BAB 4

Romance Completed 7300

Sanggupkah dia untuk kehilangan gadis itu.Ya Allah,apa yang sudah aku lakukan?.Bukan aku tidak mahu mengakhiri hubungan ini dengan perkahwinan ,tapi aku belum bersedia.

Aku mahu yang terbaik untuk perkahwinan kami nanti.Tapi andainya kerana sikapku ini buat aku kehilangan Nur Mia Qistina,aku tak sanggup Ya Allah.Segala debar rasa bergema dijiwanya tika ini.Egonya harus diruntuhkan demi sebuah cinta,miliknya buat Nur Mia Qistina.

Petang Jumaat itu, Nur Mia Qistina pulang ke rumah orang tuanya.Terasa rindu pula kepada seluruh ahli keluarganya.Apatah lagi tak lama lagi adiknya Nur Leya Amyra bakal melanjutkan pelajaran ke Ireland dalam bidang perubatan.Serasanya baru sahaja semalam adiknya itu bertatih didepannya.Melalak-lalak minta didukung.Begitu cepat masa berlalu.

“Hai dah anak dara adik aku…” Ucapnya.

“Leya dah beli dah serba sedikit kelengkapan untuk ke sana Kak Qis.Cuma Leya rasa,barang-barang electric tu Leya beli kat sana nantilah.Banyak sangat pulak nak bawak rasanya.Terbalik kapal terbang tu nanti bawak barang Leya”.Selorohnya sambil ketawa.Nur Mia Qistina turut ketawa.

“Lawyer buruk betul adik akak ni.Leya tak rasa ke yang Leya salah bidang ambil jurusan perubatan ni?:Soalnya.”Kenapa pulak akak cakap macam tu?Yalah ,adik kan suka putar belit,kan elok adik ambil law aje”Usik Nur Mia Qistina pada adiknya. Hish,terukla Kak Qis ni.Suka buli orang.Yang akak jadi arkitek tu kenapa?Apsal tak jadi tukang bulo prang je?

”Gesek Nur Leya Amyra pula.Amboi adik akak nimdah pandai membalas sekarang eh.Mari sini.”Dicubit dan digeletek perut adiknya itu sampai terbahak-bahak adiknya menahan geli dan sakit yang menyucuk-nyusuk sekali sekala.Akrab benar mereka.

“Akak rasa,baju-baju pun boleh je adik beli kat sana nanti.Lagi banyak pilihan.Tambahan pulak masa adik sampai tu nanti dah dekat dengan musim sejuk.Banyak coat and jacket kat sana.Pasti ada sale nanti.”Balas Nur Mia Qistina.

Okay jugak tu Kak.Kak,Leya ingat sebelum Leya sambung belajar ni,Leya nak ajak mama,papa,Kak Qis dan Abang Qayyum pergi holiday la.Dah lama sangat kita sekeluarga tak luangkan masa bersama kak.

Mama dengan Papa pun sejak business diorang meningkat naik ni,busy memanjang.Abang Qayyum tak payah cakapla,asyik keluar je dengan kawan-kawan dia,ayah angkatla,adik angkatla.Padahal ayah dengan adik sendiri ada je.”Ngomel anak bongsu kepada pasangan Encik Jazman dan Puan Hardina.

“Yalah budak kecik.Tak sangka awak dah besar dan dah nak pergi jauh tinggalkan kami kan?Bakal doctor lagi adik akak ni.Kat tempat orang nanti kena jaga diri dik.Risau pulak akak kalau-kalau awak tu tak boleh sesuaikan diri nanti.Masak pun tak tahu lagi ni kan” Risau pula dia dengan adiknya yang sorang ni.

Sudahlah mahu hiris bawang pun menangis-nangis tapi satu bawang pun tak terkopek.Masak maggi pun tak pernah.Bagaimanalah di sana nanti.Sayu pula hatinya untuk melepaskan Nur Leya Amyra pergi.Tapi itulah cita-cita adiknya sedari kecil.Dia terpaksa

merelakan.Cuma dia risau andai penyakit asma adiknya datang menyerang.Apatah lagi di tempat yang sejauh itu.Jauh dari keluarga.Hanya teman-teman dan sahabat handai di sisi.

“Ye kak.Leya janji Leya akan jaga diri.Jaga batas pergaulan.Jaga kesihatan Leya supaya tak kena asma lagi.Dan mestilah Leya dah besar Kak Qis,Kak Qis ingat Leya ni Benjamin Button ke?”Balas gadis kecil molek itu .Dia tidak mahu disamakan dengan Benjamin

Button yang semakin hari semakin muda dan mengecil sehingga kembali menjadi bayi lakonan Brad Pitt itu.Nur Mia Qistina tergelak.Mana mungkin manusia seperti itu wujud.Setiap benda dalam dunia ni perlu berasaskan logic, kerana itu kita dianugerahkan akal fikiran.Cuma andai ada keajaiban terjadi, segalanya itu dari Allah dan dengan kehendak Allah sahaja.

“Okay…Soal bercuti tu,nanti Kak Qis bincang dengan Mama dan Papa.Tapi dalam negeri sahajalah ya.Kak Qis belanja.”

“Hooray!kat mana-mana pun tak kisah Kak Qis,janji kita sekeluarga dapat habiskan masa bersama-sama sebelum Leya meneruskan perjuangan Leya menuntut ilmu nanti.” Nur Mia Qistina mencium pipi adiknya.Keakraban mereka terserlah di situ.

Mereka memang sangat rapat.Apa saja yang berlaku pasti dikongsi bersama.Walaupun perbezaan usia mereka agak jauh.Itu tetap tidak menghalang mereka untuk berkongsi apa saja.Pernah sekali ATM kad Leya hilang.Entah kat manepun tercicirnya kad tu dia tak pasti.

Dia takut untuk menceritakan perihal itu sendiri kepada mama dan papanya.Masa tu,Qistina masih belajar dalam jurusan architecture di salah sebuah IPT di Kuala Lumpur.Si adik menelefon si kakak yang jauh di perantauan semata-mata untuk memohon bantuan agar si kakak menjadi pengantara dan sekaligus memberitahu Puan Hardina dan Encik Jazman tentang ATM kad nya yang tercicir.

Mungkin sikap Qistina yang approachable dan tidak mudah marah membuatkan adiknya merasa lebih selesa bercerita tentang masalah dan berkongsi pendapat. Walhal ibu bapa mereka bukanlah seorang yang pemarah.Cuma menegur itu perlu untuk kebaikan dan supaya kesilapan itu tidak berulang.

Hari ini Haicarl Zafran pulang lewat dari biasa.Banyak kerja-kerjanya yang masih tertangguh.Dia perlu menyiapkan kerja-kerja itu sebelum hujung bulan ini.Dia bertekad untuk mengambil cuti dan pulang ke kampung untuk beberapa hari.

“Ham,jom ikut aku balik kampung.Dah lama aku tak balik sejak arwah mak aku tak ada.Rasa rindu pulak kat kampung tu.Boleh jugak aku ziarah kubur arwah dan jenguk ayah aku”

“Boleh jugak tu.Adik kau Arina pun ada dekat kampung kan?”

“Hah dah kenapa pulak dengan adik aku?”

“Yelah,takkan taknak tengok adik sendirikan?Lagipun adik kau tu cantik orangnya.Mana tahu ada rezeki aku untuk

jadi adik ipar kau kan?”Sakat Irham sambil tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience