CHAPTER 5

Action Series 136594

EMEER melangkah turun ke bawah lalu mendekati Shawn yang sedang menunggunya di ruang tamu. Emeer yang hanya memakai singlet hitam dan seluar pendek berwarna putih itu kelihatan santai. Selepas balik dari berlatih dengan adik-adiknya, dia terus pulang ke rumahnya.

Dia melabuhkan punggungnya di kerusi sofa single di sebelah kanan Shawn sambil tangannya menyambut fail hitam yang dihulurkan oleh Shawn.

"Everything's there. And itu sahaja yang aku dapat."

Sebelah keningnya dinaikkan sebelah. 

Terus sahaja tangannya membuka fail yang berada ditangannya. Dia mula meneliti dan membaca setiap helaian mengenai butiran yang dimintanya pagi tadi.

Tangannya terus mencapai sekeping gambar yang telah dikepilkan bersama maklumat pemiliknya. Hatinya mula berdetak kuat sebaik sahaja mata dark hazelnya menyapa seraut wajah putih kemerahan yang terhias didalam gambar itu.

Kerutan di dahinya makin jelas kelihatan apabila wajah di dalam gambar itu seakan pernah di lihatnya.

"Thea Hazel Binti Tengku Hafiez. Orang sama yang Eshal sebutkan itu. Kali pertama mereka berjumpa semasa Eshal jemput kau dekat lapangan terbang tempoh hari. Dia langgar perempuan inip. Dan kali kedua mereka berjumpa sekali lagi di The H Mall semalam. And you should read her details at the next page."

Bingo!

Betul apa yang dia fikir. Patut la wajah perempuan ini seperti dia pernah lihat. Rupanya perempuan yang adiknya langgar tempoh hari.

Emeer tersenyum sinis.

What a small world, signorina.

Kemudian tangannya menyelak helaian kedua, matanya mula fokus pada butiran di helaian kedua itu namun sekali lagi dahinya berkerut. Matanya terus memandang ke arah Shawn. Ada sedikit riak terkejut di wajahnya.

"Are sure about this, Shawn?" Suaranya mula kedengaran keras.

Shawn mengganguk.

"100% sure. Itu sahaja yang aku dapat. That's all I got. It's not easy to get her information." Shawn bangun dari duduknya lalu kakinya mula menuju ke dapur. Ingin membasahkan tekak.

Emeer mengerling sekilas kepada Shawn sebelum matanya kembali tertacap pada gambar ditangannya. Dia menghela nafas seketika sebelum menganggkat punggungnya. Kolam renang di sebelah kirinya dituju.

Dia berdiri tegak di tepi kolam sambil melihat pandangan malam dari atas. Lampu neon dari bangunan-bangunan tinggi dihadapan berkelipan mewarnai suasana malam. Penthouse miliknya itu berada di tingkat 50 iaitu tingkat paling atas dalam bangunan The Grand Hayyes.

Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Angin malam yang sejuk itu terus menyapa tubuh tegap itu sekaligus menyejukkan hatinya yang sedikit panas.

"What do you want to do with that girl?"

"Let her. Lagipun dia tidak nampak membahaya. Maybe betul Eshal jumpa dengannya hanya kebetulan. So, she's not our business right now. But keep this as a secret even with my daddy. And please, keep your eye on Eshal too." Balas Emeer tenang.

Shawn mengganguk faham sambil memandang sekilas ke arah Emeer.

Dia tahu di sebalik wajah yang tenang itu, kawannya pasti sedang merancang sesuatu. Tapi riak wajah itu sukar untuk dia baca. Yang pasti apa yang ada dalam fikiran Emeer Hayyes tidak sama dengan apa yang difikirnya.

TUBUH yang terasa letih itu terus hempas ke kerusi empuknya. Thea menghelakan nafasnya. Keadaan pesakit yang ramai buat dia tidak punya masa untuk berehat. Sudah dua minggu dia bertugas di zon merah, bahagian jabatan kecermasan.

Ini bermakna dua minggu juga dia mula bekerja di Specialist Hospital Centre, Johor. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.

Matanya dibuka sebaik sahaja pintu biliknya diketuk beberapa kali. Tubuh terus di tegakkan. Dia berdehem seketika sebelum bersuara.

"Masuk."

Adam mendekati Thea dengan senyuman manis terukir dibibirnya. Adam juga doktor di hospital itu. Dan selama dua minggu juga Adam bertugas bersama Thea. Thea juga turut tersenyum sambil tangannya mula mengemas barang-barangnya di atas meja la dan di masukkan ke dalam beg tangan.

"You dah nak balik ke?" Tanya Adam lembut. Dia berdiri bersandar tubuh pada sebelah pintu yang terbuka itu. Dia merenung ke arah wajah putih bersih di hadapannya itu. Sejak pertama kali melihat Thea Hazel, hatinya terus terjatuh suka dengan doktor muda itu.

"Ha'ah. Rasa penat sangat hari ini. Seharian sibuk dengan red zone tu. So I nak balik mandi dan tidur je." Balas Thea.

"I ingat nak ajak you dinner dulu sebelum balik. Intan dan Haikal pun join sekali. You wanna join us?"

Thea melihat jam di tangannya sekilas.

Pukul 11.30 malam.

"Err.. I don't think so. Sorry I can't. I rasa macam nak balik terus je. Lagipun Mak Munah seorang diri dekat rumah itu. I tak nak dia risau nanti. Sorry ya, maybe next time." 

Selama dia berpindah ke Johor, Mak Munah turut tinggal bersama dengannya kerana itu adalah arahan papanya yang risau sekiranya anak perempuanya tidak dapat menyesuaikan diri di tempat baru. 

Walaupun dia pernah duduk di luar negara selama tujuh tahun tapi tetap juga risaukannya. Buat masa sekarang, dia masih belum terfikir untuk mencari rakan serumah. Lagipun Mak Munah juga sudah bersetuju untuk menemaninya.

"Okaylah kalau you cakap macam tu. But next time, tolong jangan tolak." Adam tersenyum sambil tangannya digerakkan ke kiri kanan.

Thea tersenyum sambil mengangguk. "In Shaa Allah."

"Kalau macam itu, I pergi dulu ya. Nanti membebel pula dua orang tu. Drive safe ya." 

"I will." 

Thea menghembus nafas sebaik sahaja kelibat Adam hilang dari pandangan. Sungguh dia tidak selesa dengan cara Adam merenungnya. Sebab itu awal-awal lagi dia mencari alasan untuk menolak ajakan Adam walaupun mereka bukan berdua.

Thea melangkah masuk ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif terbuka. Butang basement ditekannya. Lif mula bergerak turun dari tingkat tiga. Sementara itu, matanya mula tertumpu pada skrin telefon bimbit. Dahinya berkerut apabila melihat dua panggilan terlepas dari private number yang tidak dia kenali.

Ting!

Apabila pintu lif terbuka, dia segera menyimpan kembali telefon bimbit ke dalam beg tangannya. Kunci kereta terus diambil. Suasana di tempat letak kereta kelihatan sunyi dan hanya beberapa buah kereta staff sahaja yang tinggal.

Thea segera melajukan langkahnya. Tiba-tiba sahaja terasa seperti diperhatikan. Thea menghela nafas lega bila kakinya berjaya melangkah masuk ke dalam kereta. Butang lock terus ditekan.

Belum sempat hatinya betul-betul tenteram, dia dikejutkan pula dengan deringan telefon yang nyaring berbunyi.

"Astagfirullahhalazimm.. Kus semangat aku macam ni. Siapa pula yang call malam-malam ni." Mata Thea dikecilkan apabila melihat private number terpapar di skrin telefonnya. 

Perlahan jarinya mengesel pada butang hijau lalu dengan perlahan telefon di letakkan ke telinga.

"Kak Thea!"

Suara nyaring yang kedengaran di corong telefon itu sedikit membingitkan telingan Thea. Automatik tangannya menjarakkan telefon dari telingannya.

Otaknya mula berputar ligat. Sejak bila dia ada adik perempuan.

"Assalamualaikum.. Maaf, boleh saya tahu ini siapa?"

Tiba-tiba bulu romanya menegak naik apabila orang di sebelah sana ketawa. Liurnya ditelan. Main-main pula budak ini.

"Waalaikummusalam.. Sorry Kak Thea. Lupa nak bagitahu. Ini Eshal la. Ingat lagi tak?"

"Ya Allah.. budak ini. Kak Thea ingat siapa la tadi yang telefon akak malam-malam macam ini." Thea menghembuskan nafas lega.

Tangannya mencapai earphone bluetooth di atas dashboard lalu dipakai ke telinganya di sebalik tudung itu.

"Ehh.. Maaf kalau Eshal kacau malam-malam macam ini. Kak Thea dah tidur ke?"

Thea tersenyum sendirian. Tangannya lincah memulas stereng kereta, keluar dari parking lot hospital itu.

"Tak adalah. Kak Thea tengah driver ni, nak balik rumah. Baru habis kerja. Eshal kenapa call akak ya?" 

"Ehh, lewatnya Kak Thea balik kerja. Kesian Kak Thea, mesti penatkan."

Tawa kecil tercetus di bibir Thea.

"Kerja mesti la penat, Eshal. Nak hidup kena la kerja. Kak Thea bukan datang dari golongan berada. Kita tak boleh mengeluh dalam mencari rezeki. Ingat tu." Eshal tersenyum sambil mengangguk.

"Thanks Kak Thea sebab sudi kawan dengan Eshal. Sudah lama Eshal tak berbual dengan seseorang macam ni." Kakinya yang di rendam di dalam kolam tu di goncang atas bawah sambil memandang bintang di langit.

Tanpa disedari, Eiden memandang ke arah adik kembarnya dari balkoni biliknya. Gelagat Eshal ibarat sedang bercakap dengan kekasih hati. Bibir tidak henti mengukir senyum.

Manakala di sudut lain pula, Ethan memandang anak perempuannya yang sedang berbual dalam telefon itu dengan pandangan yang aneh. Melihat Eshal meletakkan telefon di sisinya itu, Ethan segera mendekatinya yang berada di tepi kolam yang luas itu. 

Tanpa kata, dia melabuhkan punggung disisi anak gadisnya.

Eshal sedikit terkejut dengan kemunculan tiba-tiba daddynya. Terus dia mengurut dadanya. 

"Ish.. daddy ni. Terkejut Eshal. Suka sangat buat macam itu tau." Bebel Eshal dengan nada manja.

Ethan hanya tersenyum kecil melihat muncung anak daranya. Terus bahu Eshal dipeluknya sambil berkata.

"Sorry mio caro. Daddy tak ada niat pun nak kejutkan Eshal. Eshal tu daddy tengok berkhayal dari tadi. Do you have boyfriend without telling me, Luthfia Eshal?" Soalan yang terakhir itu kedengaran sedikit tegas.

Mata bulat Eshal itu terkebil-kebil memandang ke arah daddy yang berada disebelahnya itu.

"Ma-mana ada. Eshal mana ada boyfriend pun. Kalau daddy tak percaya, daddy tanya la Angah."

Ethan tetap merenung tajam ke arah anak daranya. Cuba mencari kebenaran.

"Habis, Eshal cakap dengan siapa tadi? Hampir 30 minit daddy tengok Eshal bergayut dalam telefon. Don't lie to me, Eshal."

Eshal mengaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

Mampus aku. Gumam Eshal perlahan.

"Err. Eshal cakap dengan kawan je. Kawan perempuan." Jawap Eshal serba salah.

"Who?"

Eshal mengeluh. Dia tidak akan dapat lari daripada daddy atau Alongnya. Nak atau tidak, dia terpaksa bagitahu juga. Ish..

"Kawan baru Eshal. Dia baik. Eshal suka kawan dengan dia. Eshal anggap dia macam kakak Eshal. Daddy jangan la marah. Eshal bosan. Selain Eiden dan Eiman, Eshal mana ada kawan lain. Nak tunggu ada kakak ipar, tak tahu bila Along tu nak kahwin. Eshal selesa kawan dengan Kak Thea." Lengan daddynya dipeluk manja.

"Daddy bukan nak sekat pergaulan Eshal tapi Eshal sendiri yang tak nak cari kawan. Dan daddy tak mahu Eshal pilih kawan. You get it what I mean, my dear?"

Eshal mengangguk faham.

"I love you, daddy."

"I love you more, my dear."

Ubun-ubun Eshal di kucupnya lembut. Tangan kirinya laju menaip pesanan ringkas lalu di hantar kepada Alex.

To be continued..

Please vote and comment for your support.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience