CHAPTER 23

Action Series 137049

"Kak Thea!"

Sebaik sahaja Eshal membuka pintu rumah, wajah bakal kakak iparnya itu buat dia teruja. Tubuh Thea segera dipeluknya erat. Tindakan Eshal itu tidak dapat di duga oleh Thea. Nasib baik dia sempat mengimbangi tubuhnya.

Thea hanya mampu tersenyum dengan keletah manja Eshal.

"Dah, tak payah buat drama jejak kasih dekat sini Eshal. Pergi tolong mummy dekat dapur." Tegur Ethan sambil menghampiri pintu utama.

Eshal yang tidak puas hati dengan arahan daddynya itu terus mendegus perlahan sambil berlalu dari situ dengan menghentak kaki. Ethan hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan anak daranya. Manakala Thea pula hanya tersenyum kecil.

Ethan menjemput tetamunya masuk dengan senyuman nipis terukir di bibir. Mereka mula melangkah menuju ke ruang tamu di sebelah kiri.

Thea melabuhkan punggung di kerusi sofa yang serba mewah itu. Walaupun saat itu, hatinya tidak henti berdengup laju, dia cuma juga untuk tenteramkan dirinya. Matanya jatuh pada kedua ibu bapanya yang sedang rancak berbual itu.
Dengan perlahan dia bersuara.

"Erk.. Maaf, Thea nak tengok mummy dekat dapur boleh tak?" Thea mula mencelah perbualan papa dan bakal bapa mentuanya. Wajah mereka di pandang sebelum dia membalas senyuman nipis ibunya.

Ethan mengangguk perlahan lalu tersenyum. "Pergilah. Mummy pun busy dekat dapur tu dari tadi."

Thea mengangguk lalu dia meminta diri dari kedua orang tuanya sebelum berlalu dari situ. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke ruang dapur, matanya di hidangkan bermacam jenis lauk dan dessert yang masih belum terhidang di meja makan.

Dia tersenyum kecil apabila melihat Eshal yang sedang muncung apabila kena bebel dengan Puan Khayla.

"Assalamualaikum. Ada apa-apa yang Thea boleh tolong tak?" Tegur Thea sambil kaki mula mendekati Puan Khayla.

Puan Khayla dan Eshal menoleh ke arah Thea lalu tersenyum kecil. Melihat sahaja kelibat Thea, Eshal terus meninggalkan kerjanya lalu memeluk erat tubuh bakal kakak iparnya itu. Thea menggelengkan kepalanya. Geli hati dengan keletah manja gadis itu.

"Eshal, siapkan kerja tu dulu. Tetamu kita dah tunggu lama tu kan." Tegur Puan Khayla.

Eshal mengeluh lalu menyambung kerjanya.

"Mummy nak Thea tolong apa-apa tak? Just let me."

"It's okay. Sikit je ni. Thea duduk dulu. But kalau Thea nak tolong juga, gantikan tempat Eshal kejap boleh? Mummy nak Eshal pergi panggil abang-abang dan adik dekat atas."

"Boleh mummy."

Dengan senang hati Thea berganjak ke tempat di mana Eshal berada sebentar tadi. Manakala Eshal dengan sekelip mata menghilang. Tahu sangat dengan perangai anak perempuannya yang malas itu.

Beberapa minit berlalu, Thea masih juga dengan kerjanya sambil di bantu oleh Tanti. Tanpa disedarinya, sepasang mata Dark Hazel ralit memerhati tindak tanduk si gadis yang sudah bergelar tunangnya.

Tubuh yang dibaluti dengan baju blouse putih dipadankan dengan skirt kembang bewarna hitam bersama shawl bernada sama dengan skirtnya itu terlilit kemas di kepala itu sedikit menarik minat pemilik mata Dark hazel itu.

Nice! 

Bibirnya terjungkit sebelah. Tanpa menunggu lama, kakinya mula melangkah mendekati Thea yang berada di singki itu. Dia berdiri tepat di belakang tubuh tunangnya. Dengan selamba kedua belah tangannya di letakkan di birai kabinet singki tersebut sekali gus mengepung tubuh Thea itu.

Tindakan Emeer itu menyebabkan Thea sedikit terkejut. Bau minyak wangi yang tidak begitu asing lagi di rongga hidungnya membuatkan dia tegak berdiri di tambah pula dengan hembusan nafas di pipinya buat dia lansung tidak berani untuk bergerak walau seinci pun.

"Ap--apa awak buat ni? Tepilah." Thea memberanikan diri untuk bersuara.

Sebelah kening Emeer terjungkit naik.

"Hmm.. Kau buat apa ni? Kenapa rajin sangat? Tanti mana?" 

"Saya cuma tolong mummy. Tanti de--dekat belakang. Awak.. Le--lepaslah." Tubuh Emeer yang terasa melekat di belakang tubuhnya buat dia makin gelisah. 

Sebaik sahaja mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Thea itu, kaki Emeer mula melangkah ke depan, menghapuskan jarak antara mereka. Bibirnya mula tersenyum nakal. Sebelah tangannya memuat kemas pinggang Thea.

"You want me to do this?" 

Suara Emeer yang berbisik di cuping telingannya betul-betul buat Thea makin sesak nafas. Dia cuba untuk menstabilkan nafasnya. Mata di pejam sejenak. Bibir bawahnya di gigit kuat. 

Geram dengan sikap selamba Emeer itu.

"Astagfirullahalazim.. Along buat apa ni?!"

Suara yang kuat di pendengaran itu automatik pegangan yang berada di pinggang Thea itu terlepas sekaligus kakinya terundur sedikit ke belakang. Emeer mengaru kepalanya sambil tersengih.

Wajah serius Puan Khayla yang sedang tercekak pinggang sambil melangkah ke arahnya itu di pandang Emeer dan Thea. Thea hanya menundukkan kepala sambil mengenggam erat kedua belah tangan.

"Mummy tanya Along sekali lagi. Along buat apa ni?" Soal Puan Khayla. Tegas. Dia tahu sangat dengan perangai anak sulungnya yang terlebih nakal itu.

"Along tak buat apa la mummy. Just tengok Thea buat kerja. Itu saja." Kakinya melangkah ke arah Table top yang terletak di sebelah kanannya. namun belum sempat dia melabuhkan punggungnya di situ, telingannya di tarik kuat oleh Puan Khayla.

"Ingat mummy tak kenal perangai anak mummy yang seorang ni? Jaga sikit perangai gatal awak tu. Jangan sampai mummy cancel kamu kahwin dengan Thea baru tahu."

"Haisshh. Sakitlah mummy. Apa pula along yang kena. Tak luak pun." Tutur Emeer perlahan namun masih jelas kedengaran di telinga kedua-dua wanita di depannya itu.

Thea ketap bibir. 

Kecil besar kecil besar saja dia tengok Emeer di matanya. Rasa tangannya gatal nak hempuk kepala lelaki itu.

Manakala Puan Khayla pula membulatkan matanya. Belum sempat dia bersuara, Emeer terlebih dahulu berlari keluar dari situ sambil tergelak kuat.

"Mummy minta maaf ya bagi pihak anak mummy. Kadang-kadang mummy pun pening dengan budak tu seorang. Perangai tu kadang-kadang terlebih nakal pula. Sama saja dengan daddy dia muda-muda dulu."  Puan Khayla menggelengkan kepalanya.

"It's okay. Mummy tak salah pun." Balas Thea sambil tersenyum nipis.

_______________________________________________________

Nasi yang hanya tinggal sedikit di dalam pinggan itu digaul perlahan sambil mulut mengunyah makanan. Kepalanya masih lagi menunduk tidak berada mengangkat kepalanya hanya kerana sepasang mata dark hazel yang sedari tadi memanah tajam ke arahnya.

Makanan yang  ditelan itu tiba-tiba sahaja tidak memberi rasa kepada tekaknya.

"Eh.. Thea, sikit je makan. Kenapa? Tak sedap ke?" Pertanyaan Puan Khayla itu sekaligus menarik perhatian mereka semua yang berada di situ.

Semua mata memandang ke arahnya. Thea tersenyum kekok sambil menggelengkan kepala.

"Sedap mummy. Cuma Thea terasa kenyang. Lagipun Thea tak makan banyak sangat malam-malam." Jelasnya lembut.

"Mummy masak semua ni untuk Thea sekeluarga. Cuba Thea rasa sambal udang ni." Laju sahaja tangan Puan Khayla mencedok sambal udang itu lalu di letakkan ke dalam pinggan Thea yang sudah kelihatan kosong itu.

Tindakan pantas Puan Khayla tidak dapat di tahannya. Mata Thea muka jatuh pada kedua orang tuanya yang berada si sebelahnya. Rasa serba salah mula timbul.

Melihat perubahan raut wajah bakal menantunya itu buat dahinya berkerut seribu.

"Kenapa? Thea tak suka sambal udang ke?" Soal Puan Khayla.

Namun belum sempat Thea menjawab, Emeer terlebih dahulu menyambar pinggan Thea lalu di letakkan di hadapannya selamba. Sambal udang itu dimakannya tanpa menghiraukan pandangan tidak puas hati mummynya itu.

"Mummy, bakal menantu mummy ni tak boleh makan udang. Alergik. Kalau makan, nanti tak pasal-pasal masuk hospital." Jawab Emeer selamba.

Laju sahaja mata Thea mencari anak mata si tunangnya itu. Apabila mata mereka bertembung, Thea cuba untuk menghantar isyarat kepada Emeer namun tidak lelaki itu hiraukan.

"Oh.. Betul ke? Maaf mummy tak tahu pun."

Thea mula rasa serba salah. Wajah papanya yang berada di sebelahnya di pandang. Papanya hanya tersenyum kecil. Dia tahu apa perasaan anaknya saat tu.

"Erk.. It's okay mummy. Thea okay. Lagipun makanan mummy masak dh banyak sangat ni." Ujar Thea perlahan. Dia paling tidak suka apabila orang tahu akan kelemahannya yang satu itu.

"Okay. Next time, mummy masak sedap-sedap untuk Thea. No more udang for you."

Doktor Hafeez dan Puan Tahlia trsenyum. Lega hati mereka melihat kemesraan Puan Khayla terhadap anak kesayangannya. Syukur atas penerimaan mereka sekeluarga.

Manakala pasangan kembar di sebelah Emeer itu berpandangan sesama sendiri untuk seketika sebelum pandangan itu jatuh pada Puan Khayla.

Eshal ketap bibirnya kuat. Cuba menahan rasa. Cemburu.

Habislah. Confirm mummy sayang Kak Thea lebih kali ini. Hmm.. Rintih hati Eshal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience