BAB 16

Romance Completed 7300

Kedengaran suara-suara halus menyebut namanya dari tingkap biliknya.Jeriji-jeriji besi pada tingkapnya seperti sedang dikopak.Dia terjaga.Kelihatan ada bayang-bayang seseorang disebalik tingkap kaca biliknya itu

.Sudah menjadi sifat Nur Mia Qistina untuk melihat siapakah orang yang berada disebalik tingkap itu walaupun dalam keadaan takut dan gementar.Dia seseorang yang sentiasa inginkan kepastian dalam segala hal.Kadang-kadang dia terlupa untuk memikirkan akibatnya.Dia cuba membuka tingkap itu.Seusai sahaja tingkap itu dibuka.

Seorang lelaki berbadan sederhana sasa melompat masuk dan menerkamnya.Dalam keadaan samar-samar,dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas.Dia dihempap dengan kuat.Sebilah pisau belati dikeluarkan dari sisip tali pinggang lelaki itu lalu dijunamkan pada perut Nur Mia Qistina.Dia menjerit sekuat hati.Tiba-tiba dia tersedar dari mimpi ngerinya.Ya,tiada apa-apa yang berlaku.Itu hanya sekadar mimpi.Dia segera menoleh ke arah tingkap biliknya.

Dalam cahaya yang diterangi lampu jalan walaupun sedikit malap.Dia nampak akan kelibat seseorang di situ.Dia pasti kali ini bukan lagi mimpi.Diamatinya lama-lama.Namun dia tidak akan bertindak bodoh sebagaimana dalam mimpinya tadi.Siapa orang itu?pencurikah?atau pembunuh sebagaimana dalam mimpinya?

Dia mencari sesuatu untuk dijadikan senjata kalau-kalau penceroboh itu masuk.Apatah lagi malam itu dia sendirian di rumah.Fatimah teman serumahnya bertugas ke luar negeri.Azwin pula pulang ke kampung kerana mendapat panggilan kecemasan dari Ayahnya yang menyatakan ibunya terkena stroke mengejut petang tadi.Sedang dia berfikir,dia menoleh sekali lagi pada tingkap tersebut.Tapi bayang-bayang itu sudah tiada.Dia segera mendapatkan handphonenya yang sedang dicas dan menelefon polis.

“Awak pasti memang ada orang yang berlegar-legar di kawasan sini semalam Cik Qistina?”

“Ya,saya pasti Tuan,waktu tu saya sudah sedar dari tidur sepenuhnya.”

“Kenapa Cik Qistina belum tidur lagi waktu itu sedangkan jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi?”

“Saya tersedar dari mimpi ngeri.Mimpi yang hampir sama dengan apa yang saya lihat disebalik tingkap bilik saya Tuan.”

“Awak tak rasa yang awak masih bermimpi atau terbawa-bawa dengan mimpi awak tu?”

“Tidak Tuan.Saya yakin dengan apa yang saya nampak malam tadi.Dan Ayam yang mati dipenuhi darah itu buktinya Tuan”

“Ironinya Cik Qistina,jika kes ini adalah bukan cubaan untuk mencuri,ia mungkin kes bunuh tau rogol.Berdasarkan cerita Cik Qistina,kami kurang yakin yang orang tersebut mempunyai niat untuk mencuri memandangkan dia tidak mengcungkil apa-apa pun sama ada pintu atau tingkap bilik Cik Qistina.Dia seolah-olah sekadar ingin menakut-nakutkan Cik Qistina sahaja.Cik ada sesiapa yang disyaki atau Cik Qistina ada bertelingkah dengan sesiapa sebelum perkara ini terjadi?”

“Tak ada Tuan.”

“Baiklah Cik Qistina,jika ada sebarang perkembangan atau maklumat,sila ajukan kepada pihak kami dan pihak kami

juga akan membuat siasatan dan beberapa tindakan susulan berhubung kes ini.

“Baik Tuan, terima kasih.”Inspektor Jeffri sekadar menganggukkan wajahnya.

“Macam mana Qis?Apa keputusan kamu nak?Hari tu abang Haicarl kamu ada datang ke sini dengan Ari.Makin cantik Ari tu mak tengok.Dah ada buah hati pun.

“Eh awak ni Dina,belum tentu Irham tu buah hati si Arina tu tau.Main serkap jarang je.” Sampuk Encik Jazman.Namun Qistina hanya membatukan diri.

“Qis,kenapa diam saja ni nak?”Soal ibunya lagi.

“Qis masih belum ada jawapannya ma,pa.Qis minta maaf.”

“Qis dah ada pilihan lain ya?Anak siapa?Macam mana orangnya?Papa dah cukup berkenan dengan Haicarl tu Qistina.Baik budaknya.Pandai hormat orang tua.Ada masa depan.Apalagi yang kurangnya Qis?” Soal ayahnya bertubi-tubi.Seolah-olah dia harus memilih Haicarl dan tidak boleh tidak.

“Betul cakap Papa Qis tu nak.Fikir sebaik-baiknya sebelum buat keputusan.Jangan salah langkah Qis.”Tambah Puan Hardina pula.

“Justeru itu Qis belum dapat buat keputusan lagi ma,pa.Qis minta maaf.Qis tahu abang Haicarl baik.Malah sangat baik.Tapi soal hati tak semudah ni Pa,Ma.Qis perlukan masa.”Balas Qistina.

“Tapi Qis bukannya muda lagi.Orang lain dah beranak pinak dah Qis.”usul Puan Hardina lagi.

“Qis tahu ma.Demi Allah,Qis juga mahu berkeluarga,hidup macam orang lain.Tapi ini masa depan Qis.Qis tak boleh tangkap muat macam tu je ma.Qis dah dewasa.Ya,Qis ada pilihan Qis sendiri.Tapi kami perlukan masa untuk membuat persediaan ma.”

“Anak siapa Qistina?Orang mana dan apa kerjanya?”Soal Encik Jazman Lantang.”

“Sama dengan abang Haicarl Pa.Cuma anak Dato’.”

“Ohh,sebab itu Qis tolak Haicarl?Sebab lelaki tu anak Dato’?Macam tu?”Bidas Encik Jazman lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience