CHAPTER 19

Action Series 136596

Kaki yang ingin melangkah naik ke tingkat atas itu terhenti sebaik sahaja telinganya mendengar suara mummynya yang berada di halaman rumah itu. Pantas kaki itu mula mengorak langkah menuju ke sana. Beg kerja yang berada di tangannya segera di letakkan di atas sofa di ruang tamu itu.

Melihat sahaja mummynya berada di sofa yang terdapat di hadapan kolam renang yang terbentang luas itu, dia terus mendekatinya lalu dengan selamba dia mencium dahi Khayla dan melabuhkan punggung di situ.

"How are you mummy?"  Soalnya perlahan sambil tangannya mula membuka butang baju tiga dari atas dan melipat lengan baju hingga ke siku.

Khayla yang melihat gelagat Emeer itu hanya tersenyum kecil.

"Alhamdulillah.. Much better. Kenapa balik lambat?" Sejak akhir-akhir ini anak sulungnya itu kerap kali berulang alik balik ke rumahnya.

"Banyak kerja, daddy tak bagi along rehat sikit pun." Balas Emeer perlahan sambil menjeling ke arah Ethan yang sedang mengadap tabnya itu.

"Jangan nak salahkan daddy kalau sendiri cari masalah." Ujar Ethan keras.

Tanpa menghiraukan jelingan tajam daddynya, dengan selamba Emeer melabuhkan kepalanya ke atas paha mummynya. Mata segera di pejamkan. Cuba mententeramkan hati yang mula tidak stabil sejak berjumpa dengan Shawn sebentar tadi.

Tangan Khayla naik mengusap lembut rambut keperangan milik anak sulungnya itu. Wajah yang kepenatan di renungnya sekilas sebelum dia bersuara.

"Pergilah naik atas, mandi. Lepas tu kita dinner sama-sama." Arah Khayla sambil menepuk bahu Emeer beberapa kali.

Dia melepaskan keluhan berat lalu dia bangun. Wajah Khayla di renungnya sekilas sebelum dia beralih ke arah Ethan.

"Papà, posso parlare con te per un po '? (Daddy, can I talk with you for a while?)"

Dahi Ethan berkerut apabila mendengar bicara anaknya itu. Matanya menjeling ke arah isterinya sekilas sebelum menumpukan perhatian terhadapnya.

"Riguardo a cosa? (About what?)"

Dia tahu pasti sesuatu serius ingin dibincangkan oleh anaknya apabila Emeer mula menggunakan bahasa asing mereka.

"Il mio fidanzato. (My fiance)" Jawab Emeer sepatah. Dia mula membalas pandangan daddynya itu.

Khayla yang melihat keadaan dua beranak yang kelihatan tegang itu mengeruhkan dahi. Terus sahaja dia berdeham.

"Kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Pantas Emeer mengelengkan kepalanya.

"Nothing miey. Ada masalah sikit dekat office. Along naik dulu. Love you, mummy." Kepala Khayla di kucupnya serentak dia berlalu dari situ.

Khayla mengangguk.

Debaik sahaja kelibat Emeer hilang, dia terus memberi tumpuannya kepada suaminya.

"Ada apa-apa yang biey dan Emeer cuba sembunyikan dari sayang ke?" Tanya Khayla perlahan sambil mengangkat sebelah keningnya.

Ethan beriak selamba.

"Nothing sayang. Dia just cakap nak bincang hal kerja sikit. Nanti kalau bagitahu depan sayang, sayang membebel pula asyik cakap pasal kerja je."

Khayla mengecilkan matanya.

"Boleh percaya ke?"

"Selama nie ada biey tipu sayang ke?" Ethan tersenyum sinis sambil menaikkan sebelah keningnya.

Khayla menggelengkan kepalanya. Kemudian dia bangun dan terus melabuhkan punggung disisi Ethan. Lengan suaminya di peluk manja lalu kepala dilabuhkan ke atas dada bidang suaminya.

"I miss you biey.."

Ethan mula tersenyum nakal apabila mendengar ucapan itu.

_______________________________________________________

"What do you want to talk about?" Soal Ethan sambil menyandarkan tubuhnya ke kerusi empuknya sambil memandang ke arah dua orang anak lelakinya berada di hadapan itu.

Sebaik sahaja mereka selesai makan, Emeer dan Eiden terus masuk ke pejabat mini daddy mereka.

Emeer terus meletakkan telefon bimbitnya di hadapan Ethan lalu memberi isyarat kepada daddynya untuk melihat sendiri apa kandungan dalam telefon bimbitnya itu. Ethan hanya menurut arahan Emeer itu lalu dia memandang tajam ke arah skrin telefon itu.

Dahinya mula berkerut. Rahangnya di ketap kuat.

Terus sahaja dia memandang tajam ke arah Emeer.

"Siapa?" Tanya Ethan sepatah.

"Along masih tak pasti. Shawn baru dapat tahu semalam." Pen di atas meja itu di mainkan.

Ethan mendengus. Dia bangun dari duduk lalu melangkah ke dinding kaca ruang pejabat itu.

"Daddy pesan apa sebelum ni? Semalam Shawn bagitahu you all tapi malam nie baru bagitahu daddy semua ini?" Suara Ethan mula kedengaran sedikit keras.

"I'm sorry daddy."

"Ini ada kaitan dengan kes korang bergaduh dekat club malam tu ke?" Pantas sahaja Emeer dan Eiden berpandangan sesama sendiri. Eiden mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Cuak.

"Erk.. I don't think so."

"I give you one week to settle this. Kalau susah sangat bawa balik Thea, transfer terus dekat hospital sini." Ethan mula melabuhkan punggungnya di kerusi sofa. Kaki di silangkan.

Emeer kemudiannya bangun lalu melangkah ke jendela kaca di bilik itu. Kotak rokok di dalam poket sweatpants di keluarkan. Rokok itu di sedut lalu di lepaskan ke luar jendela itu.

"Daddy pun tahu kan keputusan dia apa. Bukan daddy tak pernah keluarkan arahan dekat uncle Danny pasal hal ini. Its okay. I will handle her in my way."

"Jangan berkasar or to be rude. I warn you Luthfan Emeer." Ujar Ethan keras. Dia tahu perangai anak sulungnya itu macam mana.

Emeer tersenyum sinis. "Sayang sangat dekat menantu dia." Tutur Emeer perlahan tapi tetap juga di dengari oleh Ethan. Dia terus menjengkilkan matanya.

Eiden yang tersenyum sinis itu terus terkaku apabila mendengar arahan daripada Ethan. 

"Eiden, daddy nak Eiden tolong fokus about academic, take serious and be serious. Stop main-main lagi kalau tak nak kerja dengan daddy."

Eiden tersengih sambil mengangguk. "Si daddy."

_______________________________________________________

"Hai Thea.. Jom lunch date dengan I." Bisik Doktor Adam di telinga Thea. 

Thea terus memandang tajam ke arah Doktor Adam yang tersengih itu. Dia sedikit tidak selesa dengan sikap dan kelakuan Doktor Adam yang seakan semakin berani itu. Sudah banyak kali dia menegur tentang hal itu tapi tetap juga tidak ambil serius oleh lelaki itu.

"Sorry. I busy sekarang. I need to check my patient after this." Jawab Thea perlahan sambil mata memandang ke arah rekod pesakit di meja kaunter jururawat itu.

Doktor Adam ketap rahangnya sebelum bibir itu bertukar senyuman manis.

"Dari tadi lagi I tengok you busy. Sekarang waktu lunch. So you have take some lunch. Come, I belanja." Serentak dia menarik tangan Thea supaya mengikut langkahnya.

Thea yang terkejut dengan tindakan itu terus merentap kuat pegangan di tangannya. Dia mula terasa panas dengan sikap lelaki itu. 

Lelaki semuanya sama. Cukup hanya Emeer yang buat aku pening. Tambah pula seorang lagi. Tak tenang betul hidup aku ni. Bebel Thea di hati.

"Doktor Adam. Please respect me. And don't you dare to touch me like that again. I warn you."

Doktor Adam mula ketawa sinis.

"I just ajak you lunch. Bukan ajak you pergi clubbing. Itu pun susah ke?" Suaranya mula kedengaran keras. 

Mata-mata staf yang berada di situ mula memandang ke arah mereka. Thea yang mula tidak selesa dengan keadaan itu terus bangun dari kerusi. Fail di atas meja itu di ambil.

"Sorry I busy."

Dia terus melangkah meninggalkan Doktor Adam di situ. Dia tiada mood untuk panjangkan pembalahan itu.  dia tidak mahu menambahkan beban di kepalanya lagi.

Doktor Adam yang melihat itu terus mendengus kuat. sebelah tangannya di kepal kuat. 

"Tak guna!" 


To be continued

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience