Completed
7300
“Best of luck Syakir.”
“Assalamualaikum….”
“Waalaikumussalam…Eh abang Carl balik.Tak bagitau pun abang nak balik.Err..Abang Irham pun ada.” Soal Arina Hanim sedikit gugup dan terkejut.
“Ya Ari, abang Irham temankan abang Ari ni balik.Semenjak dua menjak ni asyik nak berteman aje.Dah nak kahwin kot.” Selorohnya.
“Kau jangan nak mengarutla Ham.Ha Ari,jangan nak termakan sangat dengan cakap abang Irham kamu tu.Entah-entah dia yang dah tak sabar nak kahwin.Kalau abang tak ajak dia pun,dia memang nak ikut abang balik Ari.Ada yang dia cari kot kat kampung kita ni.”Sakat Haicarl Zafran sambil mengangkat kening pada sahabatnya itu.Muka Irham yang agak cerah walaupun tidak secerah Haicarl Zafran merona merah.Agak comel pada pandangan Arina Hanim.Segera ditenangkan rasa hatinya sendiri.
“Dahla tu abang.Jom naik.Dari tadi asyik berborak kat bawah je.”
“Tulah! Dari tadi kami ni tak dipelawa naik Ari.So bersembang jela kat tangga rumah ni.hehehehe..”Ujar Irham
sambil tergelak.
“Tahu takpa.Bukan nak tolong orang angkat barang dan ajak tamu naik.”
“Ha abang,jangan nak menambah-nambah pula.Tamu apa abang tu kalau dari kecik sampai usia dah 31 tahun tu dibesarkan dekat sini.”Balas Arina Hanim.
“Abang ni memangla dik oi.Budak paling handsome and anak jati kampung ni.Tapi abang Irham tu kan tamu.Tak tolong abang, tolonglah cik abang tu.”Seloroh Haicarl Zafran lagi.Arina Hanim sedikit terkelu.Melihat wajah adiknya yang sedikit cuak,dia ketawa.
“Jangan dibuli sangat adik kau tu Carl.Kesian pulak aku tengok.Badan sekeping nak angkat barang memang tak laratlah.” Tokok Irham pula.Kata-kata Irham itu ada benarnya.Dengan Badan Arina yang hanya bersaiz penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay tu mana mampu nak mengangkat beg-beg pakaian mereka yang bersaiz bagasi itu.
“Belum cuba belum tahu okay.See the leg la…”Kata Arina pula.Mereka menyambung tawa dan menghilang ke dalam rumah.
“Berapa lama abang balik kali ni bang?”
“Kalau ikutkan nak je duduk lama sikit Ari.Tapi bawak abang Irham kamu ni, jadi susahla sikit.”
“Eh,aku tak kisahla Carl.Lagipun cuti kita lama lagikan?Okay aje.”Jawab Irham sambil tersenyum simpul.
“Kau tu Ham,semuanya okay.Tu pun sebab ada maksud tersirat kan?Tanyala tuan badan kalau kuota masih ada.Tambah Haicarl berseloroh.Abang bukan apa Ari,tak manis pulak orang kampung pandang nanti.Awak tu anak dara.Abang pulak bawak kawan lelaki datang rumah.Faham-faham jelah mulut orang kampung kita ni.Lagipun lain padang,lain belalangnya
Ari.Bukan aku tak suka kau duduk lama-lama kat rumah arwah mak aku ni Ham.Kau jangan salah faham pulak.Ayah aku pun tak duduk sekali.Kalau ada orang tua tu okay la sikit.Lainlah kalau dah betul jadi nanti.”Matanya dikenyitkan pada Irham Hadi.Arina hanya tersenyum biasa.Tidak pula dia menunjukkan tanda-tanda suka ataupun sebaliknya.
“Eh kau ni.Mulala tu.Aku faham Carl.Kalau kau nak aku sewa bilik kat tempat lain pun okay.Lagipun kat sini banyak homestay kan Carl?”
“Ish kau ni Ham,takdela sampai macam tu.Duduk jela kat rumah ni setakat dua tiga hari.Tak menjadi soalla Ham.”
“A…ah abang Irham.Duduk aje kat sini.Lagipun membazir je menyewa kat luar tu.Tapi kalau nak jugak, suruh je abang Haicarl ni yang bayarkan sewanya nanti.Lagipun dia yang ajak abang Irham datang sini kan? Duit dia pun berkepuk tu.Suruh kahwin tak nak.” Sindir Arina Hanim pada abangnya.
“Amboi Ari, memenangkan orang lain nampak.Ada apa-apa ke ni?Usik Haicarl.Abang rasa Ari yang patut bayar tau.Sebabnya, kalau abang tak ajak pun,dia memang nak datang sini sebab nak jumpa Ari.”Pucat lesi wajah bujur sireh Arina Hanim.Benar,dalam hatinya ada lelaki itu.Tiga tahun lamanya dia menyimpan rasa.Bermula pada zaman dia belajar di universiti dulu.Abang Haicarl sering datang melawatnya bertemankan Irham Hadi.Dari situ,dia mula menyulam rasa.Wajah bersih itu menyejukkan jiwanya.Walaupun kata Abang Haicarl,Abang Irham dulunya nakal dan suka berpoya-poya.Tapi itu tidak menjadi penghalang pada rasa yang kian bercambah dalam hatinya.Setiap orang miliki peluang kedua.Dia menyimpan utuh kata-kata itu yang dulunya sering diungkapkan oleh seseorang yang dianggap kakak.Tiba-tiba dia teringatkan gadis yang berbeza hanya dua tahun darinya itu.Di mana gadisnya itu saat ini dia pun tak pasti.Sudah begitu lama mereka tidak berhubung,apatah lagi bersua muka.
“Hai Ari, jauh menungnya tu.Baru sakat sikit dah sampai ke bulan?”Gesek Haicarl Zafran lagi.Arina Hanim mencebik.
“Abang Ari ni pun tak kurang angaunya Ari.Dari kitorang pergi makan dekat restoran dekat Bukit Ampang tu dua
minggu lepas,asyik angau je.Mesti ingat dekat perempuan cantik tu kan Carl?Apa name dia ,Qis kan kalau tak silap aku.”Ujar Irham selamba.Namun Haicarl sedaya upaya cuba mengawal riak di wajahnya.
“Abang jumpa Kak Qis?Betul ke ni?Kat mana abang?macam mana dia sekarang?Dia sihat?”
“Ari pun kenal gadis cantik tu?” Soal Irham Hadi.Namun Arina Hanim hanya diam selepas soalannya tadi di pandang sepi oleh abangnya.Kata-kata pujian dari Irham Hadi terhadap Nur Mia Qistina tadi sedikit sebanyak mengganggu perasaannya.Cemburu barangkali.Tapi segera ditepis rasa yang tidak sepatutnya itu.Memang benar perempuan itu cantik dari segenap sudut sebenarnya.Dia akur dengan kebenaran itu.Lama Haicarl Zafran terkedu.Meraih kekuatan untuk menjawab segala pertanyaan adik bongsunya itu.
“Dia sihat Ari.Makin cantik.Dan abang rasa dia bahagia dengan hidupnya.”
“Abang tak nak cuba lagi? Abang masih berhubung dengan Mama kan?”
“Selalu jugak Ari bila abang balik.Ni pun ingat esok nak jugak pergi jenguk Mama tu.Ari nak ikut?Boleh bawak abang Irham makan seafood kat tepi pantai tu.” Usul Haicarl.
Share this novel