Completed
7300
“Sorry to hear that Zim.Aku tahu kau sedang melalui saat-saat getir dalam hidup kau.Jangan berhenti berusaha untuk sembuh.InsyaAllah,Allah sentiasa memerhatikan usaha usaha kita.”Qistina tersenyum mendengar kata-kata Syakir Haziq.Banyak sungguh perubahan pada lelaki ini.Sedikit sebanyak dia berbangga dengan kekasihnya sendiri.
“Eh,lupakan pasal aku.Korang ni pulak bila nak kahwin?”Soal Hazim sambil tersengeh.
“Ada jodoh kahwin la kami nanti Zim.InsyaAllah.”Qistina tersenyum tawar.
“What do you both waiting for?Dua-dua dah ada kerjaya.Duit pun aku tak rasa kau tak adala Syakir.I know you Syakir Haziq Dato’ Mahadi.Fetish punya orang.Dahla bapak banyak duit.”Usulnya lagi.
“Tu duit bapak aku.Aku ni tak ada apapun.nasibla aku ada kerja.Tapi tak lama lagi aku nak kena berhenti jugak.”
“Kenapa pulak Syaq?”
“Ayah aku mintak aku uruskan syarikat sendiri.Kena paksa Zim.Susah jadi anak yang tak mampu buat keputusan sendiri ni.”
“Pulak?Kalau macam tu good luck bro.Itu maksudnya ayah kau betul-betul beri kepercayan pada kau tahu tak.”
“Masalahnya aku sayang kerja aku sekarang ni bro.”
“Kau kena ingat Syaq,Allah berikan apa yang kita perlukan,bukan yang kita mahu.”
Syakir Haziq tersenyum mendengar kata-kata Hazim.Temannya itu kelihatan kuat walaupun sedang berdepan dengan satu musibah besar dari Allah.Ternyata dia jauh lebih bernasib baik.Moga-moga hidupnya diberkati Allah.
“Kenapa sejak dari tadi awak diam Qis?Saya ada buat salah ke?”
Qistina menggeleng.Dia cuba mengukir senyum.Tapi tetap kelihatan kehambarannya.
“Common Qis,i know you.Kalau ada apa-apa.terus terang saja awak.”
Laju tubir matanya dihujani air.Perlahan-lahan die mengungkapkan sesuatu.”Kahwinkah kita awak?”
Syakir terkedu.Itu rupanya yang bermain difikiran gadis ini sedari tadi.Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dia katakan saat itu.
“Qis percaya pada jodoh dan pertemuan?”
Qistina mengangguk.
“Jadi kita serahkan jodoh kita pada Allah boleh?”
Segera Qistina menolehkan wajahnya pada Syakir.
“Boleh Syaq.Tapi apa alasannya untuk saya tidak dikahwini saat ini?”
Syakir memejamkan matanya.Dia cuba mencari jawapan terbaik.
“Qis,Syaq mahu kahwini Qis.Tapi bukan sekarang.”
“Kenapa bukan sekarang Syaq?”Soal Qistina pantas.
“Syaq banyak tanggungjawab Qis.Syaq kena stable kan diri Syaq dulu.Syaq nak yang terbaik untuk kita.Dan Syaq jugak mahu setiap sen yang kita pakai untuk perkahwinan kita nanti hasil dari titik peluh Syaq sendiri.Dalam masa terdekat ni,Syaq kena pikul lagi tanggungjawab untuk kendalikan business papa.Qis,Syaq tak pernah dapat apa yang orang fikirkan sebagai anak dato’ dapat Qis.Syaq tak pernah dapat apa yang Syaq betul-betul nak.Tapi mungkin betul cakap Hazim,Allah berikan apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu.Lagi satu Qis,Syaq dalam usaha meyakinkan keluarga dengan pilihan Syaq.Qis fahamkan?”
Qistina memandang seraut wajah bersih itu.Ingin disentuh tetapi masih belum waktunya.Hubungan ini tiada halalnya lagi.Dia penat menghitung dosa sendiri.
“Selama mana lagi masa yang Syaq perlukan Syaq?Setahun?Dua tahun?Atau lima tahun lagi?”
“Qis dah tak sanggup nak tunggu Syaq?”
“Bukan soal tu Syaq.Saya menyayangi seseorang yang belum halal bagi saya.Saya berdosa.Berdua dengannya juga satu dosa.Hati saya meronta untuk membelainya tapi takut seksaan Allah.Saya ikhlas dalam menyayanginya.Tapi saya mahu restu yang Esa.Restu keluarga.
Sedangkan andainya orang yang saya sayang halal bagi saya,saya mendapat pahala dengan menyayanginya, menyentuhnya dan menjaga segala keperluannya.Syaq,kerana Allah saya membuat keputusan ini.Selagi awak belum bersedia menjadikan saya seorang isteri.Saya haramkan diri saya berjumpa dengan awak sehingga tiba saatnya awak bersedia.Jika benar apa yang ada dalam hati awak itu rasa sayang yang ikhlas.
Awak tidak akan menduakan saya dalam tempoh itu.Jika tidak,saya redha.Dan jika bukan saya orangnya,saya doakan keluarga awak meredhai hubungan awak dengan insan yang bakal menggantikan saya kelak.Maafkan saya Syakir,Cinta bukan sekadar ungkapan,tapi satu jalan untuk menuju kebenaran.”
Sehabis kata-kata itu diungkapkan,Qistina keluar dari kereta menuju ke keretanya dengan deraian air mata.
Syakir Haziq kelu.Kata-kata itu seakan-akan menghiris hatinya.Ya Allah,bantulah aku untuk yakin dengan jalan yang patut aku pilih.Sesungguhnya,perempuan yang kupilih sebagai bakal permaisuri ini miliki hak untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidupnya dan menjaga maruah dirinya demi agama.
Qistina termanggu dibirai jendela rumah teres dua tingkat yang kini menjadi miliknya.Alhamdulillah.Dia memiliki sesuatu yang hampir segalanya berkat usahanya selama ini,walaupun segalanya bukan sesuatu yang mudah untuk dia miliki.Qistina memalingkan wajah pada sekeping gambar di atas meja soleknya.
Share this novel