CHAPTER 6

Action Series 136596

Ethan dan Khayla beriringan melangkah ke ruang makan. Ethan melabuhkan punggung di hujung meja. Manakala Khayla duduk di sebelah kanannya. Semasa melintasi Eshal, sempat lagi Khayla melabuhkan bibirnya ke ubun-ubun anak perempuannya itu.

Eshal hanya tersengih. Suka diperlakukan seperti itu.

"Mummy cantik-cantik ni nak pergi mana?" Tanya Eshal sambil menguyah roti.

Serentak Eiden dan Eiman turut memandang ke arah mummy nya.

Khayla hanya tersenyum. Ethan pula hanya beriak selamba sambil menyisip kopi panas.

"Mummy nak ikut daddy pergi majlis perasmian tapak projek baru dekat singapura."

Dahi Eiden berkerut. Terus matanya memandang ke arah Ethan serentak dia bersuara.

"Habis meeting kita dengan pihak pelabur pagi nanti Along yang handle ke daddy?"

Ethan mengerling sekilas pada anaknya itu lalu mengangguk.

"Ya. Daddy serahkan sepenuhnya pada dia. Lagipun dah sampai masanya Along uruskan apa yang patut. Lagipun daddy dan mummy pergi sana maybe dalam seminggu. So, please take of adik-adik. Daddy dah arahkan Along untuk balik sini. Teman kamu semua."

Belum sempat Eiden bersuara, Eshal memotong.

"Hah?! Seminggu? Habis Eshal nanti tinggal dengan siapa? Eshal nak ikut mummy boleh tak?" Tangan Khayla digoncangnya lembut.

Khayla dan Ethan saling berpandangan.

"No! Daddy nak honeymoon dengan mummy tanpa gangguan. Apa masalah, Eiden dan Eiman kan ada. Along pun balik sini nanti. Lagipun Eshal ada kuliahkan, so don't you dare to skip your class." Ethan mula bersuara sedikit tegas.

Hanya dengan Eshal sahaja dia perlu bersikap tegas. Kadang-kadang manja Eshal itu buat dia terasa pening. Sama dengan perangai mummy nya.

Eshal terus berubah riak bila mendengar suara tegas daddy nya.

Garang betul bapak titew ni. Omel Eshal di hati.

Khayla hanya menggelengkan kepalanya tanla sebarang bantahan yang keluar dari mulutnya. Bila suaminya bersuara, dia tidak berani untuk bersuara.

Ethan bangun dari duduknya selepas selesai bersarapan.

"Let's go sayang. Kita dah lewat nie. Daddy pergi dulu. Take care, my dear. Daddy love you." Terus pelipis Eshal dikucupnya lembut sambil menarik tubuh anak daranya ke dalam pelukan.

Marah-marah pun sayang.

Dia terus berlalu meninggalkan isterinya dan anak-anaknya untuk membuat panggilan telefon.

"Eiden, jaga adik-adik ya. Mummy pergi kejap je. Mummy sayang semua anak-anak mummy tau."

Terasa berat hati untuk dia meninggalkan anak-anaknya. Lagipun sudah lama Ethan tidak membawanya pergi outstation. Kebanyakkan urusan suaminya hanya dalam negara sahaja.

"Mummy jaga diri. Eiden tahu apa nak buat dengan dia orang berdua ni nanti." Balas Eiden sambil tersenyum nakal.

Eiman dan Eshal serentak berdecit. Tahu sangat perangai terlebih nakal Angah mereka itu.

Tanpa menunggu lama, Eiman terus menampar kuat kepala Angahnya dari belakang manakala Eshal pula memijak kaki abang kembarnya.

"Fuck! Sakit la bodoh!" Eiden ketap bibirnya kuat.

Tak guna punya adik!

ESHAL dan Eiman terus ber 'high five' sambil ketawa terbahak-bahak.

Khayla menoleh ke belakang apabila mendengar suara Eiden membebel kuat. Dia menggelengkan kepalanya. Sudah terbiasa dengan riuh rendah mereka bertiga.

Sementara di luar pintu rumah pula, Ethan yang masih lagi bercakap di talian itu kelihatan tegang. Suaranya turut kedengaran keras.

"So cosa mi nascondi, Luthfan Emeer (I know what are you hiding from me). Jangan berani nak tipu daddy lagi. It's that clear."

Emeer yang berada di talian sempat mengeluh kecil. Dia sudah agak, lambat atau cepat daddy nya akan tahu juga. Dan dia tidak sangka daddy nya akan tahu secepat ini.

"Si daddy. I'm sorry." Balas Emeer perlahan.

Ethan berdehem apabila melihat kelibat isterinya melangkah mendekatinya.

"Jangan lupa balik rumah petang ni. Tengok adik-adik." Nada suaranya cuba di kawal supaya isterinya tidak mengesyaki apa-apa.

Talian terus dimatikan.

MELIHAT sahaja parking kosong di seberang jalan, dia terus memulas streng keretanya masuk ke dalam petak parking tersebut. Dia tersenyum senang apabila segaja kerjanya hari ini dipermudahkan. Tambahan pula jalan raya sedikit lengang daripada hari kebiasaan.

Sebelum dia masuk bertugas, dia perlukan secawan latte sebagai penemannya untuk hari ini. Lagipun dia bekerja hingga ke malam.

Kakinya terus melangkah keluar dari kereta. Kiri dan kanan dilihatnya sebelum kakinya melangkah melintasi ke seberang.

Kedai Starbucks di hujung sebelah kiri bangunan itu di tujunya. Baju kurung yang tersarung ditubuhnya itu langsung tidak membataskan pergerakkannya.

Apabila langkahnya semakin hampir dengan tempat yang di tujunya, langkahnya makin perlahan apabila melihat keadaan sedikit kelam kabut beserta dengan jeritan kuat orang awam yang berada di situ.

"Apa yang berlaku ni?" Soalnya sendirian. Hati mula berdengup kuat.

Tanpa menghiraukan orang sekeliling, dia terus berlari anak ke arah itu. Matanya terbutang melihat beberapa orang lelaki berbadan tegap lengkap bersenjata dan earpiece sedang melindungi seseorang perempuan yang telah terbaring kaku akibat di tembak di bahagian dada.

Tanpa berfikir panjang, dia terus berlari dan mendekati perempuan yang cedera itu. Belum sempat dia bertanya, lengannya di tarik kasar oleh salah seorang lelaki yang bersenjata itu dari arah belakang.

"Stay away from her!" Jerkah lelaki itu.

Thea naik berang apabila dijerkah begitu sahaja.

"Let me help her. I'm a doctor. Can't you see her, she's dying!" Marah Thea sambil merentap kuat tangannya dari pengangan lelaki itu.

Penas betul hatinya.

Belum sempat lelaki itu menjawab, Ethan yang berada disitu terus bersuara.

"Are doctor?" Ethan merenung tajam ke arah gadis muda di depannya.

"This is not the right time untuk kita berkenalan, Tuan. Nyawa isteri Tuan lebih penting saat ini." Thea bersuara tanpa mengangkat pandangannya. Laju sahaja tangannya memeriksa nadi.

Thea terus menekan kuat dada pesakitnya apabila jantungnya tiba-tiba sahaja berhenti. Sambil melakukan CPR, hatinya terus berdoa.

"Come. Come." Gumam Thea sendirian. Hampir dua minit dia berjaya juga menstabilkan dengupan jantung Khayla itu.

Dia menarik nafas lega.

"Keadaan isteri tuan teruk. Bila-bila masa sahaja dia boleh kena serangan jantung. Kita kena bawa dia ke hospital sekarang." Tangan Thea menekan kuat pada bahagian luka.

Ethan hanya menurut tanpa sebarang kata. Segera dia mengangkat tubuh lemah isterinya itu dan melangkah ke kereta yang baru berhenti di depannya.

"Awak ikut saya sekali."

Tanpa berfikir panjang, Thea mengangguk laju. Lagipun sudah jadi tanggungjawapnya untuk menyelamatkan sesiapa sahaja yang perlukan khidmatnya walau apa pun situasi.

"Stay safe my dear. I know your are strong women." Bisik Ethan sambil memangku erat tubuh isterinya itu.

Thea hanya diam sambil memerhati pasangan yang sebaya ibu dan papanya itu. Rindu pula dekat ibu dan papanya.

Kereta yang ditinggalkan di parking lot itu akan dia fikirkan kemudian.

Sepuluh minit perjalanan, kereta yang di pandu oleh Alex itu terus memberhentikan keretanya di depan pintu kecemasan Specialist Hospital Centre.

Serentak Thea dan Ethan segera turun dari kereta. Thea berlari masuk ke bahagian kecemasan itu.

"Siapa yang bertugas hari ini di bahagian surgery?" Tanya Thea kepada nurse yang bertugas di kaunter.

"Doktor Adam, doktor."

Thea mengangguk laju.

"Call him. Tolong tempah operation room untuk saya. Sekarang ye." Arah Thea sekali lagi lalu dia terus berlalu dari situ.

Dia perlu tukar bajunya yang dipenuhi dengan darah itu.

You have a long night, Thea. Bismillah.. Semoga dipermudahkan segala urusan aku untuk hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience