Completed
7300
“Sampai sekarang Qistina tak tahu hal sebenar?”Soal Irham lagi.
“Dah abang.Bila abang Haicarl balik dan dah sihat sikit.Dia cari Kak Qis dan sampaikan apa yang dah jadi.Tapi Kak Qis seperti sudah tidak boleh menerima abang Haicarl lagi.”
“Qistina marah?”
“Tak.Kak Qis langsung tak marah.Tapi mungkin dia sudah tawar hati.”
“Atau dia dah ada ganti Haicarl?”Arina menggeleng.Waktu tu belum abang.Kak Qis belum ada sesiapa.”Irham menarik nafas yang dia rasa seakan sesak saat itu.Dia yang hanya menjadi pendengar cerita pun dah macam ni,apatah lagi orang yang menanggungnya sendiri.
“Mana Deeba sekarang Ari?”
“Entahla abang.Hari tu Ari ada jugak terdengar yang dia dah kahwin dengan sepupunya dari abang Haicarl.Tapi sekarang,dekat mane dia,dan macam mana keadaan dia tu Ari tak tahulah.” Irham sedikit mengeluh.Sesungguhnya dugaan buat Haicarl Zafran sangat berat.Dia sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi pada dirinya seandainya dia yang ditimpa musibah seperti itu.Perbuatan syirik yang dilakukan oleh ibu Adeeba Maryam membuatkan dia akur,yang agama tidak dapat menjadi pendinding seorang ibu tua bila iblis sudah menguasai diri.Semoga sahabatnya itu tabah dan kembali mendapatkan bahagianya.InsyaAllah.
“Syaq,esok Baiduri kahwin.Kita pergi ya?Temankan saya”Lembut tuturnya.
“Esok?Tengoklah dulu macam mana Qis.Nanti saya bagitau awak okay?”Balasnya acuh tak acuh.Dia malas sebenarnya untuk pergi tempat-tempat macam tu.Dia bosan setiap kali orang bertanya bila gilirannya pula.Tapi dia tak sampai hati pula nak biarkan Qistina pergi bersendirian, Argh, biarlah! Bukan penting sangat pun,
“Syaq ada hal ke esok?”
“Mungkin,but I’m not too sure about that.Anything I just let you know.”Dia berhelah.Qistina hanya mengangguk.Faham benar dia dengan sikap buah hatinya itu.Besar kemungkinan dia bakal pergi sendirian ke majlis perkahwinan dua sahabatnya itu.
“Sayang..are you okay?”Dia sedikit gusar melihat riak di wajah cantik itu.Bukan dia tidak mahu pergi.Tapi dia kurang selesa.
“Yeah,I’m okay.”Dia sedikit tersenyum dengan panggilan itu. Sayang….Panggilan yang paling sukar untuk dia dapatkan dari lelaki tampan dihadapannya ini.
“Shall we go?I takut mengamuk pulak Syumairah tu lambat ambik dia.You okay kan tengok cerita ni?
“Okay je Syaq..Saya kan suka apa yang awak suka.”
“Okay.Jom!” Mereka terus melangkah ke kereta BMW x6 milik Syakir Haziq.
“Dear,sorry,I tak boleh teman you esok.”
“Ooh.Takpelah Syaq.Qis boleh pergi sendiri nanti.”Balasnya tenang,walaupun hatinya retak seribu.
“Betul ni?”
“Betul wak.Saya penatlah.saya tidur dulu ya.Assalamualaikum”
“Eh,dah nak tidur dah?awalnya…Okay wak.Jangan lupa kirimkan salam saya buat Baiduri dan Zamir ye wak.Waalaikumussalam”Gagang telefon diletakkan.Dia tahu cinta hatinya kecewa dengan jawapannya tadi.Tapi biarlah,dia bencikan hubungan yang terlalu kosong.Kadang-kadang marah,sayang,manja,geram dan mengada-ngada itu buat hubungan itu lebih bernyawa.
‘Sampainya hati dia.Aku tak minta lebih pun.Sekadar teman aku di hari bahagia sahabatku.Supaya sedikit sebanyak aku merasai bahagianya dia.’Nur Mia Qistina sebenarnya segan untuk ke majlis itu bersendirian.Pasti kawan-kawannya yang lain akan datang bersama suami dan anak-anak mereka.Hanya dia seorang sahaja yang masih belum bertemu jodoh di kalangan teman baiknya.Mungkin belum rezekiku untuk memiliki apa yang mereka ada.Dia cuba tersenyum untuk menyedapkan hatinya sendiri.
“Kau taknak ke teman aku pergi wedding sepupu aku ni Carl?Segan jugak aku nak pergi sorang-sorang ni.Manala tahu kau boleh jumpa bunga kat sana”Pelawa Irham ikhlas sambil menyakat sahabatnya itu.”
“Malulah aku pergi kenduri tak dijemput macam ni Irham woi..”
“Alah,sepupu aku sendiri.Teman jela.Boleh jugak kau jadi penanggah kan?Tapi ni belah wife dia.Menyambut menantunya minggu depan.Tapi tak dapatla kita pergi Carl sebab kita kena ke serawak masa tu.Lagipun kau bukan ada kerja pun kan?Sepupu aku tu pun anak tunggal.Mestila seronok kalau ramai yang datang.”Pujuk Irham lagi.
“Hurm,baiklah,aku ikut.Tapi jangan lama sangat pulak kita kat sana nanti”
“Ya.Taulah aku.Dah makan nanti,jumpa auntie aku kejap,kita balikla.”
“Sorang je Qis? Mana Syaq?”
“Dia ada hal.Takpelah,kalau dia ada tak boleh aku nak berlama-lama kat sini pulak.Cantiknya kau Bai.”Dia cuba menyembunyikan gelodak rasanya saat itu.Baiduri seakan-akan mengerti apa yang dirasai gadis cantik itu.
“Mestilah,mana ada raja dan permaisuri tak cantik.Semua cantik-cantik okay.Ha,tu pun Zamir.Abang,sini..”
“Kenapa pulak kau panggil Zamir tu?”
“Eh,mestilah,dia kan suami aku.”
“Hai Qis,Syaq mane?”Pantas Baiduri menepuk bahu suaminya.Zamir yang tidak faham berkerut-kerut.”
“Kenapa ni sayang?”
“Syakir ada hal sikir Mir.Dia tak dapat datang,dia Cuma titipkan salam.” Jelas Qistina.
Share this novel