CHAPTER 3

Action Series 136594

HAMPIR satu jam Thea berlegar-legar di mall sambil mencari barang kepeluannya. Selama sebulan lebih dia menunggu jawapan bagi permohonannya dan minggu depan dia akan mula melaporkan diri di Specialist Medical Centre, hospital sama papanya bekerja tapi rezekinya bukan di tempat yang sama dengan papanya. Dia diterima untuk cawangan di Johor.

Walaupun sedikit mengecewakan tapi dia terima dengan penuh kesyukuran. Dia percaya akan rezeki yang diberikan olehNYA.

Apabila melihat butik kegemarannya iaitu H&M, dia terus melangkah masuk. Dia lebih suka design baju disitu kerana banyak pilihan mengikut citarasanya, loose and simple. Sedang dia membelek baju, matanya tertacap pada sehelai cardigan labuh yang menarik perhatiannya. Tangannya ingin mencapai baju tersebut tapi satu tangan turut kea rah yang sama.

Thea berpaling untuk melihat siapa gerangannya begitu juga orang di sebelahnya. Dia mengeruh dahi apabila wajah disebelahnya seperti pernah dilihat sebelum ini. Reaksi yang sama diberikan kepadanya.

"Eh.. Akak cantik yang Eshal langgar kat KLIA hari itu kan?" Eshal terlebih pantas menegurnya sambil jari telunjuk Eshal digoncang beberapa kali ke arah Thea.

Apabila teringat akan peristiwa itu, laju sahaja Thea menganggukkan kepalanya. Tidak sangka yang mereka akan berjumpa lagi. Mana dia boleh lupa dengan gadis comel yang terlanggarnya tempoh hari.

"Jangan la panggil akak macam tu. Malu akak. Panggil Kak Thea je." Balas Thea lembut.

Senyuman Eshal makin melebar. Terus dia menghulurkan tangannya. Lalu berkata. "Hai kak Thea. Saya Eshal."

Thea menyambut tangan itu dengan senang hati.

"Hai Eshal. Nice to meet you."

"Nice to meet you too. Akak buat apa dekat sini? Akak seorang ke?" Matanya melilau melihat sekeliling.

"Akak datang cari barang. Sambil tu window shopping sekali. Ha'ah, akak seorang je. Eshal seorang?" Tangan Thea mula membelek satu persatu baju yg berada di atas rak tu.

"Eshal janji dengan abang tadi tapi entah la. Sampai sekarang tak nampak batang hidung pun. Hah. Akak teman Eshal nak tak?"

Larangan Alongnya supaya tidak bercakap dengan sebarangan orang tidak dia endahkan. Lagipun bagi dia, perempuan di depannya itu bukan macam orang jahat. Manis bertudung. Sedap mata memandang. Kalau mama tengok ni, mesti nak buat menantu. Gumam Eshal di hati sambil bibirnya tersengih kecil.

Dahi Thea berkerut apabila melihat Eshal tersenyum sendirian.

"Eshal okay ke?"

Eshal terpinga-pinga sebelum menyedari yang dia sedang berkhayal.

"Ehh.. Sorry -sorry. Boleh pula Eshal berangan. Akak, jom dating nak?" Mata Eshal membulat memandang Thea.

"Seriously Eshal? Kita baru je kenal, Eshal terus ajak akak dating? Tak takut kalau akak ni jahat ke?" Sebelah keningnya di angkat. Dia memandang Eshal sambil berpeluk tubuh.

Tidak pernah lagi dia berjumpa dengan gadis seperti Eshal ni. Happy go lucky betul. Kan best kalau dia ada adik seperti Eshal. Boleh jadi geng.

Eshal mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Ayat Kak Thea itu sama seperti ayat-ayat yang selalu Alongnya lontarkan kepadanya.

"Ehsal tahu akak baik...." Belum sempat Eshal menghabiskan ayatnya, telefon bimbitnya berdering kuat.

Melihat si pemanggil, dia menggigit bibir bawahnya sambil memberi isyarat tangan kepada Thea. Thea hanya mengangguk kecil.

Jari terus digeselkan pada skrin telefon itu.

"Hello Along."

"Where are you?" Suara Emeer sedikit tegas.

"Eshal dekat The H Mall. Kenapa Along tanya?" Dia mengerling sekilas ke arah Thea yang sedang leka memilih baju.

"Balik sekarang. Eiden dalam perjalanan untuk ambil Eshal."

"Kenapa pula kena balik? Eshal tak selesai lagi beli barang. Ish.." Kakinya di hentak beberapa kali.

Ini paling yang dia tidak suka. Baru nak rasa bebas sikit tapi belum apa-apa dah kena balik. Geram betul dengan Alongnya itu.

"Not now Eshal. Just listen to me. 10 minit lagi Eiden sampai."

Suara Emeer yang kedengaran agar tegas tu terus mematikan niatnya untuk membantah. Dia tahu pasti ada sesuatu, kalau tidak Alongnya tidak akan kacau masa dia tanpa sebab.

"Fine." Panggilan terus dimatikan. Dia melepaskan keluhan berat.

Tiba-tiba rasa bersalah pula pada Thea. Eshal mendekati Thea sambil menayangkan muka monyok.

"Sorry akak. Eshal kena balik sekarang. Ada hal sikit dekat rumah."

Thea tersenyum.

"It's okay. Next time kalau ada jodoh kita jumpa lagi."

Eshal mengangguk.

Sebelum mereka membawa haluan masing-masing, Eshal sempat mengambil nombor telefon Thea. Katanya senang kalau ingin berjumpa.

Lagipun Eshal tidak mempunyai kawan. Di universiti, kawannya hanyalah abang kembarnya, Eiden. Bukan dia sombong tapi daddynya berpesan jangan terlalu cepat percayakan orang. Tambahan pula mereka merupakan dari golongan high profile.

Tapi bila bersama dengan Thea, Eshal rasa sangat selesa. Automatik dia mudah mesra walaupun baru kenal.

"Where are you going today, Eshal?"

Eshal mendongak lalu menoleh ke arah daddynya yang sedang duduk di kerusi di sebelah kirinya. Wajah Eiden di depannya di pandang sekilas sebelum menjawap.

"Eshal pergi The H Mall. Kan Eshal dah bagitahu mummy. Eshal nak cari barang."

Ethan memandang tajam ke arah anak perempuannya seorang itu. Laporan yang baru sahaja diterima oleh anak buahnya buat dia bengang.

Khayla yang perasan akan riak wajah suaminya itu terus mengusap lembut tangan Ethan yang berada di atas paha itu. Masing-masing tidak berani bersuara. Emeer juga sedang memandang adiknya itu sambil berpeluk tubuh.

"Ke--kenapa daddy dan Along pandang Eshal macam tu?" Suara Eshal kedengaran gugup. Dia tahu, melalui pandangan tajam daddy dan abangnya itu, dia memang dalam masalah.

"Perché sei scappato dalla tua guardia del corpo? (Why did you run away from your bodyguard?)"

Gulp!

Mata Eshal terus ke arah abang kembarnya, Eiden. Memberi isyarat mata tapi Eiden hanya menggelengkan kepala. Enggan memberi kerjasama.

Baik dia selamatkan dirinya terlebih dahulu dari dia selamatkan adik kembarnya. Itulah seorang Eiden. Bila melibatkan kemarahan daddynya, dia lebih suka ambil jalan selamatkan dirinya terlebih dahulu.

"Eshal!"

Bahu Eshal terhenjut. Dia gigit bibir bawahnya sebelum menjawab.

"Eshal janji dengan Angah petang tadi. Sebab tu Eshal lari. Eshal ingat Angah datang tapi dia tak muncul juga. Eshal mana tahu Angah tinggalkan Eshal. Eshal tak suka la bodyguard ikut sana sini. Rimas la." Adu Eshal perlahan sambil menghentak kakinya.

Mata Eiden membulat bila adik kembarnya itu kaitkan dia. Kedua belah tangannya di kepal. Pecah tembelang.

Kalau bab mengadu, merengek memang semuanya ada pada Eshal. Memang dalam keluarga mereka, Eshal seperti anak bongsu. Bukan Eiman.

Ethan bangun dari duduknya sambil menarik tangan isterinya. Dia memandang si kembar untuk seketika sambil bercekak pinggang sebelum matanya kemudian berkalih pada anak sulungnya.

"Along, give them some lesson." Arah Ethan dengan nada yang tegas.

Emeer hanya menganggukkan kepala lalu tersenyum sinis kepada si kembar.

"Daddy.. Eshal tak nak. Ple--"

Belum sempat Eshal mengikuti langkah daddynya yang sudah keluar dari ruang keluarga itu, langkahnya terhenti bila suara Alongnya kedengaran.

"Luthfia Eshal. Come here, now."

Eshal mengeluh. Jangan harap boleh terlepas. Dia terus melangkah semula ke kerusi yang di dudukinya tadi, di sebelah Eiden.

"First, Along nak tanya Eshal. Eshal dengan siapa petang tadi?"

Dia sengaja tanya adiknya, kerana dia perlu dengar dari mulut adiknya sendiri walaupun dia tahu segala aktiviti dan dengan siapa adiknya berjumpa.

Dahi Eshal berkerut.

"Dengan siapa pula? Eshal seorang je la. Sebelum Angah datang ambil." Dia menjeling sekilas ke arah kembarnya yang dari tadi diam membisu.

"What just I told you before? Think Eshal. Think before answer." Ujar Emeer sedikit keras.

Ada juga budak yang nak kena humban dalam kolam nanti.

Eshal menoleh ke arah kembarnya. Meminta pertolongan. Matanya di kedipkan beberapa kali.

Eiden mendengus.

"Ish.. Stress betul la dengan kau ni, dik. Tak akan soalan Along yang paling simple tu tak boleh jawap. Sebelum Along call kau tadi, kau dengan siapa?" Kedua belah pipi Eshal dipegangnya.

Itu sahaja cara untuk sedarkan adik kembarnya.

Apabila dia teringatkan kejadian petang tadi, dia terus tersengih, tangan Eiden dipipinya dilepaskan. Terus sahaja dia bangun dan duduk di sebelah Alongnya sambil tersengih.

Emeer dan Eiden berpandangan.

"Eshal jumpa dengan Kak Thea petang tadi."

"Who?" Emeer bertanya untuk kepastian.

Eshal tersenyum lalu kedua belah pipi Alongnya di pegang lalu ditarik mendekati wajahnya.

"Thea Hazel."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience