Completed
7300
“Sebenarnya Syaq nak kahwin Mummy…”Lirih suaranya.
“Betul ke ni?Syaq dah habis fikir?”
“Betul Mummy.Syaq tak sanggup kehilangan Qistina Mummy.”
“Hurm… Mummy tau Syaq sayangkan Qistina. Mummy tahu Qistina tu baik budaknya Syaq.Tapi Syaq..”
“Tapi apa Mummy? Mummy tak suka Qis?”
“Bukan macam tu nak.Qis tu orang pantai timur.Kita ni selatan.Lain budaya dan cara berfikirnya.Kakak kamu Syaqirah tu mana suka orang sana.Daddy kamu tu pun dah tua Syaq nak jalan jauh.”
“Hanya kerana tu Syaq harus kehilangan Qistina Mum?Sebab latar belakang dia?Racist nya kita Mummy.Lagipun Syaq yang nak kahwin Mummy.Tak kiralah dengan siapapun,orang manapun,asalkan baik hati budinya,tiada salahnya Syaq nak memperisterikannya Mummy.Dia baik Mummy.Dia wanita terbaik yang pernah Syaq kenal.”
“Syaq dibutakan dengan cinta Syaq.Mungkin Qistina baik, tapi lebih ramai lagi wanita dan gadis-gadis yang baik di luar sana Syaq.Abang kamu pun belum kahwin lagi.Sabarlah dulu ya Syaq. Mummy cuba bincang dulu dengan Daddy kamu nanti.”
“Tolong ya mummy,Syaq merayu kat mummy.Syaq nak kali ni je mummy.Turutilah kehendak Syaq.Syaq bukan nak buat benda jahat mummy.Syaq nak dirikan masjid dengan seorang perempuan yang baik mummy.”Rayu Syakir Haziq.Dia benar-benar tidak sanggup kehilangan gadis sebaik Nur Mia Qistina.
Dari tadi dia asyik mendengar perbualan antara abangnya Syakir Haziq dan mummynya.Dia berdoa agar permintaan abangnya itu dipenuhi.Kak Qistina seorang yang baik.Dia tahu itu.Biarlah kali ini abangnya sendiri menentukan jalan hidupnya.Dia tahu abangnya yang seorang ini sangat menurut kata.Tapi sampai bila?Abang Syakir juga berhak ke atas hidupnya sendiri.Dalam diam dia memanjatkan doa semoga hubungan abang Syakir Haziq dan Kak Nur Mia Qistina direstui ibubapanya dan yang Esa.Dia juga sudah tak sabar untuk mempunyai kakak ipar.Maklumlah,dia hanya miliki dua orang abang ipar saat ini.Nak tunggu abangnya Syahid Alwi,entah bila.Asyik tak cukup duit saja.Tapi dia akur.Kedua-dua abangnya sebenarnya adalah lelaki yang baik.Dan kacak juga.Dia tergelak sendiri mengingatkannya.Moga kita sekeluarga bakal bahagia nanti.Amin.
“Ya Allah, betul ke pilihan anakku ini tepat buatnya Ya Allah? Jauhnya aku terpaksa berpisah dengan anakku nanti.Moga-moga bakal isterinya nanti akan menjaganya dengan baik.Mummy hanya inginkan yang terbaik untuk anak-anak Mummy.Tiada apalagi yang diharapkan oleh seorang ibu buat anaknya selain kebahagiaan.Sembilan bulan sepuluh hari seorang ibu membawa perut.Diusap dibelai dari saat dia tahu akan kewujudan segumpal daging lagi di dalam rahim ibunya.Rasanya perasaan itu sukar sekali untuk diungkapkan dengan kata-kata.Sayang,gembira dan bangganya seorang wanita tatkala dapat bergelar seorang ibu.Bahagia seorang anak,ceria dan gembira hati seorang ibu.
“Kenapalah Qistina tak angkat-angkat call ni”.Dah banyak kali dia cuba menghubungi gadis itu.Ada masanya talian seolah dimatikan.Dan ada masanya langsung tak dapar dihubungi.Dia call office pun Sarah memberitahu yang Qistina mengambil cuti,Tapi dia sendiri tidak tahu ke mana teman sekerjanya itu pergi.Apalagi dengan sikap Qistina yang cukup suka berahsia dan memendam rasa itu.Manalah Qistina pergi.Runsing dia memikirkannya.Apalagi ujian buatku ini Ya Allah.Sudah ku berusaha semampuku untuk menghalalkan hubungan ini.Kuatkanlah aku Ya Allah.Qistina,berilah Syaq semangat untuk berjuang demi hubungan ni Qis.”Lirih benar suara anak muda itu.Disangkanya akan ada penyudah yang baik apabila dia dapat menghubungi gadis itu nanti.
Qistina seronok berada di pulau Jeju.Percutian yang sepatutnya diimpikan untuk bersama bakal suami untuk bulan madunya akhirnya dilayari sendirian.Dia perlukan ketenangan untuk beberape detik waktu.Melihat keindahan pulau itu membuatkan dirinya terasa nyaman dan lega.
Terlalu banyak keunikan yang terdapat di pulau ini.Antara percaya atau tidak, tanpa menghidupkan enjin, kereta yang dinaiki mampu bergerak. Mungkin ada yang sukar mempercayainya, namun ia satu keajaiban yang nyata apabila berada di Mysterious Road, Pulau Jeju, Korea ini.
Kawasan terletak di Kilometer 35.1, Iong 1100 Road di bandar Jeju ini membuktikan tanpa sebarang ‘kuasa’, kereta mampu bergerak sendiri menaiki kawasan berbukit dan bukan menurun. Bukan sekadar objek yang dibuat daripada besi berjalan sendiri, malah botol dan air yang diletakkan turut bergerak sendiri ke hadapan.
Tarikan pelancong yang berada 300 meter di aras laut ini mula dijumpai seorang pemandu teksi pada 1980 apabila kereta dipandu yang diberhentikan ketika menurunkan penumpang secara tiba-tiba bergerak ke depan. Apa yang menghairankan, kajian saintifik sehingga kini tidak dapat membuktikan fenomena yang sebenarnya berlaku.
Ada pendapat menyatakan ia mempunyai tarikan graviti dan kuasa magnet yang menarik objek besi. Namun, pendapat ini disanggah kerana bahan plastik dan air turut ditarik kuasa luar biasa ini.
Sepanjang pengetahuannya, keajaiban ini juga ada di sebuah bukit di Madinah apabila objek seperti kereta dan botol ditarik ke depan. Malah, ia juga gagal menemui sebarang alasan kukuh untuk membuktikan bagaimana fenomena ini berlaku. Kedatangannya bersama Muslim Fam Trip dengan beberapa agensi pelancongan tajaan Korean Air yang turut disertai dua wakilnya, Charley Na dan Eddie EE,ke Mysterious Road, Pulau Jeju ini memberi kepuasan yang tiada tolok bandingnya buat Nur Mia Qistina.
Pulau Jeju yang berkeluasan 73 kilometer (km) x 41 km ini memiliki pelbagai keunikan semula jadi dan buatan yang mengagumkan pengunjung dari seluruh pelosok dunia. Daripada letusan gunung berapi, sebahagian kawasan ini di bangunkan dengan tarikan istimewa tanpa mengganggu keindahan semula jadinya. Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan,
Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), pulau ini memiliki sejuta keistimewaan yang tiada tandingannya apabila setiap kawasan bukit, gunung, pantai, air terjun dan hutan memiliki sejarah uniknya tersendiri.
Umpamanya Mout Hall pada ketinggian 1,950 meter dari aras laut di tengah Pulau Jeju, sentiasa menjadi tumpuan pelancong kerana menghadiahkan pemandangan menarik buat pengunjung pada kitaran empat musim berbeza.
Kunjungan ke pulau ini tidak lengkap jika tidak meluangkan masa menyelami sendiri perkembangan tamadun Korea berkembang dari awal hingga kini menerusi cerita Jeju Stone Park, 18,000 Gods dan Grandmother Yeongdeung.
Share this novel