CHAPTER 12

Action Series 136596

Objek yang terasa memberat di pinggangnya itu buat tidurnya terganggu. Matanya dibuka perlahan. Pandangan pertama sebaik sahaja dia buka mata adalah suasana dalam bilik yang lain kelihatan sangat berbeza daripada biliknya.

Dahinya berkerut.

Aku dekat mana? Gumam Thea di hati.

Dia bangun separuh badannya dan kedua belah siku ditongkatkan ke tilam. Namun sekali lagi terasa bebanan di pinggangnya. Pada masa yang sama, terasa pautan objek itu pada pinggangnya makin kuat terasa.

Comforter yang membaluti tubuhnya itu segera di selak dan matanya terus terbutang. Laju sahaja dia menoleh ke sebelah kirinya.

Darah panas mula menyerbu ke mukanya. Terus tubuhnya menegak. Tindakannya yang drastik itu buat orang di sebelahnya bergumam halus. Tidak puas hati kerana lenanya terganggu.

Dengan rasa yang bercampur marah dan sedih, tangan berurat yang selamba melingkari pinggangnya itu terus di tolak kasar ke tepi. Serentak dia bangun dari katil.

Tindakan itu buat si dia terjaga dari lena. Emeer mengeluh apabila terpandang Thea berdiri tegak memandang tajam ke arahnya dengan mata bergenang itu. Seperti yang dijangkanya tapi akibat terlalu mengantuk, dia kembali pejamkan matanya kembali.

"What have you done to me?" Soal Thea perlahan sambil tubuh menggigil kuat. Makin kuat menggigil apabila comforter yang tadi menyelimut tubuh tegap itu terlorot hingga ke pinggang Emeer sekaligus menampakkan roti bun lelaki itu.

Emeer mendengus. Dia terus bangun dari baringan dan duduk bersandar di atas katilnya.

"Do what Thea? I did not do anything to you. We just sleep together without doing anything. See, you still wearing your clothes." Jawab Emeer selamba. Rambut yang sedikit messy itu dibiarkan.

Jawapan yang diberikan oleh Emeer itu betul-betul mengundang kemarahan Thea. Air matanya turun membasahi pipi. Maruahnya sebaik seorang perempuan bagaikan di pijak-pijak oleh seorang lelaki yang bernama Emeer Hayyes.

"You are a jerk! You such idiot! Bastard! I hate you!" Jerit Thea kuat lalu tanpa berfikir panjang dia terus menerpa ke arah Emeer dan memukul tubuh Emeer beberapa kali dengan bantal.

Tindakan Thea itu betul-betul mengundang kemarahan Emeer. Walaupun pukulan Thea itu langsung tidak memberi kesan padanya tapi tindakan Thea itu betul-betul buat dia tercabar.

"Stop it, Thea!" Terus bantal di tangan Thea di rampasnya kasar lalu di campak ke tepi katil. Tubuh Thea yang seperti di rasuk itu terus di tolaknya ke atas katil.

Serentak dengan itu, Emeer naik duduk di atas tubuh Thea. Kedua belah tangan Thea ditekan kuat di tepi kiri dan kanan kepalanya. Emeer memandang tajam ke arah Thea sambil mengetap rahangnya kuat.

Kedudukan Emeer di atas badan Thea itu membuatkan Thea makin kuat menronta namun bebanan yang berat di atas tubuhnya itu menyukarkannya.

"Stop it, THEA HAZEL! I'm not doing anything to you. And don't make me raped you here! I'm not a patient man." Ugut Emeer keras.

Thea terdiam sambil menghamburkan tangisannya. Dia mula terasa benci dengan keadaan sekarang. Dia mula benci dengan lelaki yang bernama Emeer Hayyes.

Melihat Thea yang mula kelihatan tenang itu. Emeer mengeluh. Dia meraup kasar wajah dan rambutnya. Salahnya juga kerana terlepas laku.

"I'm sorry tesoro. Aku langsung tak bermaksud untuk apa-apakan kau. Trust me, okay? Clean up yourself first then I will send you home." Bibirnya terus melabuhkan ciuman di dahi Thea sebelum dia melepaskan tangan Thea dan bangun dari tubuh kecil itu.

Sebaik sahaja kelibat Emeer hilang dari bilik itu, Thea terus meraung kuat. Cuba melepaskan apa yang terbuka di hatinya. Tidak pernah dalam hidupnya di perlakukan seperti itu. Jatuh maruahnya sebagai seorang wanita yang selamat ini cukup menjaga maruahnya.

Emeer yang sedang merokok di balkoni itu hanya pekakan telingannya apabila bunyi kuat jeritan Thea bersama bunyi kaca berderai.

Telefon bimbit di dalam poket seluarnya di keluarkan, lalu nombor James di tekan. Beberapa saat panggilannya di angkat.

"Come to my house now." Arahnya sebelum panggilan itu ditamatkan.

_______________________________________________________

Sebaik sahaja Emeer menghantarnya pulang ke rumah, Thea terus keluar dari kereta tanpa sepatah kata yang keluar dari mulutnya. Dia langsung tidak bersuara atau memandang ke wajah lelaki itu.

Emeer hanya melihat kelibat Thea menghilang masuk ke dalam rumah. Dia mengeluh. Kedua belah tangannya meraup wajahnya.

"Jalan." Arah Emeer kepada James.

Sementara Thea terus naik ke biliknya. Ibunya dan papanya tiada di rumah. Itu buat hatinya sedikit lega, dengan keadaannya yang tidak stabil itu, dia masih tidak mampu untuk berdepan dengan kemungkinan soalan yang akan di tanya.

Tombol pintu terus dikuncinya. Tudung yang membelit di kepalanya terus di buka dan di lemparkan ke lantai. Begitu juga dengan baju yang tersarung di tubuhnya itu dilepaskan satu persatu dari tubuhnya.

Kakinya terus melangkah ke bilik air. Dia berdiri di bawah pacuran air hujan yang mengalir.

Tanpa dapat di tahan lagi, untuk sekian kali air matanya turun membasahi pipi bersama-sama pacuran air itu. Dia terus terduduk di atas lantai bilik air. Dia memeluk lututnya erat.

"Stop crying Thea Hazel! Aku tak ada niat buruk pun dekat kau. and I don't think that i need to explain anything to you. Anggap je semua ini tak pernah berlaku yang berlaku walaupun aku tak buat apa-apa benda buruk pun dengan kau." 

Suara Emeer masih lagi tergiang-giang di fikirannya sejak tadi. Menutur kata-kata itu tanpa perasaan betul-betul buat Thea sakit hati.

"I hate you, Emeer! I hate you!" Thea menangis teresak-esak tanpa henti. Dia berharap yang dia tidak akan pernah berjumpa dengan lelaki itu atau kenal lelaki yang bernama Emeer hayyes itu.

Hampir setengah jam dia berada di dalam bilik air, Thea menapak keluar sambil menahan tubuhnya ke dinding bilik. Kerana terlalu kuat menangis, kepalanya mula berdenyut. Dia mengagahkan dirinya menapak ke katil dengan hanya bathrobe paras lutut membaluti tubuhnya.

Untuk menukar pakaian, dia betul-betul tidak larat.

Tubuhnya segera di baringkan ke atas katil. Comforter di hujung kaki ditariknya hingga ke dada. Tanpa menunggu sesaat pun, dengan mudah Thea terlelap.

Dia berharap semua itu hanya mimpi. Mimpi buruk.

Sementara di bawah, Puan Thalia yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah memandang sekeliling dengan riak wajah yang berkerut.

Mencari kelibat anak daranya yang satu itu. Dia tahu Thea sudah pulang ke rumah kerana kasut Thea di depan pintu masuk di tinggalkan begitu saja.

Selalunya Thea tidak akan membiarkan kasut yang dipakainya begitu sahaja seperti itu sebaliknya di letakkan ke dalam almari kasut yang telah di sediakan di sebelah pintu masuk.

Anak perempuannya itu tidak akan pernah buat perangai seperti itu tanpa sebab.

Tombol pintu bilik Thea di pulasnya. Kakinya teruk melangkah masuk dan mendekati sekujur tubuh yang berselimut itu.

Dahinya berkerut. Hatinya mula berasa tidak sedap. Punggung terus di labuhkan di sisi katil. Tubuh Thea yang berbaring mengiring membelakanginya itu di tarik lembut supaya mengadapnya.

"Thea sayang.. Kenapa ni?" Dia terkejut melihat wajah pucat anaknya itu. Terus sahaja tangannya naik menekap di dahi Thea.

"Allah.. Panasnya. Thea.. Thea.. Bangun. Thea demam ni." Puan Thalia menepuk pipi Thea beberapa kali.

"Ibu..." Thea buka matanya perlahan. Dia betul-betul tidak larat.

"Kenapa boleh demam ni? Bangun, tukar baju dulu. Kejap lagi ibu call papa ya." Ujar Puan Thalia lembut.

Dengar sahaja soalan yang keluar dari mulut ibunya, matanya mula bergenang. Dan tanpa kata Thea terus menghamburkan tangisannya di depan Puan Thalia.

"Ibuuuu...."

Puan Thalia mula cemas. Namun dia terus menarik tubuh anaknya ke dalam pelukan. Belakang tubuh Thea di usapnya lembut. Cuba untuk menenangkan anaknya itu. Hatinya mula risau dengan keadaan Thea itu.

NOTED FROM AUTHOR
Hi my dear readers, sorry for not update. I'm a part of frontliner. So, I will update you when I was free. Hope you understand my situation here.

A lot of love,
Nurhaxel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience