Completed
7300
“Hurm, boleh jugak tu abang.Tapi,ini kali pertama abang jumpa kak Qis lepas hampir empat tahun kan?Abang okay? Haicarl mengangguk perlahan.Matanya mula berkaca.Wajahnya sedikit menunduk. Segan barang kali kalau-kalau adik dan sahabatnya perasan genangan air matanya.Irham Hadi hanya memasang telinga.Dia sendiri tidak pasti tentang cerita sebenar.Siapa Mama yang dua beradik ini sebut-sebutkan sedangkan ibu mereka sudah dua tahun meninggal dunia.Namun persoalan itu hanya hadir dibenaknya.Tidak pula dia bertanya.Dia takut andai dia terlalu mengambil tahu, dia dianggap menyibuk pula.
“Abang masuk tidur dulu ya Ari.Ham, kau pun mesti dah penat.Kalau kau nak tidur,bilik tamu tu dah tersedia.Lagipun dah lewat ni.Ari,pergi masuk tidur.Kunci pintu tu.” Sambil memandang kearah Irham sekilas.Irham faham maksud Haicarl.Masing-masing menuju ke kamar yang tersedia.
“Assalamualaikum…Kami datang ni nak jumpa owner kedai ni.” Berkerut-kerut wajah Puan Hardina mengamati wajah tamu yang baru masuk.Lantas dia tersenyum tatkala dia sudah dapat mengenali wajah-wajah dihadapannya.Cuma pemuda yang seorang lagi ini tak pernah pula dilihatnya sebelum ini.
“Mama sihat Ma?”
Soal Haicarl sambil menyalami insan yang dianggap ibu selepas kematian arwah ibunya itu.
“Sihat Carl,ni Ari ya?Lama mama tak tengok.Dah jadi anak dara sunti dan tunggu masa dipetik orang dah ni.”Arina
tersenyum malu.Pantas tangan tua itu diraih dan dicium.
“Ha Ma,yang ni pulak anak mama yang baru.Irham Hadi.Ha Ham,apa lagi.Salamlah.” Irham Hadi menghulurkan tangan kepada puan Hardina.
“Sihat Ma..errr..Mak cik? Sasul Irham Hadi.Puan Hardina yang perasan dengan kata-kata Irham Hadi tadi tersenyum.
“Takpe Irham.Panggil Mama saja. Kan lebih akrab dan selesa begitu.Entah-entah ni buah hati Ari tak Carl?”Gesek Puan Harlina.
“Errr..Kemungkinan tu ada kot Ma.Mama doakan sajalah ya.”Sakat Haicarl lagi.
Irham dan Arina masing-masing berubah wajah menahan malu.Seketika kemudian Encik Jazman tiba.
Hari ini,Puan Hardina menutup Butik batiknya sedikit awal dari biasa.Sengaja dia mahu melayan tamunya itu di rumahnya sendiri.Lebih selesa baginya.
“Haicarl,macam mana kerja kamu di Dubai tu?Dah selesai?Bila nak balik kerja dekat negara sendiri pulak?Dah empat tahun seingat Papa kamu di sana.” Soal Encik Jazman pada Haicarl yang memang dianggap seperti anak sendiri itu.
“Saya memang dah pulang terus ni Pa.Cuma sekarang terpaksa ulang alik ke serawak.Buat kajian sikit pasal uranium yang banyak dekat sana.Kerajaan yang lambat mengeksploitasi bahan mentah yang banyak dekat Negara kita ni Pa.” Berkaliber benar anak muda ini.Terbit rasa bangga di hatinya andai Haicarl menjadi menantunya kelak.Dalam diam,hati tuanya menyimpan anganan.
“Jadi kamu ulang alik ke ke belah Borneo pulak la ya?” Soal Encik Jazman lagi.
“Ya Pa.Itu yang sibuk sikit ni.Ni pun balik tiga hari je.Sebab dah lama sangat tak jenguk Ari dengan ayah”Encik Jazman hanya mengangguk tanda faham dengan kesibukan anak angkatnya itu.
“Ayah kamu sihat?”
“Sihat pa,Cuma biasalah kalau dah umur 70-an ni.Tak bolehla nak sihat macam orang muda.Lagipun dia ada isteri yang jaga.Lelaki pa,tua-tua pun nak beristeri muda.” Encik Jazman dan Irham Hadi ketawa mendengar statement dari Haicarl Zafran tentang ayahnya sendiri.Biarlah apa orang nak kata.Memang hakikatnya begitu.
“Papa ni pun dah tua dah Haicarl.Dah 58 tahun pun.Badan ni pun dah mula rasa sakit sana sini dah.Irham pun kerja sekali dengan Haicarl ke?” Tanya Encik Jazman ramah.
“Ya Pak cik.Tapi takla sehebat Encik Haicarl ni kita ni.”Tutur Irham Hadi merendah diri.
“Apa yang hebat tak hebatnya Ham.Kau pun sama.Kitorang sama je Pa.Bezanya,Irham ni bahagian construction dan Carl lebih kepada Geomatic.Masa kat Dubai dulu,dialah yang kendalikan segala kerosakan pada pelantar minyak dan sebarang peralatan kat tengah laut tu.” Senyum simpul Irham mendengar pujian dari sahabatnya itu.Dia tahu, sahabatnya itu takkan membiarkan orang lain kurang darinya.Itulah sifat Haicarl Zafran yang amat disenangi oleh sesiapa sahaja.Bagi Haicarl,tiada istilah siapa lebih dan siapa kurang, setiap orang ada kelebihan dan kemampuan masing-masing.Tak kiralah dalam bidang apapun yang mereka ceburi.
“Ada kamu jumpa Mia kat Kuala Lumpur tu?” Soalan itu mengejutkan Haicarl.Dia serba salah.Tidak tahu apa jawapan yang tepat dan bagaimana untuk menyatakannya.Sedang dia kalut mencari jawapan, Puan Hardina dan Arina Hanim muncul dengan menatang dulang dan sepinggan keropok lekor.Sekaligus menyelamatkan keadaan.
“Amboi, rancaknya berborak anak beranak ni.Meh makan dulu.Ini aje yang ada nak.”
“Biasa la Mama, kalau lelaki bertemu geng.Mana nak ingat kita-kita ni dah.” Giat Arina Hanim pula.Mereka seraya ketawa.
“Maaflah ya,Mama tak tahu korang semua nak datang.Kalau tahu,boleh buat pulut ayam kegemaran kamu tu Carl.” Kata puan Hardina lagi.
“Eh,ini pun dah banyak dah Mama.”Tungkas Haicarl.Jawapan untuk soalan Encik Jazman tadi termati di situ.
“Siapa perempuan tu ya? Macam pernah nampak je sebelum ni.” Uzir Abbas mengamati gadis itu lama-lama.Tiba dia teringatkan seseorang.Mungkinkah dia? Dari cara jalannya sama.Cuma cara pemakaiannya sedikit berbeza.Badannya juga sedikit susut berbanding dulu.Qistina?Nur Mia Qistina Rahman?Hatinya serasa mahu saja mendekati wanita itu.
“Qistina?”Panggilnya.
“Ya saya..Awak….Uzir?Uzir Abbas?”
Share this novel