BAB 22

Romance Completed 7300

Antara lokasi semula jadi yang menyerlahkan pengkhususan budaya dan sejarah Korea juga dapat dilihat di Jeju Seongji, Jeju Folkfore Museum, Bultapsa Site, Samsasookyi dan Geo mae Ecology Park yang menceritakan susur galur, kepercayaan kerohanian dan gaya hidup masyarakat negara berkenaan.

Selain kawasan semula jadi yang dipelihara dengan rapi, Pulau Jeju juga dibangunkan dengan pelbagai tarikan moden yang mempunyai spesifikasi tersendiri. Malah, ia mempunyai puluhan muzium atau taman tema yang mengkhususkan kepada sesuatu benda secara mendalam umpamanya Jeju Mini Land yang mempamerkan arca utama dunia seperti Menara Eiffel, Istana Buckingham, Tembok Besar China dan Statue Of Liberty.

Turut menjadi tarikan ialah pelbagai jenis muzium iaitu Muzium Wanita, Coklat, Sinema, Automobil, Beruang, Patung, Teh, Keamanan, Ekologi dan Tanah Liat.

Daripada pilihan muzium atau taman tema di sini, antara yang paling mendapat perhatian ialah Jeju Love Land mirip muzium atau taman seks. Jika sesetengah masyarakat beranggapan seks sesuatu yang tabu dan menjadi privasi untuk diperkatakan di khalayak umum, namun kunjungan ke taman ini memberikan dimensi berbeza.

Taman yang mula dibuka pada 2004 ini menampilkan 140 binaan atau arca berkaitan seks yang dibuat dalam bentuk patung, ukiran, arca, organ seks sehinggalah kepada gambar yang diolah dalam bentuk menarik Namun untuk yang beragama Islam,ianya adalah sesuatu yang dilarang oleh agama.

Pulau Jeju turut terkenal sebagai pilihan utama lokasi penggambaran drama atau filem Korea yang mendapat sambutan ramai di pelosok dunia. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah Jungmun Resort Complex dan Seopjikoji untuk drama All In, Jeju Folk Millage Museum (Daejangkeum) dan Biyangdo (Spring Days).

Seperti kebanyakan destinasi pelancongan tumpuan utama dunia, Pulau Jeju juga mempunyai pelbagai kemudahan, daripada penginapan kelas bawahan seperti asrama hinggalah ke hotel mewah bertaraf lima bintang. Turut menjadi pilihan di sini ialah kedai kaki lima hingga ke rangkaian kedai berjenama di pusat perniagaan eksklusif serta pilihan 18 kelab golf terkemuka yang menghadiahkan pemandangan saujana mata memandang.

Dari segi makanan pula, dia tidak perlu risau kerana banyak makanan di sini berasaskan sayuran dan makanan laut seperti budaya Malaysia. Malah, satu-satunya restoran yang menyediakan makanan halal ialah Restoran Bagdad yang pekerjanya terdiri daripada pelajar Muslim yang menuntut di Universiti Cheju National.

Untuk ke Pulau Jeju, pengunjung mempunyai alternatif sama ada menaiki feri yang disediakan pengusaha tempatan atau kapal terbang yang dikendalikan empat syarikat penerbangan iaitu Korean Air, Asiana Air, Jeju Air atau Hansung Air.

Qistina kagum dengan keindahan dan keunikan Pulau Jeju ini.Segala fakta yang dibacanya membuat dia kagum dengan alam ciptaan Allah.Sesungguhnya masih banyak yang belum diterokai dalam kehidupan ini.Dan itu Cuma salah satu darinya.Dia berharap suatu hari nanti,tempat ini bakal menjadi destinasi bulan madunya.Dia tersenyum dengan angannya sendiri.

“Berbulan madu? Berkahwin pun belum tentu.Ya Allah,moga Syakir Haziq jodohku,dan andainya tidak,redhakanlah hatiku ini Ya Allah.Moga aku sentiasa menjadi hamba yang bersyukur dengan apa yang aku miliki dan dapatkan dalam hidupku ini

“ Doanya tidak pernah putus agar masih ada jodoh buatnya dan Syakir Haziq.Sesungguhnya lelaki itu amat dicintainya.Namun kerana mencari redha Allah.Dia harus berhenti menagih cinta dari manusia,andai cinta itu tidak membawanya kepada yang Esa.

“Qistina,ternyata jodoh itu bukan buat kita sayang.Abang bahagia melihat Qis bahagia.Abang redhakan segala jalan yang Allah tentukan buat kita.Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.”Hatinya terusik tatkala mengingatkan jalan hidupnya.Ternyata segalanya telah tertulis sejak azali lagi.

“Apa yang abang menungkan tu abang?Abang masih ingatkan Kak Qis ya?” Soal Arina Hanim pada abangnya yang saat itu seperti sedang memikirkan sesuatu.Kerut-kerut di wajah abangnya dipandang lama.Hatinya sedikit sayu.Kenapalah lelaki sebaik abangnya mendapat nasib sebegini?Namun siapa dia untuk menolak takdir?Dia hanyalah seorang hamba kepada yang Esa.Doanya moga derita di hati abangnya itu berlalu.

Haicarl Zafran menarik nafas panjang.Lama dia berdiam diri sebelum membuka bicara.Jiwanya sedikit sesak.Tapi sedikit lapang apabila dia cuba menerima segalanya dengan redha.Sesungguhnya tidak mudah untuk dia membuang Nur Mia Qistina jauh-jauh dari hidupnya dan memulakan hidup baru.

Tapi tidak mustahil untuk dia melakukannya,kerana segalanya di tangan Allah.Sebagai hamba,dia hanya mampu memanjatkat doa ke hadrat Ilahi agar segala perih dan deritanya beransur pergi.Tak lupa juga untuk dirinya mendoakan kesejahteraan bondanya yang telah pergi.Benar pemergian bondanya telah tertulis di loh mahfuz,namun penyebab pemergian bondanya membuatkan dia merasa cukup terkilan.Dia terasa berdosa walaupun dia tidak melakukan apa-apa.

“Deeba Maryam”,sebaris nama itu terdetak di hatinya.Gadis itu pernah dicintainya.Cinta antara mereka terpupuk sejak di bangku sekolah lagi.Malah Deeba Maryam merupakan cinta pertamanya.Tamat sahaja pengajian mereka di UK,mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.Sayangnya,cinta mereka tidak direstui keluarga Deeba Maryam.

Namun Deeba Maryam tetap berkeras mahu meneruskan perhubungan mereka walaupun pada saat itu dirinya sudah cuba menerima hakikat yang hubungan itu takkan ke mana.Baginya tanpa restu orang tua,bermakna tiada keberkatan dalam rumah tangga.Dia mahu bahagia dan diredhai semua.

Lantaran marah,dan nekad seorang ibu yang mahu anaknya mengikut segala kehendaknya,seorang ibu sanggup melakukan perbuatan syirik dengan menyihir anaknya sendiri.Tak cukup dengan itu,dirinya juga disihir sama.Sekian lama dia mencari penawar,akhirnya dia hampir sembuh.Dalam tempoh itu,dia mengenali Nur Mia Qistina.

Gadis itu tinggi nilai budinya.Dia kagum dengan sifat dan keikhlasan gadis itu dalam menerimanya sebagai kawan walaupun dia hanya memperkenalkan dirinya hanya sebagai pengutip sampah.

Jarang wanita yang sanggup untuk berkawan dengan orang yang tidak berduit pada zaman sekarang.Namun tidak bagi Nur Mia Qistina.Kata Qistina,berkawanlah dengan sesiapa pun,asalkan halal jalan hidupnya.Tak terduga hubungan itu akhirnya mengundang rasa cinta di hati mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience