Completed
7300
“Carl,perempuan cantik tu Qistina kan?Soal Irham.Namun Haicarl tidak terus menjawab. Carl,aku tanya ni.Kau okay ke
tak ni?”
“Aku okay.Kau jangan risau.Kita balik boleh?”
“Baiklah Carl,tapi kalau boleh,izinkan aku jamah sikit makanan.Aku lapar sangat ni.” Terkedu Haicarl mendengar permintaan sahabatnya itu.Baru dia tersedar betapa dia sedang mementingkan dirinya sendiri saat itu.Apatah lagi ini kenduri ahli keluarga sahabatnya itu sendiri.
“Maafkan aku Ham.Aku tak patut pentingkan diri.Kau ambillah masa selama manapun.Aku yang nak ikut kau tadi.”
“Eh,bukan salah kau pun.Aku yang ajak.”Irham sudah dapat mengagak kenapa Haicarl berubah menjadi begitu.Dia nampak betapa mesranya Qistina dengan seorang lelaki yang tak kurang kacaknya.Cuma Haicarl lebih cerah berbanding lelaki itu.
“Jom kita pergi makan Carl.Rasalah sikit.Tak baik kita dah elok-elok datang tapi tak jamah apa-apa pun Carl”Pujuknya.Dia tahu hati sahabatnya itu ditusuk api cemburu dan kecewa.Carl,andai Qistina bukan untuk kau,pasti ada yang lebih baik untuk lelaki sebaik kau Carl.Kata-kata itu hanya berdetak dalam hati Irham.
Qistina asyik mendengar lagu-lagu yang berkumandang di radio.Jarang sekali dia melayan lagu-lagu melayu.Alasannya lagu-lagu Melayu sekarang tidak sesedap lagu-lagu dulu.Tiba-tiba dia terdengar satu lagu nyanyian Muzzy,Hingga Akhir Nafasku.satu-satunya lagu baru yang dia suka.Terasa lirik dan bait-bait yang ada dalam lagu itu serasi dengan dirinya.Dia menghayati bait-bait lagu itu satu persatu.
Berikanlah aku…
sesuatu yang meyakinkan..
sesuatu yang takkan hilang ..
yang terbaik untuk diriku..
untuk hidupku..
hulurkan tanganmu..
berikanku keyakinan..
hingga akhir nafasku..
bila sampainya waktu..
Terindah..
hingga akhir nanti..
kuhargai semua ini..
yang terindah..
yang tercipta dalam hidupku..
kisah hidup ini..
hingga ke akhir nafasku..
kan menjadi sejarah dalam hidupku…
Takkan kau fahami,apa yang tersirat di hati..
masa pantas berlalu pergi..
kenangan kan tetap di hati..
dihargai..
suatu hari nanti detik waktu ku kan terhenti…
hingga akhir nafasku..
hingga sampainya waktu terindah..
Sedang asyik dia mendengar alunan lagu tersebut yang diselang selikan dengan suara deejay bertugas, kedengaran ada pemanggil di corong radio.
“Hello.Siapa di sana?”
“Saya Arman dari Sik,Kedah.”
“Ya Encik Arman,ada sebarang luahan hati yang mahu dikongsikan di sini?”
“Ya.Saya Cuma mahu seseorang tahu yang saya sangat-sangat menyayanginya.”
“Oh,siapa tu Encik Arman?Pastinya seorang teman yang istimewa bukan?”
“Tidak.Dia adik kandung saya yang dah lama terpisah dan baru sahaja berjumpa.”Gugup Nur Mia Qistina tatkala mendengar luahan lelaki itu.Dan dia seakan-akan kenal akan suara itu.Mungkinkah itu…Arghh.. tak mungkin itu Arbaie.
“Oh begitu.Saya harap kasih sayang yang suci dari seorang abang pada adiknya akan dihargai.Apatah lagi anda berdua baru sahaja bertemu.Ya para pendengar sekalian,air dicincang takkan putus.Semoga hari-hari yang Encik Arman lalui selepas ini semakin indah dengan kehadiran adik kandung Encik Arman.Terima kasih kerana memanggil.”
“Sama-sama.”Talian diputuskan.
Nur Mia Qistina kian gelisah.Cam benar dia dengan suara itu.Apa mungkin setelah hampir empat tahun Arbaie menyepikan diri dan kini abangnya itu bakal kembali mengkucar-kacirkan hidupnya lagi? Dia tidak sanggup.Dia terlalu penat untuk melalui semua itu lagi.Dia takut hidup ibu dan ayahnya terganggu.Dia risau kalau-kalau hubungannya dengan Syakir Haziq juga bergolak sepertimana dia dan Uzair dulu.Ya,dia tidak pernah menyintai Uzair Abbas.Dia menerima Uzair Abbas bersebab.Dia ikhlas untuk mendampingi lelaki itu demi sebuah perubahan.Dia sanggup berkorban rasa andai dia mampu mengubah seseorang untuk menjadi insan yang lebih baik.Dia ingin menjadi manusia yang dahagakan pahala.Tapi dalam niatnya yang baik itu,pelbagai halangan dan dugaan menimpanya.Termasuklah fitnah dari abang kandungnya sendiri yang diterima bulat-bulat oleh Uzair Abbas satu ketika dulu.Namun dia redha dengan ketentuan Ilahi.Bukan jodoh.Kata adikya Nur Leya Amyra,
“Gadis yang baik untuk lelaki yang baik juga Kak Qis.” Dan Qistina merasakan Allah lebih tahu mengapa jalan hidup yang dia lalui harus begitu.Apa yang paling menyedihkannya adalah tentang abang kandungnya sendiri yang memiliki rasa yang tidak sepatutnya pada mahramnya sendiri.Dia tahu,dia sendiri bersalah kerana terlalu rapat dengan seorang abang yang baru dikenalinya.Walaupun itu adalah dari darah dagingnya sendiri,sepatutnya,dia lebih bijak dalam menjaga batas-batas hubungan adik beradik.Apatah lagi mereka berlainan jantina.Dalam dia sesak berfikir,Qistina terlena.
Share this novel