miliknya.

Nafas dihelakan perlahan.

Terlalu lama dia tidak menjejakkan kaki. Segala ketiadaannya diuruskan oleh Eiden dan Shawn. Kerana Eiden langsung tidak berminat untuk menguruskan Hayyes Holding. Dan dia terpaksa mengalas banyak tanggungjawap. Akademik ini merupakan passion nya dari dulu.

"Anything Eiden?" Tanya Emeer pada adiknya yang duduk di depannya itu. Dia perlu tahu setiap pergerakkan akedemik nya itu.

"Nothing much. Every single report, I already give to daddy. He already check it. And one more thing you should know that, next month we have meeting with one of biggest company from Japan. They want our hacker and IT. If you okay with that, I will ask Shawn to proceed it." Jelas Eiden sambil bermain pen ditangan.

Emeer hanya mengangguk sambil memandang ke arah Eiden lama. Seakan memikirkan sesuatu.

"Give me details first, then I will look forward about this. I need settle a few thing here first, sebelum masuk Hayyes Holding." Latte starbuck milik Eiden yang berada di atas meja di ambil lalu di hirup perlahan.

"I can handle this. No need to worried, okay brother?" Dia tersenyum sinis.

"Tak boleh ke kau masuk je dekat Hayyes Holding itu? Ikut apa yang daddy rancang." Ujar Emeer sedikit keras.

Geram. Dia pula terpaksa ambil alih The Grand Hayyes's Hotel. Padahal awal-awal lagi dia sudah bincang tentang perkara ini dengan daddynya sebaik sahaja The Hayyes Academic ditubuhkan.

Eiden mendengus.

"You knew my answer right. And it still a big no. Jangan paksa aku, Long. Kau kan anak sulung, kau la yang galas tanggungjawap tu." Emeer merenung tajam.

Banyak kali mereka bahaskan tentang perkara ini, tapi jawapannya tetap sama. Luthfan Eiden Hayyes seorang yang sangat keras kepala. He can do whatever he want to. Dan sedingin mana pun Luthfan Emeer, baginya family comes first.

"Fine. Just get out from here. I need my privacy and thanks for latte." Emeer terus mengambil minuman itu dan menhirupnya perlahan.

"Ish.. Kau nie kan long, suka sangat sakitkan hati aku. Dah la latte tu aku dah lama mengidam. Bak sini duit." Dia terus bangun dan menghulurkan tangan kepada Emeer.

Emeer membuka dompetnya, lalu not lima puluh di hulurkan kepada adiknya. Kalau bab mengebas duit orang, si kembar adalah orangnya. Eiden tersengih lalu keluar dari bilik abangnya itu.

"Thanks brother. Nanti jangan lupa semak dulu semua details yang atas meja tu. Aku nak tengok budak-budak training kejap. Anything just call me." Eiden terus melangkah keluar dari pejabat abangnya itu.

Emeer terus membuka satu persatu fail yang berada di atas meja itu. Dia tidak boleh terlepas setiap maklumat penting. Sebelum mereka menerima perjanjian dari syarikat yang ingin bekerjasama dengan akademiknya, dia perlu menyemak dan memastikan yang syarikat itu betul-betul bersih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience