BAB 1

Romance Completed 7300

Rumah banglo setingkat milik Encik Jazman dan puan Hardina itu sunyi dari suara-suara penghuninya.Nur Mia Qistina termenung sendirian memikirkan kata-kata mamanya siang tadi.

Terasa sesal pula dia pulang ke rumah orang tuanya pada hari itu.Niatnya hanya untuk melepaskan rindu pada ibu dan ayah tercinta.Tapi lain pula jadinya.Kedua-dua orang tuanya itu baru sahaja bertolak ke rumah arwah atuknya di kampung Perau untuk menyelesaikan beberapa urusan berkaitan tanah pusaka sebentar tadi.

Kata Papanya,sudah terlalu lama tanah kebun getah itu tak terjaga.Diupah orang untuk menoreh,tapi duit torehan langsung tak tak sampai ke tangan papa mahupun Tok Senah.

Pak Leman yang diberil upah untuk menoreh getah itu pun jarang sangat pergi menoreh.Bila ditanya,alasannya tak larat,kurang sihat dan getah dah kurang mengeluarkan susu.

Padahal,getah-getah di kebun itu masih muda untuk kekurangan susu.Usia pokok getah itu baru sahaja 8 tahun.Mana mungkin susunya sudah habis.

Tapi kata orang-orang di pekan itu,selalu juga Pak Leman datang menjual pok getah ke pekan Perau.Itu yang peliknya.

Mana datangnya Pok-pok getah itu kalau Pak Leman tak pergi menoreh?Dan dari kebun siapa?Kalau dari kebun arwah Tok Arif,mana duit hasil jualannya?

Sebab tu papa mengambil keputusan untuk menjualkannya sahaja.Bukan papa tak sayangkan tanah kebun itu.Tapi daripada terbiar,lebih baik dijual.Ada jugak hasilnya untuk mereka anak beranak.

Wang hasil jualan boleh disimpan utuk masa depan anak cucunya nanti.Sedikit sebanyak boleh juga dihulurkan kepada Tok Senah.pasti Tok Arif gembira kerana satu-satunya anak lelakinya tidak mempersia-siakan isterinya walaupun hanya bergelar ibu tiri.

Jauh disudut hati Nur Mia Qistina, terbit rasa rindu terhadap arwah atuknya Tok Arif .Segala senyuman yang terukir di wajah tua itu selama ini menggamit rasa dan mengundang sebak di dada.

Sejak kecil,dia teramat rapat dengan arwah atuknya itu.Pantang berenggang,pasti dicari.Setiap pagi,dia akan dibawa berjalan dengan basikal tua Tok Arif.Jika tidak,dia akan merengek-rengek meminta dibawa jalan.

Atuknya pula terlalu memanjakannya.Apa yang menjadi sesalan buatnya,bila hajat atuknya untuk bersama menghadiri hari konvokesyennya tidak tercapai.Tapi itu adalah ketentuan dariNya.

“Nanti kalau Kakak konvo, kita pergi ramai-ramai ke Kuala Lumpur tu ye.Tok dah lama tak pergi Kuala Lumpur tu.Nak juga Tok tgk CC tu”Usul Tok Arif.

“Boleh Tok.Tapi CC tu apa tok?”Soal Qistina pula.Takkanlah atuk nak pergi Cyber Café kot.Kelas betul atuk aku kalau macam tu.Fikirnya dalam hati.

“Alah bangunan yang tinggi lepas tu ada jejantas kat tengah tu.”Jawab Tok Arif penuh yakin.

Serentak Semua yang ada di situ ketawa.Termasuklah Tok Senah yang sebenarnya ikut ketawa hanya kerana melihat orang lain ketawa.Takut dikatakan kolot mungkin.

Walhal dia sendiri tidak tahu apa yang telah Tok Arif katakan.Tok Senah merupakan isteri Tok Arif.Merangkap isteri muda yang tak berapa nak muda dan merupakan ibu tiri kepada Encik Jazman.Walaupun Tok Senah hanya nenek tiri, namun mereka semua amat menyenangi Tok Senah.

Nenek tua yang usianya hampir sebaya dengan Tok Arif itu sangat baik hati dan kelakar orangnya.Mereka bertemu jodoh di usia yang sudah menjangkau 60 an waktu itu.

Itupun setelah tujuh tahun ibu kandung Encik Jazman meninggal dunia.Seusai sahaja semuanya berhenti ketawa,Nur Leya Amyra mencelah.

“Itu namanya KLCC Tok.Kuala Lumpur City Centre.”

“A..ah! yang tu lah.Tok nak pergi tengok nanti.Dalam Tv nampak cantik.Boleh lalu kat titi tengah-tengah tu kan?”Tambah Tok Arif.Beria benar dia mahu melihat menara berkembar tertinggi di Asia itu.

“Ye Tok.Nanti kita semua pergi.Kakak bawak Tok nanti tau.Tok jangan risau.Sekarang ni Tok kena berhenti merokok dan jangan lupa makan ubat.Dah sihat nanti,macam-macam tempat boleh kami bawak.”Tok Arif mengangguk.

Terukir senyuman dibibir tuanya.Sayangnya hasrat Tok Arif tak kesampaian.Dia pergi buat selama-lamanya beberapa bulan kemudian akibat paru-parunya dijangkiti kuman.Nur Mia Qistina benar-benar terasa kehilangan.Tiada lagi kedengaran panggilan manja ‘kakak’ yang selalu disebut arwah atuknya itu setiap kali mereka berbual bersama.

Kini,tiga tahun sudah berlalu.Semuanya kini tinggal kenangan.Ya,kenangan yang terindah yang akan tetap tersimpan kukuh di hatinya sehingga akhir hayat.

“Qis dah dewasa sayang.Sekarang Mama rasa sudah sampai masanya untuk mama dan papa menimang cucu. Mama dan papa sudah tua Qis.Entah sampai bila kami dapat membuka mata ini lagi.Qis anak sulung.Kalau nak tunggu Leya dengan Qayyum tu entah sempat entah tidak kami ni.Qis terimalah abang Haicarl tu sayang.Lagipun tak ada apa yang kurangnya tentang dia.Baik budaknya.Pandai menjaga hati orang tua.Mama pasti Qis lebih kenal siapa Haicarl tu kan?Fikir untuk masa depan nak.Jangan harapkan cinta semata-mata.Mama Cuma cakap apa yang betul dan itu pendapat mama dan papa.Selebihnya terserahlah pada Qis sendiri untuk membuat keputusan.Tapi besar dan tinggi harapan mama dan papa untuk melihat Qis dan Haicarl bersatu nak.”

Setitis demi setitis air mata Nur Mia Qistina jatuh berguguran.Terlalu berat hatinya untuk menunaikan hasrat kedua orang tuanaya.Ya,memang benar Haicarl Zafran seorang lelaki yang sangat sempurna.

Memang tiada sebab untuk dia menolak kehadiran Haicarl Zafran dalam hidupnya.Tapi bagaimana dengan Syakir Haziq?Lelaki yang sudah lebih dua tahun bertahta di hatinya itu? Benar,dia pernah menyintai Haicarl Zafran sepenuh hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience