CHAPTER 7

Action Series 136594

MELIHAT sahaja kelibat Ethan yang sedang mundar mandir di depan bilik pembedahan itu, Eshal terus berlari ke arahnya sambil menangis teresak- esak.

"Daddy."

Ethan berpaling serentak tubuhnya di peluk erat oleh Eshal. Eshal menangis teresak-esak di dada daddy nya. Ethan memeluk kemas tubuh anaknya itu sambil matanya memandang ke arah ketiga-tiga anak lelakinya.

"Sshhh.. Mommy will be safe. Don't cry my dear." Ethan terus menenangkan anak manjanya itu.

Tubuh Eshal ditariknya lembut ke arah sofa yang disediakan lalu dia melabuhkan punggung di situ. Pelukan erat tubuh anaknya tidak dia lepaskan.

Matanya beralih pada Emeer yang sedang bercakap dengan Alex. Wajah tegang anaknya dipandangnya lama. Dia tahu Emeer pasti tidak akan lepaskan orang yang telah mencari nahas dengan keluarganya.

Tidak dia sangka, sekelip mata sahaja isterinya rebah terkulai, di tembak dari jarak jauh sebaik sahaja dia dan Khayla melangkah keluar dari kedai itu.

Dia memandang Eshal yang kelihatan sedikit tenang itu sebelum kepalanya mendongak, memandang Emeer yang kini berada di hadapan.

"Hai trovato quel bastardo? (Did you find that bastard)"

Emeer mengeluh sambil menggelengkan kepala.

"Ma il nostro uomo lo guarda ancora. non preoccuparti. Mi assicurerò di prenderlo vivo. (But our man still looking at him. Don't worry. I will make sure we get him. Alive." Ujar Emeer keras. Tangannya di kepal kuat. Cuba menahan sabar.

Nobody can touch his family, expecially his mother.

Alangkah terkejutnya dia sebaik sahaja menerima berita itu daripada Alex. Dari bilik mesyuarat, dia terus berlari keluar meninggalkan mesyuarat itu tanpa sepatah kata. Terus sahaja dia memecut laju ke mansion daddy nya untuk mengambil adik-adiknya.

Sepanjang perjalanan dia hanya senyap tanpa sedikitpun membuka mulut. Eshal yang tidak henti menangis itu terus ditenangkan oleh Eiden dan Eiman.

"Dah berapa lama mummy dekat dalam?" Soal Eiman yang dari tadi berdiam diri.

"Almost three hours."

Belum sempat Eiden bersuara pula, pintu bilik pembedahan itu di buka dari dalam. Pantas sahaja masing-masing berdiri. Susuk tubuh yang lengkap berpakaian seragam berwarna hijau itu segera mendekati mereka.

Thea mendekati keluarga pesakitnya sambil tangan membuka pelitup muka. Sebaik sahaja wajahnya bebas daripada sebarang topeng, dua orang yang berada di situ memandangnya dengan riak terkejut, Emeer dan Eshal.

"Kak Thea!" Eshal terus meluru ke arah Thea.

Thea juga turut terkejut dengan kehadiran Eshal di situ. Dahinya berkerut untuk seketika sebelum dia bersuara.

"Puan Khayla Imani is your mother?" Tanya Thea di sertakan dengan kerutan di dahinya.

Laju sahaja Eshal mengangguk. Air matanya kembali mengalir.

"How-- How's my mother? Did she okay?"

Yang lain turut sama menunggu dengan penuh sabar. Masing-masing mendekat dengan Thea. Tapi hanya seorang sahaja merenung tajam ke arahnya dari jauh.

Thea tersenyum.

"Alhamdulillah, she safe now. Peluru berjaya di keluarkan. Nasib baik tembakan itu tidak terkena organ penting. Buat masa sekarang ini, hanya seorang sahaja dibenarkan masuk. Puan Khayla perlu rehat secukupnya." Wajah di depannya di pandang satu persatu.

"Terima kasih Kak Thea." Tubuh Thea terus dipeluk erat oleh Eshal.

"Hey.. Don't cry. Your mother just safe now. Dan semua itu sememangnya tugas Kak Thea untuk menyelamatkan sesiapa sahaja. Remember that." Pujuk Eshal seperti pujuk anak kecil.

Masing-masing terkejut dengan tindakan Eshal itu. Pelbagai soalan mula bermain di fikiran mereka sekeluarga kecuali Ethan dan Emeer.

"Thank you doktor. I really owe you." Ujar Ethan setelah lama berdiam diri. Dia juga menarik Eshal ke dalam pelukkanya.

"No mention it."

Thea terus meminta diri untuk berlalu dari situ.

Semasa kakinya ingin membelok ke sebelah kiri, matanya sempat bertembung dengan Emeer yang tegak berdiri di situ sejak dari tadi. Renungan tajam daripada mata dark hazel itu betul-betul buat hati Thea berdengup kencang.

Entah kenapa renungan mata itu terasa sangat lain. Wajah yang tegang tanpa sedikit pun mengukir senyuman itu betul-betul buatnya rasa tidak selesa. Aura lelaki itu dirasakannya terlalu kuat.

Dia terus melajukan langkahnya. Biliknya terus dituju.

Manakala Emeer tetap merenung tajam susuk tubuh doktor muda itu sehingga kelibatnya hilang. 

Rahangnya diketap kuat.

We meet again, signorina.

"Thea Hazel." Nama itu sekali lagi meniti di bibirnya bersama senyuman sinis terukir di bibirnya.

Tidak sangka dia akan bertembung sekali lagi dengan perempuan yang bernama Thea Hazel. Lagi terkejut bila dia adalah orang yang menyelamatkan wanita kesayangannya. 

Dia terus melangkah pergi dari situ. Ada satu perkara yang perlu dia selesaikan. Panggilan daripada daddy nya itu tidak dia hiraukan.

SEBAIK sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam biliknya, tubuh itu terus di hempas lembut ke atas sofa yang terdapat di sudut hujung bilik itu. Dia terus melepaskan nafasnya yang berat. Tangan kanannya diletakkan di atas dahi manakal tangan kirinya berada di atas perutnya.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatinya berada hiba dengan apa yang berlaku di depan matanya lewat petang tadi. Tidak pernah dalam hidupnya selama dia menjadi seorang doktor, mengalamin situasi gentir seperti hari ini.

Menyelamatkan nyawa perempuan yang sebaya dengan ibunya. Di tembak dan dikelilingi dengan bodyguard lelaki yang bertubuh sasa.

"Who are they?" Gumam dia sendirian.

Dia tahu, keluarga pesakitnya itu bukan datang dari golongan kebanyakkan. Badan terasa penat. Matanya terus dikerlingkan ke arah jam yang tergantung di dinding bilik itu.

1200 am. Shiftnya habis pukul 8 pagi esok.

Matanya ditutup sejenak. Cuba untuk menghilangkan lelahnya untuk seketika. Namun rehatnya terganggu apabila pintu biliknya di ketuk dari luar.

Dia mengeluh.

Baru je nak rehat. Terus dia bangun dari baringan lalu membetulkan sedikit duduknya serentak dia memberi kebenaran.

Pintu terus di buka dari luar, wajahnya sedikit terkejut apabila melihat bos besarnya itu melangkah masuk ke dalam biliknya. Pantas sahaja dia bangun dari duduk.

Apa dia buat malam-malam dekat sini?

"Assalamualaikum doktor Thea. It's okay. Just sit." Ujar Danny lembut. Dia melabuhkan punggungnya di sofa sebelah kiri Thea.

"Waalaikummusalam.. Err.. Dr. Danny ada apa-apa yang perlu saya bantu ke?" Thea terus bertanya.

Tiba-tiba dia berasa takut dengan kehadiran pengarah hospital ini yang tiba-tiba sahaja datang bertandang di biliknya.

Aku ada buat salah ke?

Danny tersenyum. Dia perasan akan perubahan pada riak wajah doktor muda di depannya itu.

"No. You tak ada buat salah apa pun. Everything perfect. I just want to give you this file. Take a look first." Serentak fail hitam di tangannya dihulurkan kepada Thea.

Thea menyambut fail itu kerutan di dahi. Tanpa sepatah kata, dia terus membaca kandungan di dalam fail tersebut.

Sebaik sahaja memahami kandungan dokumen itu, pantas dia mendongak sambil memandang majikannya itu dengan riak wajah terkejut.

"Ta--tapi kenapa saya? Hari ini saya hanya jalankan tugas saya. Apa kaitannya? Sorry, but I don't understand."

Sebelah kening Danny terjongket naik. Dia bersandar rileks tubuhnya pada kerusi.

"Did you know who's your patient today?" Soal Danny kembali.

"Do you mean Puan Khayla Imani?" Soalan dibalas dengan soalan. Thea betul-betul keliru saat ini.

Danny hanya mengangguk.

"Maaf doktor. Saya betul-betul tak faham. Care to explain?"

Dia pening bila majikan di depannya ini seakan mahu bermain teka teki. Sudah la lewat malam. Rajin pula datang sini semata-mata mahu menyoal tentang pesakitnya.

"Okay. Seems like you don't know anything about Mrs. Ethan Hayyes. Okay, I just want you to know, Mr. Ethan Hayyes is one of our SHC director. Since you sudah selamatkan dia hari ini, so that's his request from you. That's not difficult right?"

Thea mengangguk faham. Kali ini baru dia faham. Kalau jelaskan dari awal tadi mcam ini kan bagus. Tak adalah dia perlu kerahkan otaknya yang sudah sedia letih ini untuk berfikir. Bebel Thea dia hati.

"So, I anggap you faham semuanya kan. Anything yang you nak tanya, boleh tanya direct to me. Okay doktor Thea?"

"Baik Doktor. In Shaa Allah. Saya cuba."

Danny terus bangun dari duduk.

"So I guess we have a deal, right?" Sekali lagi Danny menyoalnya.

Terlepas tawa kecil di bibir Thea. Dia menganggu laju sambil menjawap. "Yes, we have a deal, Doktor Danny."

Danny juga turut ketawa. "Good. I pergi dulu. Sorry ganggu you. Assalamualaikum."  Dia terus melangkah keluar dari bilik Thea.

Thea melepaskan nafas lega.

Terus sahaja tangannya mencapai telefon bimbitnya di atas meja kerjanya lalu dia terus membuka google. Laju sahaja tangannya menaip sebaris nama itu.

Hayyes's Family.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience