CHAPTER 20

Action Series 136596

Enjin kereta di hidupkan lalu tanpa menunggu lama dia terus memecut laju keretanya keluar dari bangunan hospital itu. Jam di dashboard menujukkan hampir pukul 12.30 malam.

Thea menghelakan berat.

Shif kerja tamat pukul 8 malam tapi di sebabkan mendapat kes kecemasan, dia terpaksa dahulukan apa yang penting. Jalan yang mula lenggang dengan kenderaan itu buat perjalanan Thea ke rumah lancar.

Dahi Thea mula berkerut apabila melihat sebuah kereta jenis MPV mengekori rapat keretanya dari belakang. Sejak keluar dari bangunan hospital lagi dia perasan akan kereta itu tapi dia ingatkan hanya kebetulan.

Untik sedapkan hati signal sebelah kiri di berikan untuk menukar lorong. Pada masa yang sama, matanya tidak lepas memandang ke arah cermin tengah keretanya.

"Ya Allah.. Lindungilah hambaMU ini." Ucapa Thea perlahan apabila hatinya begitu yang dengan telahannya sebaik sahaja melihat kereta itu turut menukar lorong.

Terus kakinya menekan minyak dan memecut laju keretanya. Jalan yang di susurinya sedikit sunyi tanpa kereta di atas jalan kerana kawasan itu semakin hampir dengan kawasan perumahan yang didudukinya.

Thea mula gelabah apabila kereta MPV itu mula memotongnya dan seakan menghimpit keretanya. Pegangan tangan di stereng kereta di genggam kemas.

Tanpa sempat The berbuat apa-apa, kakinya mula menekan brek kuat apabila tiba-tiba sahaja MPV itu memotongnya lalu berhenti mengejut di depan keretanya.

"Allah!"

Hati Thea mula berdegup kuat apabila melihat melihat seorang lelaki berpakaian serba hitam keluar dari tempat duduk sebelah penumpang. Tanpa menunggu lama dia terus menukar gear kepada R lalu minyak ditekannya kuat.

Bam!

Mata Thea membulat apabila melihat sebuah lagi kereta menghalang laluannya dan melanggar belakang keretanya.

Ketakutan mula menyelubungi dirinya. Dengan tangan yang menggigil dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di kerusi sebelah. Namun belum sempat tangannya mengesel skrin telefon, telefon itu terus terjatuh ke kakinya.

Tok! Tok! Tok!

"Keluar sekarang." Laju sahaja Thea menggelengkan kepalanya lalu dia terus mencapai kemabali telefon bimbitnya di kaki. Tangan segera menekan nombor yang terlintas di fikiran namun belum sempat dia menekan butang dail lelaki itu terus menghentak kuat tingkap cermin keretanya. 

"Arghh.." Tangan segera melindungi kepalanya.

Dengan berang lelaki itu terus membuka pintu kereta dari dalam lalu menarik Thea keluar dari situ. Tangan kasar itu segera menampar kuat wajah Thea lalu mencengkam kuat tudung Thea dari belakang.

Thea mendesis kecil. Mukanya mula berkerut seribu.

"Jangan degil. Ikut aku." 

Lelaki itu terus mengheret Thea ke kereta yang berada di belakang keretanya yang sejak tadi menanti.

Bang! 

Belum sempat dia menolak tubuh Thea, tembakan kedengaran di lepaskan dari sebelah serentak itu pautan di lengan Thea terus terlepas.

"Fuck!" 

Thea terus berlari menyorokkan dirinya di belakang keretanya apabila melihat beberapa buah kereta mula berhenti di situ dan beberapa orang lelaki tegap keluar dari kereta.

Kedua belah lutut di peluknya kuat. Seluruh tubuhnya mula menggigil kuat. Tidak pernah lagi dia mengalami perkara seperti itu. Bunyi kuat suara keras lelaki kedengaran di belakang dan beberapa das tembakan. 

Mata di pejam rapat. Kedua belah tangannya menekup kuat telinganya. Bibir digigit kuat menahan dari esakan.

"Ibu..."

Bang!

Bang!

Bomm!

"Allah.."

Bunyi letupan yang kuat betul-betul di belakangnya itu menyebabkan tubuhnya terpelanting ke sebelah kiri. Dahinya terhantuk pada batu yang berada di atas jalan itu.

Tangan terus menyentuh dahinya. Darah mula mengalir.

"Auchh.." Dia berdesis kesakitan apabila terasa sakit di bahagian lutut.

"Hey tesoro.. Are you okay?"

Terdengar suara itu, pantas Thea mendongak. Matanya membulat melihat figuran di depannya. Serentak itu matanya mula berkaca kembali.

Dia lega.

"A--awak.." Dia hilang kata-kata. Hanya itu yang terkeluar di bibirnya.

"Hey.. It's okay tesoro. I'm here right now. Let me help you." Lantas tubuh Thea itu segera dicempungnya.

Thea sedikit terkejut dengan tindakan selamba tunangnya itu. Namun dia akur. Dia tiada tenaga untuk membantah.

"Close your eyes. Don't see anything." Bisik Emeer.

Dia tidak mahu Thea melihat keadaan sekeliling yang dipenuhi darah dan mayat lelaki yang cuba menculiknya itu.

Thea hanya menurut. Mata dipejam rapat. Kepala terus disandarkan ke dada bidang Emeer. Fizikal dan mental terasa penat.

Emeer terus melangkah ke kereta yang tersedia di situ dengan wajah yang tegang. James terus membukakan pintu di bahagian belakang penumpang.

Wajah Thea yang tidak sedarkan diri yang berada di atas ribanya itu di pandang sekilas sebelum dia mengarahkan James meninggalkan tempat itu.

Tangannya dikepal kuat.

You touch what is mine and you will pay for that!

BIBIR yang luka itu berdesis kecil. Mata di buka perlahan. Tangan terus naik menyentuh dahi yang terasa sakit itu di sentuhnya perlahan. Apabila teringat akan kejadian semalam, dia mula memandang sekeliling.

Tiba-tiba sahaja dia di selubungi dengan ketakutan apabila melihat bilik yang sangat asing baginya. Tambahan pula, bajunya turut bertukar serta tudung yang di pakai olehnya semalam telah di buka.

Sebaik sahaja dengan tombol pintu bilik di buka, pantas sahaja Thea turun dari katil dan berlari ke hujung sudut bilik itu. Cuba untuk menyembunyikan diri. Tubuhnya mula menggigil.

Emeer yang melihat keadaan Thea itu segera menghampirinya namun langkahnya terhenti apabila mendengar Thea menjerit kuat.

"Stop there! Jangan dekat. Don't hurt me. I'm begging you. Please.." Rayu Thea sambil menangis teresak-esak. Dia takut. Segala apa yang terjadi semalam kembali berputar di fikirannya.

Melihat keadaan Thea itu, Emeer terus mendekatinya tanpa mempedulikan arahan tunangnya. Semakin Emeer mendekatinya semakin Thea mengecilkan dirinya di sudut itu.

"Please.. Don't hurt me...." Kaki Thea cuba menendang angin ke arah Emeer.

Namun dengan mudah Emeer menangkap kaki itu lalu lututnya menekan kuat pada kedua belah paha Thea. Memastikan tiada sebarang pergerakkan.

"Hey..Hey.. Calm down. I'm not gonna hurt you. You safe now. Calm down tesoro." Terus sahaja tubuh Thea di tarik ke dalam pelukannya.

Thea cuba untuk memberontak namun pegangan Emeer di tubuhnya begitu kuat.  Dia pasrah dan mula melepaskan tangisannya dia dalam pelukan lelaki itu.

"Shusshh.. I'm here." Tubuh Thea di gosoknya lembut. Dia tahu tunangnya itu masih lagi trauma.

Thea menggengam kuat baju Emeer.

"Sa..saya nak balik. To..tolong hantar saya ba..balik."

"Okay sweetheart. I will send you home but you have to rest, first. Let me take you." Tubuh Thea segera di angkat lalu di letakkan di atas katil.

Selimut mula di tarik hingga ke dada Thea. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di birai katil. Tangannya mula naik mengusap kepala Thea perlahan.

Thea hanya memerhati tindakan Emeer tanpa menahan perbuatan itu kerana dia tahu dia tidak terdaya untuk melawan lelaki bernama Emeer Hayyes.

"Apa yang berlaku?" Soal Thea perlahan.

Emeer ketap rahangnya kuat sebelum cuba menenangkan dirinya dengan menghembus nafas.

"Just don't think about that. Biar aku yang urusan. You need to rest. Luka kau tu aku dah cuci. Tidur." Arah Emeer.

"Sebelum tu, janji yang awak akan hantar saya balik. Janji?" Pinta Thea.

"I promise you sweetheart." Serentak itu dahi Thea di kucup lembut.

Thea gigit bibirnya kuat. Menahan rasa yang hadir. Mata segera di pejamkan apabila sedar Emeer mula memandangnya tajam.

You are one of my woman. I promise you I will find that bastard.

I will take care of you no matter what, Thea Hazel Tengku Hariez..

Share this novel

Intan Zamri
2021-10-15 16:13:41 

ooo ok tq dear

Intan Zamri
2021-10-15 16:10:43 

macam mne Tu. Tu ape....nak sangat baca citer ni

Intan Zamri
2021-10-15 16:05:35 

memang dh tak continued ke citer ni, coz ramai novelis yg berhenti menulis sekerat jln.... huhuhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience