CHAPTER 24

Action Series 136596

Satu persatu wajah yang berada di hadapannya di pandang. Teh panas yang berada di atas meja kopi di hadapannya itu di teguknya perlahan. Teh yang disediakan sendiri oleh isterinya selepas makan malam sebentar tadi.

"Daddy dan papa Thea sudah buat keputusan dan capai kata sepakat. Both of you going to married end of this month." Tutur Ethan perlahan namun tegas.

Mata Thea membulat.

Thea hampir tersedak sebaik sahaja mendengar keputusan itu. Terasa satu usapaan lembut di belakang tubuhnya. Apabila tekaknya yang perit akibat tersedak itu stabil, dengan berani dia menutur kata.

"Wait. Papa tak cakap apa-apa pun dengan Thea sebelum ni. Kenapa tiba-tiba je?" Soal Thea kepada papanya dengan nada tidak puas hati.

Mana mungkin dia bersetuju dengan semua itu. Tambahan pula keputusan itu di buat tanpa pengetahuan dirinya.

"Papa buat semua ni untuk kebaikan Thea juga. Thea lupa apa terjadi minggu lepas? Papa tak nak benda itu berulang lagi. You need someone to take care of." Tangan anak perempuannya di usap lembut. Cuba untuk menenangkan Thea.

Thea mengeluh lemah. Tanpa sebelah tangannya naik mengurut lembut pelipisnya.

Emeer hanya diam membisu. Matanya dari tadi lansung tidak berkalih daripada memandang wajah putih kemerahan milik tunangnya itu.

"Papa.. Please. I can take care of myself. papa ke Thea duduk dekat Ireland itu hampir enam tahun. Awal sangat la papa." Rengek Thea tanpa sedar.

Thea sahaja rengekkan Thea, bibir Emeer mula terjungkit sinis.

"Daddy, Uncle. Boleh tak Emeer nak bercakap dengan Thea berdua?" Soal Emeer tiba-tiba. Matanya tetap tajam menikam wajah Thea.

Doktor Hafeez memandang ke arah Ethan  sebelum mengangguk.

Senyuman Emeer makin melebar sebaik sahaja mendapat keizinan daripada mreka berdua. Laju dia bangun lalu melangkah medekati Thea.

Pengelangan tangan Thea di tariknya selamba tanpa menghiraukan pandangan tajam daripada Doktor Hafeez dan juga daddynya. Nasib baik masih berlapik.

Thea yang cuba untuk melepaskan pegangan itu meronta sedikit kuat apabila tangannya di tarik dan melangkah naik ke tingkat atas.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni? Lepaslah! Tak payah pegang-pegang boleh tak? Saya boleh jalan sendiri la. Ishh.." Bebel Thea dengan geram.

Namun bebelan Thea itu hanya di biarkan sepi oleh Emeer. sebaik sahaja pintu lif terbuka, kakinya segera melangkah keluar dari perut lif itu sambil menarik tangan tunangnya.

Untuk seketika, Thea kelihatan tergamam dengan suasana di sekeliling rooftop itu yang kelihatan seperti Taman. Setiap penjuru sudut, terdapat pokok-pokok hijau yang yang rendang.

Manakala lantai pula di lapik dengan rumput karpet yang sangat lembut. Di sudut sebelah kirinya pula terdapat taman mini berserta kolam kecil yang juga terdapat air terjun mini. Betul-betul cantik dan memukau pandangannya sehingga lupa orang di sebelahnya.

Emeer hanya memerhati tingkahlaku si gadisnya sambil berpeluk tubuh. Tadi buka main memberontak. Sekarang, dia yang leka.

"Ehem.. Dah sampai dekat mana kau berangan tu?" Tegur Emeer sekaligus mematikan lamunan Thea.

Teguran itu sekaligus mematikan senyuman di bibir pink itu. Wajah Emeer di sebelah di jelingnya tidak puas hati.

"Awak nak apa ajak saya datang sini? Cakap cepat, nanti papa say tunggu lama." Thea berjalan melintasi Emeer lalu melabuhkan punggung di gezabo yang tersedia di sebelah kolam mini itu.

Emeer berdecit perlahan. Kakinya turut juga melangkah ke arah Thea.

"Aku cuma nak cakap, terima apa sahaja keputusan daddy aku dan papa kau buat. Another two weeks, we will get married." Ujar Emeer tegas.

Dia tegak berdiri disisi Thea dengan menghala pandangannya ke  hadapan. Matanya tajam memerhati beberapa orang pengawal yang bertugas di halaman Mansion daddynya.

"But you already promise me to give me a time to thinking about. Mana boleh suka-suka buat keputusan macam tu."

"Itu sebelum papa kau campur tangan. Jangan nak salahkan aku. Papa kau tu tak sabar nak aku jadi menantu dia agaknya." Emeer menoleh ke arah Thea sambil tersenyum sinis.

Mata Thea terbeliak sebaik sahaja mendengar pujian tunangnya untuk diri sendiri.

Sejak bila mamat ni dah pandai buat lawak.

"Ishh.. awak jangan nak buat lawak dekat sini boleh tak. Saya tengah serius ni." Kedua belah kakinya di hentak geram.

Sebelah kening Emeer terjungkit naik sebaik sahaja melihat reaksi comel tunangnya itu.

"Whatever you like it or not, you have to accept it....."

Tap..

Tap..

Kaki Emeer perlahan mendekati Thea.

"No matter what...." Melihat Emeer yang semakin mendekat, Thea mula berundur beberapa tapak ke belakang.

Tap..

Renungan tajam daripada mata dark hazel itu buat dia mula gugup.

Tap..

"Because you don't have any choice, tesoro." Bisik Emeer tepat pada wajah Thea yang hanya tinggal beberapa inci sahaja jaraknya.

Thea yang sudah terperangkap di hujung palang besi rooftop itu telan liur kesat. Matanya terus di halakan ke sudut lain. Tidak berani untuk bertentang mata dengan si dia tambahan pula dengan kedudukan mereka yang sangat bahaya itu.

"But I'm not ready yet." Bisik Thea perlahan. Kepalanya di tunduk ke lantai.

Dahi Emeer berkerut sebelum bibirnya mengukir senyuman nakal. Hujung jari telunjuk kemudiannnya naik mengangkat dagu Thea. Mengarah untuk memandang tepat ke wajahnya.

"Not ready for what, tesoro?" Suaranya sengaja di tegaskan.

Thea gigit bibir bawahnya sekaligus mata helang Emeer turut melihat ke arah dua ulas bibir kemerahan itu.

"Don't tease me, Thea Hazel."

"Teasing you what? I do nothing."

Emeer ketap rahangnya kuat. Tanpa menunggu lama, leher Thea di tarik rapat ke arahnya lalu bibirnya menyambar bibir kemerahan itu.

Mata Thea membulat. Tangannya laju sahaja memainkan peranan. Kedua belah tangannya memukul kuat bahu dan dada Emeer namun tidak terkesan dengan perbuatannya itu.

"This is what you get when you bite your lips in front of me, again. And lebih buruk dari ini lagi kalau kau berani bantah keputusan yang telah di buat. Faham?" Soal Emeer tegas sambil menyapu airmata yang mula mengalir membasahi pipi si tunang.

Thea tidak mengangguk kepalanya malah menepis kuat tangan Emeer yang berada di pipinya itu. Dengan perasaan geram yang masih bersisa, Thea terus menolak kuat tubuh Emeer yang berdiri rapat di hadapannya lalu memijak kaki Emeer dengan perasaan geram.

"Argh."

"I hate you, Emeer Hayyes."

Thea terus berlalu dari situ. Tawa kuat daripada lelaki itu msih jelas kedengaran di telinganya. Dia mendengus kuat.

Bibirnya yang menjadi mangsa sebentar tadi di kesatnya dengan hujung baju beberapa kali.

Taguna!

Emeer tersenyum sinis melihat kelibat Thea yang tergopoh-gopoh masuk ke dalam perut lif. Bibirnya di usap lembut.

"I will never let you go, Tesoro because you are mine."

Telefon bimbit di dalam kocek seluar di ambilnya lalu nombor telefon Shawn di dail. Tidak menunggu lama, panggilannya dijawab.

"Shawn, prepare everything. Esok aku masuk THA. Sharp at 9 am, everything ready in the meeting room. Get it?" Rokok di tangannya di sedut perlahan.

"Alright. Consider it's done."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience