CHAPTER 21

Action Series 136596

"How do you feel? Much better?" Soal Emeer pada Thea sambil meletakkan ubat kuning di dahi Thea yang terluka itu.

Mata tajamnya tidak berkalih memandang ke arah seraut wajah putih kemerahan milik tunangnya itu.

"I'm okay. Boleh tak awak bagi saya tudung? Sa--saya tak selesa.." Balas Thea perlahan. Dia hanya menundukkan kepalanya. Tidak berapa melawan panahan mata lelaki di hadapannya itu.

Emeer mula tersenyum nakal.

"For what? Aku dah tengok lebih dari rambut kau ni. And you will be my wife soon. Lagipun bukan ada orang lain pun dekat sini. Apa masalahnya." Jawab Emeer selamba.

Thea gigit bibirnya kuat. Geram dengan jawapan yang di berikan itu.

Makan hati dengan sikap tunang paksaannya itu. Tidak pernah dia terfikir untuk jumpa dan jadikan lelaki seperti Emeer ini sebagai suaminya.

"Kita dekat mana ni? Saya nak balik."

"We are in my house at Singapore right now. Kejap lagi mummy aku sampai. Dua tiga hari lagi kita balik."

Mulut Thea terlopong apabila mendengar apa yang keluar dari mulut tunangnya. Emeer yang sedang melangkah ke ruang dapur itu di ekorinya dengan perasaan tidak puas hati.

"Buat apa awak bawa saya sampai sini? Dan kenapa pula mummy awak nak datang sini?" Soak Thea dengan nada tidak puas hati.

Emeer yang sedang membuka peti sejuk itu hanya memandang sekilas ke arahnya sebelum tangan mencapai Jus Apple lalu di tuangkan di dalam gelas.

"I'm still waiting for your answer." Thea menyilang kedua belah tangganya ke dada.

Emeer mengeluh.

"Kau nak aku bagi kau jawapan apa? Mana aku tahu. Dia datang nak jumpa menantu kesayangan dia kot. Sebulan lebih kita bertunang, kau langsung tak call dia. No return back calls or message from you. Kau rasa?" Dahi Thea terus di jentiknya sedikit kuat.

"Auch.. Sakitlah!" Tangan laku mengosok dahinya yang mula kelihatan merah itu.

"Tanya soalan bodoh tu kenapa? Come, sit here. Minum." Arah Emeer sambil menunjukkan kerusi table top di sebelahnya.

Dengan hati yang geram Thea melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Emeer.

"Habis dah tahu mummy awak nak datang, tak akan saya nak pakai macam ni depan dia. Please give me back my closet and tudung. Sa--saya tak selesa macam ni. Awak tetap bukan mahram saya lagi." Suara Thea mula kendur. Dia mula menundukkan kepalanya.

Emeer memandang Thea dari atas sampai bawah. Baju T-shirt putih miliknya bersama seluar sweatpants yang agak besar tersarung di tubuh tunangnya itu.

Leher baju t-shirt yang luas itu sesekali di angkat oleh Thea apabila baju itu melurut jatuh dari bahu. Dia suka bila Thea seperti itu.

Comel.

Emeer mula tersenyum nakal.

Serentak tangannya menarik kerusi yang diduduki Thea itu rapat padanya. Menjadikan Thea berada di tengah-tengah paha Emeer.

Jantung Thea mula buat hal. Berdengup laju seperti pelari pecut memecut laju ke garisan penamat. Dia mula sesak apabila wajah Emeer betul-betul berada di hadapannya. Hanya beberapa inci jarak memisahkan mereka.

Dia tidak suka. Mukanya mula membahang dan bertukar kemerahan.

"Hell no. Aku tak akan biarkan kau pakai macam ni depan daddy aku. Tak pasal perang dunia ketiga tercetus. Nanti masuk bilik aku, ada paperbag atas katil. Dalam tu ada baju from head to toe. Kecik besar semua ada. I sure you like it apa yang aku pilih. But finish your meal first, Tesoro. Aku nak siapkan kerja dekat office." Laju sahaja bibirnya mencium ubun-ubun Thea sebelum dia berlalu dengan senyuman sinis apabila melihat wajah bengang tunangnya.

_______________________________________________________

"HOW do you feel? Mummy risau bila dengar Emeer cerita apa yang berlaku pada Thea." Tangan Thea di genggam erat.

Thea sedikit kekok dengan situasi seperti itu kerana itu kali kedua dia berjumpa dengan bakal mentuanya selepas menjadi tunang Emeer. Daripada seorang pesakit kini bakal menjadi ibu mentuanya.

"Thea okay. Mummy jangan risau." Jawab Thea perlahan.

Khayla mengeluh. Dia tahu Thea masi belum biasa dengan dirinya.

"Kenapa Thea tak call or massages mummy? Mummy ada buat salah dengan Thea ke? Or Emeer buat Thea tak selesa?"

Laju sahaja Thea menggelengkan kepalanya. Dia mula rasa serba salah apabila mendengar soalan itu.

"Mummy tak salah apa-apa pun. Thea minta maaf. Thea sibuk sikit dengan kerja sejak kebelakangan ni. Selalu balik lewat malam sampai kadang-kadang Thea terlupa nak return call or massage mummy. I'm sorry." Seraut wajah yang langsung tidak di mamah usia itu ditatapnya.

"It's okay. Mummy cuma risaukan menantu mummy seorang ni. Thea pindah KL ya."

Laju sahaja Thea menggelengkan kepalanya. Khayla mengeruhkan dahinya.

"Kenapa tak nak pindah KL?" Belum sempat Khayla bersuara pantas sahaja Ethan memotong dengan nada yang tegas. Kelihatan Ethan mendekati mereka berdua bersama Emeer di belakangnya.

Thea yang melihat wajah bakal bapa mentuanya yang serius itu terus menelan liurnya. Kemudian matanya jatuh pada Emeer yang sedang tersenyum sinis ke arahnya.

Mereka kemudian melabuhkan punggung di kerusi sofa berhadapan dengan Thea dan Khayla.

"Err.. Thea nak cari pengalaman dekat situ dulu. Lagipun Thea kerja dekati situ tak sampai pun setahun." 

"Dekat sana pun boleh cari pengalaman. Lagipun papa Thea pun dekat sana kan. Apa masalah? Tak akan lepas kahwin nanti seorang duduk KL seorang duduk Johor?" Soal Ethan kali ini dengan nada sedikit keras.

Thea gigit bibir bawah kuat.

Melihat raut wajah Ethan yang berubah sedikit tegang itu, Khayla terus bangun dari duduknya lalu labuhkan punggung di sebelah suaminya. Paha Ethan di usap lembut. Cuba tenangkan suaminya yang mula berubah itu. 

Dari muda sampai ke tua. Tak pernah tahu untuk berlembut. Bapa dan anak sama sahaja. Harap Thea tidak serik dengan sikap bakal bapa mentuanya ini. Bebel Khayla.

"Erm.. Bagi Thea masa dan fikir dulu ya." Emeer yang berada di sebelah kirinya di jeling sekilas. Geram apabila melihat senyuman nakal terukir di bibir Emeer itu.

"Daddy jangan risau. Nanti tahu la Along nak buat macam mana dekat menantu daddy and mummy ni untuk hilangkan degil dia tu.

Khayla mula merenungnya tajam.

"Along jangan nak buat hal pula ya."

"Don't worry mummy." Sebelah matanya di kenyit kepada Khayla sebelum dia berlalu dari situ.

_____________________________________________________

"Damn it!"

Serentak itu juga barang yang berada di atas meja itu habis berterabur di atas lantai. Dia mula memandang tajam ke arah anak buahnya yang tercedera itu.

Dia mendengus kuat. Urat-urat di leher kelihatan timbul menandakan dia sedang menahan marah. Segala rancangannya gagal akibat kecuaian anak buahnya sendiri.

"Macam mana dia boleh tahu? Kau cakap line clear kan?"

"Maaf Tuan. Silap kami tak alert dengan keadaan sekeliling. Memang anak buah dia sentiasa memerhati setiap gerak geri doktor Thea."

Dia ketap rahang kuat. Serentak itu botol arak yang berada di atas meja sisi di depan sofa itu di capai lalu dilempar ke arah anak buahnya. Tepat balingan itu terkena kepala anak buahnya tanpa sempat di elak. Lalu botol itu hancur berkecai ke lantai.

"Aku tak nak dengar sebarang alasan lagi dari kau semua. Aku tahu dapatkan Thea Hazel Tengku Hariez untuk aku. Faham?!"

Pantas sahaja anak buahnya mengangguk. Lalu isyarat tangan di berikan kepada anak buahnya supaya keluar dari situ.

Rokok di dalam poket seluar di keluarkan. Sebatang rokok di kepit di celah-celah jari. Dengan tangan yang sedikit menggigil, dia menyalakan rokok tersebut. Tubuh di sandarkan ke sofa. Kedua belah kaki di angkat kenatas meja kopi.

Wajah Thea Hazel yang putih bersih kemerahan itu mula terbayang di ingatannya. Senyuman manis yang terukir di dua ulas bibir kemerahan gadis itu betul-betul buatnya terpukau.

"You will be mine, Thea Hazel. Once I get you, I will touch every inch of your body. I will make you happy. No one can take you from me include Emeer Hayyes." Senyuman sinis mula terukir di bibirnya.

Tidak sabar mahu dapatkan wanita pujaan hatinya.

Sorry sbb sis terlalu ambil masa lama utk update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience