CHAPTER 18

Action Series 136596

Dua bentuk cincin di jarinya di mainkan sejak dari tadi. Satu cincin merisik belah rotan yang dikelilingi oleh berlian dan satu lagi cincin dengan sebentuk berlian yang sederhana besar.

Walaupun kedua cincin itu sangat cantik bila tersarung di jarinya, namun hatinya langsung tidak tertarik.

Fail pesakit di atas meja langsung tidak di sentuhnya. Hanya jasad berada di situ manakala fikirannya entah melayang ke mana.

Kini hampir sebulan dia bergelar tunang paksaan kepada seorang lelaki yang bernama Luthfan Emeer. Selepas kejadian Emeer menceroboh masuk ke dalam pejabatnya, menggugutnya, dan menculiknya selama tiga hari, dia terpaksa akur.

Akur dengan kehendak lelaki itu. Lelaki kejam yang pernah dia jumpa.

Walaupun dia cuba untuk lari daripada kehidupan lelaki itu, makin dia jauh pergi makin dekat lelaki itu menghampiri. Sampaikan satu tahap, dia tidak lagi mampu untuk buat apa-apa.

Lelah.

Lelah dengan permainkan anak Ethan Hayyes. Lepas sahaja majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup, dan melihat tahap kesihatan Puan Khayla semakin membaik. Dia terus mengambil keputusan untuk balik ke Johor.

Walaupun dia sudah di beri pilihan untuk berpindah di Kuala Lumpur tapi kerana tidak mahu berjumpa dengan tunangnya sendiri dan berkeras juga untuk berkhidmat di sana.

Nafas berat di lepaskan perlahan. Tubuh segera di sandar pada kerusi berodanya. Mata di pejamkan. Airmata mula merembes keluar.

FLASHBACK

Mata yang terasa berat segara dibukanya perlahan. Kepala yang berdenyut itu dipicitnya perlahan. Sebaik sahaja mata di buka, pandangannya mula beralih ke segenap ruang bilik itu.

Dahinya mula berkerut apabila menyendari dia bukan berada di biliknya. Laju sahaja tubuhnya bangun dari baring. Matanya mula melilau sekeliling sambil fikirannya mula memproses apa yang berlaku.

Hatinya mula berdengup kecang, darah mula menyerbu ke mukanya apabila menyedari tubuhnya hanya dibaluti dengan sehelai baju t-shirt hitam yang besar. Hanya paras pahanya.

Airmatanya mula mengenang. Pantas sahaja kepalanya menoleh ke arah pintu bilik air yang di buka dalam dalam. Susuk tubuh tegap yang hanya di baluti tuala putih paras lutut itu di pandangan dengan riak wajah terkejut.

Serentak itu tangisannya mula pecah sambil kepala di gelengkan beberapa kali.

"What have you done to me?!" Jerit Thea kuat.

Emeer dengan selamba mendekati Thea lalu melabuhkan punggungnya di sisi gadis itu. Tangannya naik untuk menyentuh pipi Thea tapi di tepis kuat oleh Thea.

Emeer berdecit perlahan.

"This is your choices. Kau yang paksa aku buat semua nie. Now, you can't run from me anymore. You will stick with me forever. Whether you like it or not, Tesoro." Bisik Emeer keras sambil tangannya naik memegang erat pipi Thea.

Thea langsung tidak memandang ke arah wajah itu. Dia benci. Maruahnya bagaikan di pijak-pijak oleh lelaki di depannya itu. Tangannya menggengam kuat comforter yang menutupi pahanya yang terdedah itu.

"Look at me when I'm talking Thea Hazel." Kali ini suara Emeer kedengaran agak keras menyebabkan bahu Thea terhenjut sedikit.

Dalam terpaksa, dia mengangkat kepalanya lalu memandang tajam ke arah lelaki itu.

Bibirnya di ketap kuat.

"You such a jerk!" Ucap Thea geram. Airmata makin lebat membasahi pipi.

Emeer ketawa sinis.

"This jerk will be your husband, soon. Bangun. Mandi then breakfast. Aku tunggu kau dekat luar." Kakinya mula melangkah ke wardrobe namun suars Thea mematikan langkahnya.

"Tolong hantar saya balik." Bisik Thea perlahan. Dia sudah tidak sanggup.

Emeer berundur lalu berdiri tegak di depan Thea sambil bercekak pinggang. "You are not going home. You will stay here with me until you change your mind."

"No.. No.. No.. You can't do this to me."

"Aku boleh buat apa sahaja aku suka. Noted that."

Melihat Emeer yang mula membelakanginya, dengan rasa marah tanganya mula mencapai pasu kecil di atas meja sisi lalu dengan laju dia bangun dan menghentak kuat kepala Emeer.

Emeer mendecit kesakitan. Tangan naik menekup kepala yang terasa sakit itu. Melihat darah di tangannya dia ketap rahangnya kuat sambil merenung tajam ke arah Thea.

Melihat muka bengis Emeer itu, Thea terus berlari ke arah pintu bilik namun belum sempat dia memulas tombol pintu, Emeer terlebih dahulu menangkap tubuhnya lalu dengan selamba dia mengangkat tubuh sebelah tangan dan terus menghumbanya ke atas katil.

Thea meronta kuat. Dia mula meraung apabila Emeer menindih tubuhnya lalu mengenggam kuat kedua belah tangannya.

"Aku tak rogol kau dah cukup baik Thea! Jangan cabar kesabaran aku! Sekali lagi kau memberontak, jangan salahkan aku kalau lebih daripada ini kau kena. Get it tesoro?" Ucap Emeer keras.

Thea memalingkan mukanya ke sebelah kiri apabila wajah Emeer mula mendekatinya.

"I can't hear you, tesoro." Hidung mancung Emeer mula menggesel lembut pipi Thea.

Tubuh Thea mula menggigil kuat apabila sentuhan bibir lelaki itu mula meliar di sekitar wajah dan lehernya. Dia tak kuat.

"Fa..faham."

"That's my woman. Now, bangun. Mandi. Breakfast." Tangan menyapu lembut air mata Thea yang membasahi pipi mulus itu serentak itu dia bangun dari tubuh Thea lalu bibirnya mencium bibir merah itu sekilas.

"Sweet." Dia tersenyum sinis.

Bunyi alarm jam smartwatch ditangannya menyentakkan Thea dari mimpi ngerinya. Tiga hari bersama lelaki itu, cukup buat dia bertambah benci pada Emeer. Soalan demi soalan yang di tanya oleh kedua ibu bapanya juga cukup memeningkan kepalanya. 

Dia segera menyapu airmatanya lalu bangun dari kerusi itu. Beg di dalam laci segera di ambilnya. Lampu di dalam bilik itu di tutup. Kakinya terus melangkah keluar dari situ.

Time to go home.

_______________________________________________________

"Where is she?"

Tanya Emeer sambil kedua belah tangan di masukkan ke dalam kocek seluar pendeknya. Mata dark Hazelnya langsung tidak berkalih dari memandang  suasana senja yang mula berlabuh tirai dari atas balkoni penthousenya.

"Johor. Dah sebulan dia balik sana." Jawab Shawn. Dia memandang tajam ke arah susuk tubuh tegap yang tidak berbaju itu.

Emeer berdecit.

Patutlah mummy nya bising tak dapat hubungi bakal menantu kesayangannya itu. Minggu lepas mummynya mula bising menyuruh dia membawa Thea ke rumah untuk makan malam. Namun di sebabkan kerja yang banyak, dia langsung tidak ambil kira. 

"Watch her. Everywhere she go. Update aku setiap hari." Arah Emeer.

Shawn mengangguk. 

"Actually, apa yang kau cuba buat ni Emeer? Aku tak faham apa yang ada dalam kepala otak kau tu. Share with me?"

Tindakan Emeer menculik dan mengurung Thea itu langsung tidak masuk akal. Dia tidak pernah melihat Emeer bertindak sejauh itu sebelum ini. Betul-betul mengejutkannya. Sebelum ini, hidup seorang Emeer hanya untuk belajar dan kerja. Tapi sebaliknya berlaku apabila gadis bernama Thea hazel muncul.

Walaupun kena belasah teruk dengan Ethan pun masih juga tidak serik.

"That non your business, Shawn. Just do your job. I can handle it myself." Jawab Emeer dingin.

Dia berpaling ke belakang, lalu melangkah ke arah Shawn. Tubuh segera di labuhkan di kerusi sofa berbentuk L itu lalu tubuh itu di baringkan. Tangan di letakkan ke atas dahi. Mata segera di tutupnya. Tidak peduli dengan pandangan Shawn yang tidak puas hati itu.

Shawn mendengus. Susah ada kawan yang beku ini.

"Kau tak masuk akademik ke? Dah berapa lama kau tak pergi sana."

"Eiden ada. Dia boleh uruskan." 

Shawn ketap rahangnya kuat. Geram dengan sikap Emeer yang tidak berperasaan itu. Tanpa menunggu lama, dia terus bangun dari duduk lalu beredar dari situ. Ikutkan hati geramnya, mahu sahaja dia menumbuk wajah kacak lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience