CHAPTER 4

Action Series 136596

"Thea Hazel."

Nama itu mula tergiang-giang di fikirannya sejak semalam. Dia sendiri tidak tahu kenapa tapi hatinya berdetak kuat ingin mengetahui siapa pemilik sebaris nama Thea Hazel itu.

Tubuhnya berdiri tegak di hadapan dinding kaca pejabatnya. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam seluar. Matanya tajam merenung ke arah bangunan- bangunan yang sedang berdiri gah di hadapannya.

Walaupun pandangannya nampak kosong tapi persoalan di fikirannya tetap berputar.

"Chi sei, Thea Hazel? (Who are you, Thea Hazel?)" Bisiknya perlahan.

Tok!

Tok!

Lamunan Emeer terhenti sebaik sahaja pintu pejabatnya diketuk dari luar. Dia segera menoleh ke arah pintu itu serentak nafasnya dihelakan perlahan. Kakinya terus melangkah ke arah meja kerjanya sambil tangan melipat lengan baju kemeja putihnya hingga ke siku.

"Coming."

Pintu dibuka dari luar. Susuk tubuh yang dinantinya sejak dari tadi melangkah masuk dan terus menghenyakkan punggungnya di hadapan Emeer.

"Why you ask me for coming?" Tanpa banyak soal, Shawn terus mengajukan soalan kepada kawannya merangkap bossnya itu.

"What time is it now, Shawn? Ti chiedo di incontrarmi alle 8 del mattino, giusto?(I ask you to meet me at 8am, right?)" Suara Emeer kedengaran sedikit keras sambil merenung tajam ke arah kawannya itu.

Dia paling tidak suka orang yang tidak tepati masa. Baginya masa itu terlalu berharga untuk dibuang dengan sia-sia.

Shawn terus mengangkat kedua belah tangannya, mengaku salah sebaik sahaja melihat riak wajah Emeer yang serius itu. Dia kenal sangat dengan Emeer Hayyes. Dan dia tidak akan sesekali berani mengejutkan Mr.Alpha didepannya ini.

"Sorry, my bad. Aku terlajak bangun. Lagipun semalam aku tidur lewat, Ada masalah sikit dekat Port kita. So, anything I can help you, Sir?" Jelas Shawn.

"Aku tak nak tahu semua itu buat masa sekarang ini. Right now, I want you to find out who is Thea Hazel." Arah Emeer. Masih lagi dengan suara yang serius.

Dahi Shawn sedikit berkerut.

"Who?"

Emeer berdecit perlahan sambil rahangnya diketap kuat.

Ada juga yang nak kena makan terajangnya pagi ini.

"I don't want to repeat it. You hear me, Shawn." Dia menahan sabar dengan makhluk bermata kelabu di hadapannya itu.

Shawn tersengih. Dia sengaja ingin melihat reaksi kawannya itu. Asyik serius memanjang sahaja, mana seronok.

Tapi bila melibatkan kerja, seorang yang bernama Emeer Hayyes tidak akan pernah mengukir senyuman. Senyumannya terlalu mahal untuk dipertontonkan oleh orang. Emeer merupakan klon daddynya, Ethan Hayyes.

"Fine, I will do it. Tapi kenapa kau nak aku cari maklumat pasal dia? Anything happend?" Pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran kawannya itu.

"Ti do fino a stasera. quindi non sprecare il tuo tempo. (I give you until tonight. So don't waste your time.)" Emeer bersuara sambil matanya tertumpu pada dokumen yang berselerak di atas mejanya.

Shawn mengeluh. Susah betul bila ada kawan yang tiada perasaan ini.

"Alright. See you tonight." Shawn terus bangun dari duduknya. Dia tahu, there's no time to play now.

Langkah Shawn terhenti sebaik sahaja mendengar suara Emeer membalas. "My house. Not Ethan's Mansion."

Shawn mengganguk lalu terus melangkah keluar dari pejabat itu.

Emeer terus membelek setiap helaian dokumen yang berada di atas mejanya. Dia hanya ada beberapa hari sahaja lagi untuk menyemak kerja Eiden semasa ketiadaanya sebelum dia mengambil alih The Grand Hayyes. Daddynya hanya bagi masa selama seminggu.

Sebab itu baginya time is too precious.

"Watch out your step, Eshal!" Suara Emeer kedengaran kuat di bilik latihan yang luas itu.

Bilik itu di khaskan hanya untuk mereka berempat sahaja. Emeer sengaja buat bilik itu hanya untuk mereka adik beradik. Semua kemudahan telah tersedia di situ.

"Bukan Eshal, Eiman ni yang tak betul." Jari telunjuknya terus di tunjukkan kepada adiknya.

Eiman membulatkan matanya. Dia juga yang di persalahkan. Sebab itu bila Alongnya mengarahnya untuk melatih kakaknya dia enggan tapi bila arahan itu dari Along, mana mungkin dia menolak.

"Jangan nak salahkan Eiman kalau langkah kau sendiri yang tak betul. Eshal nak Along sendiri ke yang ajar?"

Eshal menunduk apabila suara Alongnya itu berubah serius. Tidak berani buka mulut. Nanti tak pasal terpaksa berlatih dengan anak singa. Tempah maut jawabnya.

"Fine. Sorry. Okay, sekarang Eshal serius. I'm ready adik."

Kedua belah tangannya di angkat pada paras muka. Apabila melihat Eiman menggangukkan kepala dia terus membuka langkahnya ke arah adiknya.

Emeer hanya memerhati adik-adiknya berlatih di luar gelanggang. Ini adalah hukuman yang diberikan kepada Eshal dan Eiden. Mereka akan berlatih di gelanggang ini selama seminggu.

Mendengar sahaja perkara itu, Eshal terus membantah sambil menangis. Pengalaman berlatih dengan Emeer betul-betul buat dia serik.

Sejam berlalu, Eshal terus terbaring di atas lantai sebaik sahaja dia melangkah keluar dari gelanggang. Bajunya habis basah dengan peluh.

"Let's start Eiden."

Eiden yang sedang menumbuk puching bag itu terus memandang ke arah abangnya. Dahinya berkerut melihat Emeer yng berada di dalam gelanggang itu sedang memakai sarung tangan.

"Start for what?" Soalnya sambil melabuhkan punggung disebelah kembarnya. Air di tangan Eshal terus di rampasya lalu diteguk rakus.

"Fight with me." Emeer tersenyum sinis.

Purrrr..

Mendengar sahaja sepatah perkataan yang keluar dari mula abangnya itu, terus tersembur keluar air yang di minumnya.

"Euaww.. Tak senonoh la kau nie ngah. Ishh."

Eshal memukul bahu abang kembarnya beberapa kali. Habis air terkena mukanya.

Tuala di tangan Eiman terus di ambil lalu mengelap seluruh wajahnya serentak memberi jelingan tajam pada Eiden.

"Along cakap esok. Tak akan sekarang. Tak nak aku, long." Jawapnya sambil menggelengkan kepala.

Emeer ketap rahangnya kuat.

"Kau datang sini atau aku sendiri pergi sana. Choose. Kalau berani cubalah. Eiman, lock this place."

Tanpa banyak soal, Eiman terus mencapai remote control di sebelahnya lalu butang merah segera ditekan.

Automatik segala tingkap yang berdinding kaca itu berubah menjadi gelap. Begitu juga dengan pintu bilik itu. Sistem lock mula aktif.

Eshal telan liurnya.

Dia memandang wajah kembarnya sambil menolak tubuh Eiden beberapa kali.

"Angah, better kau pergi sebelum lebih teruk lagi kita kena. Cepatlah. Eshal tak nak tidur sini sampai malam."

Eiden mendengus.

Dia bukan tidak mahu berlawan tapi alongnya itu langsung tidak berhati perut. Akhirny dia juga yang sakit.

Hendak atau tidak, dia terpaksa juga akur. Terus dia bangun dari duduknya. Sebelum dia melangkah mendekati Emeer sempat dia meninggalkan pesanan kepada adik kembarnya dan juga Eiman.

"Kalau aku mati kena belasah dengan Along, pastikan kau tuntut bela untuk aku nanti."

Emeer berdecit geram apabila mendengar kata-kata adiknya itu. Sengaja menguji kesabarannya.

"Kalau kau menang lawan aku, this academic is yours." Tutur Emeer sebaik sahaja Eiden berdiri di depannya.

Eiden tersenyum sinis.

Manakala Eshal dan Eiman tercegang mendengar tawaran Along mereka itu. Bukan semudah itu untuk abangnya menyerahkan akademik itu. Dan bukan senang Eiden untuk menang berlawan dengan abangnya.

"Kau serius ke long?"

"Damn serious." Sebelah keningnya diangkat.

"Fine, let's do this, brother."

Dan tanpa buang masa, Eiden terus membuka langkahnya dengan menghayung kuat tangannya ke muka Emeer namun pergerakan Emeer lebih pantas. Dia mengelak ke sisi menjadikan Eiden berada di belakangnya.

Emeer tersenyum sinis.

Dan dengan mudah, dia menendang kuat betis Eiden.

Eiden jatuh melutut dan tanpa membuang masa dengaan mudah kakinya melingkari kepala adiknya dengan betis dan terus menghumbang tubuh lawannya ke lantai.

Wajah Eiden mula berkerut apabila terasa sakit di bahagian belakang ini. Pergerakkannya kini dikunci dengan kaki Emeer yang masih lagi berada di lehernya.

"Argghhh.."

"Lesson number one, take your time. Look around before attack your enemy. Think before art."

Emeer terus perketatkan lagi pautannya dileher. Eiden meronta kuat tapi malangnya sedikitpun dia tidak boleh menggerakkan tubuhnya.

Mata Eshal mula membulat apabila melihat muka abang kembangnya mula bertukar kemerahan. Dia terus berlari mendekati gelanggang lalu berkata.

"Aa--Along, you hurt him." Eshal bersuara dengan gagap. Dia takut melihat wajah abangnya yang kelihatan mengerunkan itu.

Emeer terus melepaskan pautannya pada Eiden. Pantas dia bangun dari tubuh adiknya itu. Eshal pula terus menerpa ke arah Eiden.

"Uhuukkk.. uuuhhukk." Eiden batuk sambil mengatur nafasnya.

"Macam mana nak ambil alih akademik aku kalau macam ini kau lawan. Start for now on, I want all of you, practice every week. Learn how to attack your enemy, control the situation and read their art. Eshal, Along nak kau masuk kelas, jangan ponteng. Kalau Along dapat tahu kau ponteng, siap. Eiman, don't skip your training. And Eiden, you with me. Along sendiri yang akan latih kau. This academic will be yours when I think you are ready. è chiaro?(Is that clear?)" Emeer bersuara dengan tegas.

Satu persatu wajah adiknya dipandang dengan serius. Dia tahu, kalau dia tidak bertegas seperti itu, sampai bila-bila adik-adiknya tidak ambil serius apa yang diperkatakan olehnya lebih-lebih lagi Eshal.

Eshal adalah satu-satunya adiknya yang degil dan terlebih manja. Mengalahkan adik bongsunya.

"Si fratello. (Baik abang)." Mereka bertiga bersuara serentak.

Emeer mengganguk lalu melangkah ke pintu. Masih ada urusan yang perlu dia selesaikan. Dia terus meninggalkan adik-adiknya di situ tanpa menoleh ke belakang. Dia bertegas dengan adiknya bersebab.

Sebaik sahaja dia mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia, dia telah berjanji kepada kedua ibu bapanya untuk menjaga adik-adiknya. Sebab itu dia langsung tidak bagi muka dengan mereka bertiga.

Segala aktiviti adik-adiknya, semua berada di dalam tangannya. Tiada siapa yang akan terlepas dari pandangannya.

Emeer tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience