Completed
7300
“Ha..err..”terkelu lidah Irham dengan soalan Haicarl tadi.
“Amboi sedapnya dia bercakap pasal umur kita.Umur sendiri tak hengat ye bang?Cakap orang,abang tulah yang kahwin
dulu.Ni duk tunggu bulan tak jatuh ke riba.Ngomel Arina Hanim lagi.Haicarl Zafran buat-buat tak dengar.Malas dia mahu mengutarakan soal tu lagi.Spoil mood saja rasanya.
“Dah.Jom gerak.Nanti lambat pulak kita sampai.Ari jangan lupa kirim salam abang dekat Mak Limah ya.Tak sempat abang nak jumpa dia.”
“Nak mengelatla tu.Cakap sikit ngelat.Baiklah abang…” Mak Limah merupakan seorang ibu tunggal.Haicarl Zafran lah yang bertanggungjawab membawa wanita berusia lewat 50-an itu ke rumah arwah ibunya.Anak tunggal Mak Limah langsung tidak mengambil tahu tentang Mak Limah setelah bersuami.Mak Limah hidup melarat selepas itu.Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Rumahnya dengan arwah suami terbakar akibat khianat orang.Dengan hati yang tulus,Haicarl Zafran mengajak Mak Limah untuk tinggal di rumah arwah ibunya.Sekurangnya boleh juga dijadikan teman buat adiknya Arina Hanim.Mulanya Mak Limah tidak mahu.Dia takut kehadiran dirinya bakal menyusahkan Haicarl Zafran sekeluarga.Tapi setelah dipujuk,Mak Limah bersetuju tapi dengan syarat,dia yang akan membuat segala kerja di rumah itu.Haicarl Zafran pada awalnya membantah,tapi kerana hanya itu syarat yang Mak Limah utarakan.Dia terpaksa terima.Cuma beberapa hari sebelum dia balik ke kampung,Mak Limah pula ke Kuala Lumpur.Dengarnya anak tunggalnya mahu melahirkan anak pertama tetapi mengalami sedikit kesulitan.Hati ibu walau dicemuh anak,dibuang anak sendiri,namun tetap tidak mahu anaknya terus menderita.Mungkin itulah hikmahnya disebalik kasih sayang seorang ibu.Kereta yang dipandu Haicarl meluncur laju.Entah bila kampung itu bakal dijengah lagi.Dan entah bila segala kenangan dia bersama Nur Mia Qistina di pantai Bisikan Bayu itu akan hanya sekadar menjadi kenangan.Sesungguhnya dia tetap akn pulang lagi.
Beberapa hari lepas.Dia didatangi oleh seorang manusia berhati iblis.Arbaie,abang kandung Nur Mia Qistina sendiri.Lelaki itu mengajaknya untuk melakukan sesuatu yang pastinya akan menjebak dia ke lembah dosa.Kata Arbaie,dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mengembalikan Qistina padanya.Walhal,kerana lelaki itu jugalah dia kehilangan gadis sebaik Qistina.Dia sedar Qistina tidak pernah mencintainya.Tapi Qistina memberi dia peluang untuk mencuba.Namun dia yang mensia-siakan peluang itu.
“Bodohnya Aku!” Kerana hasutan dari Arbaie,dia percaya yang Qistina sudah tidak suci lagi.Dia percaya perempuan itu pernah meniduri abangnya sendiri.Dia belum benar-benar mengenali gadis itu rupanya.Kata-kata Arbaie diterimanya bulat-bulat.Namun kali ini,dia tak mungkin sanggup membiarkan gadis sebaik itu terluka lagi.Dia Nampak betapa bahagianya Qistina bersama kekasihnya tempoh hari.Mungkin mereka sudah bertunangan saat ini.Hatinya sedikit luluh.Namun dia redha kali ini.Qistina berhak mendapatkan bahagianya.Gadis itu terlalu banyak menderita.Tidak lama lagi dia sendiri akan mengahwini Hazirah,gadis pilihan mamanya.Dulu,dia pernah menjadi seorang manusia yang sangat buruk sifatnya.Mempermainkan perasaan kaum hawa yang menggilainya.Meniduri mana-mana gadis yang mendampinginya kecuali Nur Mia Qistina.Entah bagaimana dia boleh percaya yang Qistina sudah tidak suci lagi sedangkan dia sendiri pun..Argh! Entahlah! Dia sedar itu semua silapnya.Ya,kerana parasnya,dia digilai wanita,tapi tidak pada Mia Nur Qistina.Qistina hanaya mahu dirinya berubah,kerana itu Qistina memberi dia peluang untuk mereka mencuba menjalinkan hubungan cinta. Dia dipagut rasa bersalah.
“Maafkan aku Qistina…”Ungkapnya, hatinya sebu sesebu-sebunya.
“Daddy, Syaq ingat Syaq nak masa sikitla sebelum Syaq berhenti kerja and kerja dengan daddy.”
“Time for what Syaq.Everything is already serves for you.Daddy dah buat keputusan.”
“Tapi dad…”
“I’m done! Nextweek daddy nak Syaq masuk kerja sebagai CEO Milennium Holding.Semua orang berebut-rebut nak jawatan macam tu Syaq, kecuali abang you, and sekarang you pun nak jadi bodoh macam abang you?”Lama dia terdiam. Buntu Syakir Haziq dengan keputusan mendadak ayahnya.Dia tahu, itu satu arahan keras dan tidak boleh tidak.Dia bukan Syahid Alwi atau kakaknya Syaqirah yang berani membantah demi mencapai apa saja yang mereka inginkan.Kakak dan abangnya selalu cakap yang dia memang anak emas daddy.Tapi tahukah mereka apa yang dia rasa? Dia juga miliki kehendak sebagaimana orang lain.Cuma dia tak sanggup melukakan hati tua itu.Dia mirip ibunya Datin Syamsiah yang sangat penyabar.Kata Mummynya sedari dia kecil,anak yang menurut sepertinya upahnya syurga.Dari situ dia mula patuh,asal saja dapat memenuhi keinginan ibubapanya, dia sanggup.
“Baiklah daddy,jika itu yang daddy mahu,Syaq turutkan.Cuma satu yang Syaq minta daddy,janganlah daddy memperkecil-kecilkan anak-anak daddy yang lain.Kak Syaqirah seorang Pakar bedah daddy,Kak Syafiqa juga lawyer,Abang Syahid akauntan,dan Syumairah juga bakal bergelar seorang arkitek tak lama lagi,InsyaAllah.Semua anak-anak daddy berjaya.Tiada seorang pun yang tak berguna daddy.Sesekali,berbanggalah dengan mereka.Syaq tak minta banyak,Syaq tahu kerana daddy kami adik beradik berjaya sampai ke tahap ini.Syaq bersyukur dan Syaq tahu mereka juga begitu.Jangan hanya kerana mereka tidak menurut segala kehendak daddy,daddy mencemuh mereka.Kasih sayang seorang ayah itu indah daddy.Berilah peluang untuk kami semua merasainya.Kami semua sayangkan daddy.”Syakir Haziq terus berlalu meninggalkan daddynya termanggu-manggu di ruang tamu rumah besar itu.Syumairah yang mendengar segala perbualan antara abang dan daddynya tadi tersentuh.Bangga benar dia memiliki abang yang satu ini.Hati abangnya terlalu tulus.Dalam hati dia berharap agar adik beradiknya yang lain menghargai apa yang abangnya lakukan demi mereka.
“Assalamualaikum Carl…”Syarifah Athirah memberi salam seraya masuk ke ruang pejabat milik Haicarl Zafran.
“Waalaikumussalam.Owh Cik Thira, sila duduk.”Ujarnya ramah.
“How’s your life here?”
“Everything’s fine and I’m glad to be here Thira.”
“Don’t you miss me?”
“As my partner, of course yes Thira.”
“Only as a partner?” Soal Syarifah Athirah menduga.
“What we suppose to be then?” Balas Haicarl Zafran pula.Sedikit rimas dengan pertanyaan wanita sophisticated die depannya kini.
“Lover?”
Share this novel