CHAPTER 22

Action Series 136577

Kedua belah tangannya di ramas kuat. Kepalanya menoleh ke arah cermin tingkap, memandang kepulan awan keputihan itu. Sessat kemudian dia menoleh ke arah lelaki di sebelahnya yang masih juga tekun menatap Ipad di tangan dengan wajah yang serius itu.

Bibir bawahnya di gigit kuat.

Matanya kemudian terarah pada sepasang suami isterinya yang sedang berbual mesra di hujung sebelah kanannya. Mereka kelihatan tidak menghiraukan sekeliling.

Tanpa sedar keluhan berat di lepaskan.

Emeer yang berada di sebelahnya terus menoleh ke arah tunangnya itu sambil menaikkan sebelah keningnya.

"What is wrong?"

Ipad di tangan segera diletakkan di sebelah kanannya. Tumpuan terus diberikan kepada Thea. Dia tahu ada sesuatu yang menganggu fikiran tunangnya saat itu.

"Erk.. Perlu ke saya balik KL sekali dengan awak? Kan saya baru je cuti hari tu. Nanti apa pula staff kat hospital cakal. Saya tak nak la.." Tanpa sedar Thea merengek perlahan.

Sebelah bibir Emeer mula tersungging.

"Kan aku dah cakap. Aku dah urusan semuanya. Peduli apa orang nak cakap. Mulut orang kita tak boleh nak tutup. Kali ini kau balik terus KL. Start kerja dekat sana. Aku akan uruskan semuanya." Arah Emeer tegas. Ipad tadi di capainya semula.

Mata Thea mula membulat sebaik sahaja mendengar apa yang apa yang keluar dari mulut Emeer. Laju sahaja dia menggelengkan kepala dan membantah.

"No. Please. Awak tak ada hak nak buat saya macam ni, Emeer. Jangan paksa saya. Kalau awak paksa juga, saya tak akan kahwin dengan awak. I'm serious, Emeer Hayyes." Ucap Thea dengan geram.

Emeer memandangnya tajam.

"Kau ugut aku, Thea Hazel?" Seakan tidak percaya yang perempuan di depannya itu sudah berani membantah cakapnya. Kecil besar sahaja dia tengij Thea sekarang itu

"It's up tu you nak fikir apa. But I mean it. Apa nak jadi, jadi la. Kalau awak nak saya stay dengan awak sampai majlis kahein kita, jangan paksa saya dan bagi saya masa. Boleh?" Lengan Emeer yang berlapik dengan jaket hitam itu dipegangnya lembut.

Berharap dengan cara itu, hati tunangnya akan menjadi lembut. Tidak salah sekurang-kurangnya dia mencuba. Dia juga perlu belajar mengenali keperibadian lelaki dihadapannya itu. Lelaki yang juga bakal menjadi Imannya, kelak walauoun mereka berkahwin kerana terpaksa.

Emeer mengeluh kasar. Kedua belah tangannya naik meraup wajahnya. Dia tidak suka dengan apa yang dirasakan saat itu.

"Fine. But kalau benda macam hari itu terjadi juga, aku tak akan berkompromi dengan kau lagi. Get it?"

Thea tersenyum. Laju sahaja kepalanya mengangguk.

"Thanks awak."

Tanpa disedari oleh mereka berdua, dua pasang mata tepat memandang ke arah mereka. Setiap kelakuan mereka berdua tidak leoas dari pandangan mata tua itu. Dua ulas bibir itu mengukir senyuman manis kepada pasangannya.

_______________________________________________________

"Thea okay? Kenapa boleh jadi macam itu? Ibu betul-betul risau bila Emeer bagitahu apa yang berlaku." Puan Thalia mengusap lembut wajah anaknya yang kelihatan sedikit pucat itu.

Perkara seperti itulah yang menyebabkan dia dan suaminya risau untuk melepaskan anak perempuan mereka pergi jauh. Mereka sendiri tidak tahu apa niat orang kelilingnya. Dan di sebabkan kejadian ini juga, Puan Thalia dan Doktor Hafiez setuju untuk mempercepatkan majlis perkahwinan anaknya dengan Emeer secepat.

"Thea okay la ibu. Janganlah risau." Thea tersenyum kecil apabila melihat wajah ibunya mula bertukar masam. 

Doktor Hafiez hanya memerhati kelakuan anak dan isterinya. Perbincangan antara Ethan Hayyes melalui panggilan telefon sebentar tadi mula tergiang di benak fikirannya.

FLASHBACK

"Kau pasti ke ini yang terbaik?" Soal Doktor Hafiez kepada Ethan. Pandangannya mula jatuh pada dua susuk tubuh di hadapannya itu.

Ethan menghembus asap rokok ke udara sebelum menjawab soalan sahabat lamanya itu. Mata dark hazelnya sempat menjeling ke arah Emeer yang ebrada di sebelahnya itu.

"This is the only way. Lepas dia kahwin, Emeer akan uruskan dia pindah dekat sini. Lagipun ini untuk kebaikan Thea juga." Balas Ethan perlahan.

Mata tua Doktor Hafiez terus jatuh pada Emeer yang sedati tadi langsung tidak bersuara.

"Emeer boleh handle ke anak uncle yang degil tu?"

Sebelah bibir Emeer tersungging. Sinis.

"Uncle just serahkan kepada saya. Memang sekarang ni saya tak boleh buat apa-apa sebab awal-awal lagi dia ugut saya. But not after we married. I will make sure everything will be fine. Macam yang kita bincangkan. Uncle jangan risau." Tutur Emeer dengan yakin.

Doktor Hafiez mengangguk kecil lalu tersenyum.

"I trust u."

"Papa? Papa mengelamun apa ni?" Dahi Thea berkerut melihat wajah papanya yang seakan terpinga-pinga apabila di sergah seperti itu.

"Eh.. Thea cakap apa tadi?"

Thea terus muncung. Panjang lebar dia membebel, boleh pula papanya mengelamun di siang hari.

"Thea tanya, tadi papa cakap kawan papa ajak kita dinner kan. Siapa kawan papa tu?"

Sebaik sahaja soalan itu keluar dari bibir Thea, mata Doktor Hafiez terus terarah ke arah isterinya. Melihat bahasa isyarat daripada isterinya, dia terus membalas pertanyaan anak perempuannya itu.

"Bakal besan papa la. Nanti lepas maghrib, kita bertolak. Thea siap-siap ya."

Dahi Thea berkerut. Cuba memproses ayat papanya.

Bakal besan papa? Besan? Menantu? Aku? Tunang?

Mata dia mula membulat.

Gulp!

Emeer?

Terus sahaja dia bangun dah duduk di sebelah papanya. Tangan Doktor Hafiez segera di genggam erat.

Pusn Thalia mula terasa seperti mahu tergelak apabila melihat reaksi anaknya. Takut sangat.

"Maksud papa dinner rumah Uncle Ethan? Tu--tunang Thea? Em--Emeer?"

Ish time ni juga kau nak gagap ya Thea. Marah Thea lalu berdecit perlahan.

"Ye la. Siapa lagi. Anak papa seorang ni je. Papa mana ada nesan lagi dah. Kamu ni kenapa?"

Thea garu kepalanya yang tidak gatal.

"Erk.. Kalau Thea tak nak ikut boleh tak? Tiba-tiba je rasa penat. Thea nak rehat dekat rumah je. Boleh kan papa?" Mata dikedipkan beberapa kali. Berharap papanya dapat bagi perlepasan padanya.

Tanpa menunggu lama, dahi Thea terus di jentik oleh Doktor Hafiez. Geram.

"Auuchh.. Sakit la papa ni. Main-main jentik pula." Tangan segera naik menggosok dahinya.

Sejak bila papa oandai main jenyik-jentik ni. Belajar dengan bakal menantu dia ke. Ishh..

"Kamu tu main-main. Kan papa dah cakap. Wajib. Means no excuse. Lagipum tu rumah bakal mentua Thea kan. Kenapa pula tak nak pergi? Nanti apa pula cakap dia orang semua. Thea nak papa malu ke?"

Laju sahaja Thea menggelengkan kepalanya. Tidak akan sesekali dia malukan papa dan ibunya. Tapi bila berkaitan dengan lelaki yang bergelar tunang, dia terpaksa buat keputusan yang tidak habis difikirnya.

Thea mengeluh.

"Sorry papa. Okay, Thea ikut."

"That's my daughter." Kepala Thea di usapnya dengan penuh kasih sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience