BAB 20

Romance Completed 7300

”Syakir Haziq,hati ini milikmu..Namun jasad ini milik Allah.Aku sedang berjuang demi mendapatkan cinta suci darimu melalui cinta Allah.Sudah terlalu lama aku menjadi hambaNya yang lalai.Perkahwinan itu mewakili separuh kesempurnaan dalam kehidupan.Dan buat diriku sendiri,sabarlah wahai hati.Allah sedang mendidikmu erti sabar. Sabar dalam penantian. Dalam jatuh dan salah langkahmu di masa lalu, sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Hikmah agar kamu tidak merasa diri kamu lebih baik dari orang lain. Tidak merasa diri kamu tidak pernah berdosa dan sombong dengan kebaikan-kebaikan yang kamu sudah perbuat.Tidak merasa yang kamu lebih layak dalam memiliki sesuatu berbanding orang lain.Kuatkan jiwa ini ya Allah. Bantu aku untuk pergi ke sebuah daerah baru yang bisa membuatkan aku lupa akan masa lalu. Kurniakan untukku sesuatu yang lebih baik lagi dari apa yang telah luput dan pergi dari hidupku.Hadirkanlah sinar yang dapat kukongsikan nikmat dan bahagianya disisiMu ya Allah.Amin.

Pasu bunga ditangannya ditilik-tilik.Sesekali dia tersenyum melihat orkid hutan itu,Cantik.Tapi tiba-tiba dia mendengus.Wajahnya yang tadinya mempamerkan senyum berubah menjadi bengis sebengis-bengisnya.“Macam mana aku nak buat kau susah ni Qistina???Aku dah tak sabar nak tengok kau musnah perempuan keparat.Aku benci kau sangat-sangat.”Lantas pasu di tangannya dicampak ke depan pintu.Dia berjalan mundar mandir di dalam bilik yang separa gelap itu.

“Kerana kau aku kehilangan kerja Qistina.Aku dituduh terlalu memewahkan kau dengan menggunakan wang company.Padahal kerja dan gaji aku bagus selama ni.Sebelum kau muncul,hidup aku aman Qistina.Aku gembira pulang ke kampung dan berjumpa adik-adikku yang lain.Kau punca aku hidup melarat Qistina.Kau buat aku menderita.”

Arbaie sangat tertekan.Dalam hatinya penuh dendam.

“Aku bersumpah Qistina.Kau takkan bahagia.Apatah lagi di samping lelaki yang benar-benar kau cintai.Kerana kau milik aku Qistina.Milik aku.” Kata-katanya dihiasi hilai tawa yang sayup-sayup.

“Ari,abang balik esok tau.”

“Yeke?Abang balik sorang?”

“Habis tu,Ari nak abang balik dengan sape?Buah hati Ari tu?”

Arina Hanim terdiam.

“Bukan itu maksud Ari abang.”

Haicarl Zafran sekadar tergelak di talian.Seronok sekali sekala mengusik adik bongsunya itu.Dari jauh,dia merestui hubungan adiknya dengan sahabatnya Irham Hadi.

“Maaf Carl,aku tak dapat ikut kau balik kali ni.Boss aku mintak aku ke Karachi dua minggu.”

“Yeke?tak apalah Ham.Aku balik seorang je.”

“Lama kau balik nanti Carl?”

“Aku ambik cuti sebulan Ham.Ada benda yang perlu aku selesaikan.”

“Wah,lama tu Carl.Sempat lagi aku balik nanti untuk pergi sana.”

“Amboi,laju saja kau ni.Aku balik sebab ada urusan.Dan taklah aku duduk je kat kampung tu selama sebulan.Ada lagi tempat yang aku nak pergi nanti.”

“Maksud kau?Kau nak melancong?Ke kau taknak bagitau aku yang kau nak kahwin ni?Sampai hati kau Carl.Aku kawan baik kau kot.” Tempelak Irham Hadi tak puas hati.Mereka serumah dan sudah lebih enam tahun kenal.Takkanlah soal penting macam ni nak dirahsiakan.Benda baik kot.Bebel hatinya tanpa henti.

“Ham, jangan cepat sangat buat spekulasi boleh tak? Adalah kerja aku.Dan tak semua benda dalam hidup ni kita boleh share Ham.Mungkin belum masa dia.Tapi percayalah,aku tak macam yang kau fikir tu.”Jelas Haicarl Zafran.Laju benar sahabatnya itu melontarkan kata dan mempamerkan rasa tak puas hati.Dia benar-benar miliki sebab yang tersendiri kali ni.Ini soal hidupnya,biar dia yang tentukan semuanya.

“Hello minah senget.Kau kat mane?”

“Ha…Bai..Pengantin baru ni baru ada kabar..Uits,salam tak ape tak..Call serbu je tau.huhu..what’s up?”

“Eh, takkan aku dah tak boleh call bestie aku sendiri kot.”

“Mana tau dah putus kawan bila dah jadi bini orang ni”Gesek Nur Mia Qistina.

“Amboi-amboi kau ni Qis, sedapnya mulut.Kau ingat aku ni ape ha? Senang nak lupa kawan?Tolong sikit okay.Izzatul Baiduri baik budaknya..Tambah-tambah sekarang.Terdidik dengan baik ole suami tercinta.”

“Ewah-ewah.Bahagianya kawan aku ni.Alhamdulillah Bai.Camne honeymoon? Seronok? Ke kau dah ada isi ni?Hehehehehe..”

“Ish ko ni Qis.Belum lagila.Belum rezeki agaknya.Lagipun kata doktor, kedudukan rahim aku agak ke belakang sikit.Jadi, susah sikitlah.”

“Yeke Bai, sorry to hear that.Kau sabar ea..Ada rezeki Allah buat kawan aku yang baik ni nanti.Don’t worry okay.I always pray for you.”

“Thanx Qis.Kau pulak macam mana?Bila lagi?”

“Bila apanya ni Bai?”

“Kau jangan buat-buat tak faham pulak Qis.”

“Hurm.Aku tengah bagi Syakir masa,dan diri aku sendiri masa Bai.Nantilah aku cerita.Eh,boleh ke aku nak jumpa kau nanti?Ke cik abang tak kasi?hehehehehe..”

“Kau ni,macam kau baru kenal semalam si Zamir tu kan?”

“hehehe..janganlah marah Bai.aku gurau jela.Manala tau bulan madu tak habis lagi.”Galak Nur Mia Qistina mengusik kawan baiknya.Sesedih manapun dirinya.Hidup tetap perlu diteruskan.

“Mummy,Syaq nak cakap sikit boleh?”

“Apa dia sayang.Anak Mummy yang baik ni nak cakap apa?”Lembut tutur Datin Syamsiah.

“Mum,sebenarnya kan..Ermm…”

“Sebenarnya apa Syaq?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience