Completed
7300
“Woi! cermin sikit muka kau tu.Ada hati nak jadi adik ipar aku konon”Pangkah Haicarl sambil mencebik.”
“Eh, tak okay ke?Handsome kot aku ni.Dengan awek yang cun dekat restoran Look Out Point hari tu pun aku rasa sesuai.”Pantas matanya dikenyitkan pada Haicarl.
“Itu jangan kau sebut Ham.Silap-silap kau pandang lebih-lebih pun makan penumbuk sulong aku ni.Kau nak rasa ke?”Balas Haicarl dengan nada yang sedikit tinggi.
“Amboi Carl, sampai macam tu sekali?Siapa dia sebenarnya Carl?”
Hairan tak terkata dia dengan sikap sahabatnya yang seorang ini.Sepanjang dia mengenali Haicarl Zafran,tidak pernah sekalipun dia melihat temannya itu dekat dengan mana-mana perempuan.Jauh sekali membela sesiapa seperti tadi.Pasti gadis itu sangat bermakna buat Haicarl Zafran.
Cinta hatinya kah?Sifat sahabatnya itu yang lebih suka berahsia membuatkan dia lebih memilih untuk membiarkan sahaja.Hanya lelaki itu sahaja yang tau apa yang terkandung dalam hatinya.Mungkin belum masanya untuk Haicarl membuka bicara.Haicarl Cuma berlalu tanpa memberi sebarang jawapan.
Baginya berdiam itu lebih baik.Dia tidak mahu menyesakkan fikirannya saat itu.Apa yang dia tahu,dia mahu pulang ke kampung dan menziarahi pusara arwah bondanya yang tercinta.Masih terasa hangatnya dakapan ibu disanubarinya.Sesungguhnya dia rindu akan pelukan hangat seorang ibu.
“Mak, Carl rindu mak.” Kelihatan deras air mengalir dari tubir matanya.
Sesekali die berdengus kasar.Geram tatkala perempuan yang disukainya tak terdaya untuk dia miliki.Kecewa sungguh dia kerana hasratnya tidak kesampaian.Lantaran itu dia gigih merencana.Dia nekad,andai gadis itu bukan miliknya,tiada siapa pun yang berhak memiliki gadis itu di muka bumi ini,noktah!
Ya,perempuan itu masih gadis,dia gagal dalam niat buruknya untuk memperkosa gadis itu.Arbaie salah dalam menafsirkan ikatan kasih seorang adik dan abang.Dia lupa tentang halal dan haramnya hukum Tuhan.Disebarkan segala fitnah tentang adik kandungnya sendiri pada keluarga.
Tapi ternyata adiknya itu kuat.Latar belakang adiknya yang terdidik dengan baik oleh keluarga angkatnya menghalang sesiapa sahaja mempercayai kata-kata nista darinya.Dia makin berang dengan hal itu.
“Aku akan pastikan kau tak akan bahagia sampai bila-bila perempuan sial! Tiga tahun aku terseksa.Merana kerana kau langsung tak mempedulikan aku. Aku akan pastikan kesakitan yang aku tanggung ni berbalas.Kau tengok sahajalah nanti.Akan kupastikan kau merana Ateh”.Gumamnya.
“Bai, aku peninglah dengan macam-macam masalah ni.Penat aku nak memikirkan semua ni.Lepas satu satu Bai.Aku betul-betul serabut.Kadang-kadang aku terfikir,kenapalah nasib aku macam ni?Kenapalah aku tak sama macam orang lain yang mudah saja jalan hidup mereka.”Luah Nur Mia Qistina pada sahabatnya Izzatul Baiduri.
“Jangan cakap macam tu Qis.Setiap orang ada jalan hidupnya yang Allah tentukan.Lagipun kita nampak luaran sahaja.Hakikatnya kita tak tahu sebahagia mana mereka.Kau sahabat aku yang paling kuat Qis.Aku nak suruh kau bersabar,tapi aku tahu kau memang tengah bersabar pun sekarang ni kan?Apa yang boleh aku cakap sekarang,don’t lose hope because you never know what tomorrow will bring Qis.Kau sendiri boleh tengokkan aku dengan Zamir dulu macam mana? Hurm…Aku rasa kau buat jela solat istikharah.Moga-moga kau dapat petunjuk Qis.” Dia tidak tahu apalagi yang perlu dinasihatkan mahupun jenis bantuan yang patut dihulurkan buat Nur Mia Qistina saat ini melainkan mendengar saja luahan hati sahabatnya itu.
Soal hati adalah masalah paling terbesar dalam hidup.Sekaya manapun seseorang manusia itu,andai hatinya tidak baik,pasti ada waktu-waktunya dia tidak berlapang dada.Kurang ketenangan dijiwanya.Tapi andainya dia semiskin-miskin umat.
Tapi mulia hatinya,nescaya Allah tidak pernah membiarkan dia di dalam kekusutan dan senyuman yang diukirkan oleh si miskin itu menzahirkan ketenangan yang dirasai di atas sifat baiknya.Dan berbalik pada soal perkahwinan,cinta dan kasih sayang, hanya empunya diri tahu apa yang mereka inginkan walaupun keinginan mereka itu mustahil untuk didapatkan.Perasaan dan sifat manusia berbeda-beda.
Lama Qistina terkedu.
“Kau tahukan Bai, itu yang paling aku takutkan? Mengetahui sesuatu yang mungkin tidak aku harapkan.Aku takut Bai.Aku tak mahu kehilangan Syakir Haziq.Tapi dalam masa yang sama,bagaimana dengan hati Haicarl Zafran dan hati orang tua aku Bai?Aku tak berani.”
“Kau kena kuat Qis.Kau lupa pada kata-kata kau pada aku dulu masa aku dituduh bercinta dengan cikgu Hamidi dan akhirnya aku kehilangan zamir dalam satu jangkamasa yang lama? Kau suruh aku berani dalam menzahirkan kebenaran.Kau cakap kalau aku tak buat ,aku tak perlu takut.Kau cakap lagi yang Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan tak semestinya apa yang kita inginkan dalam hidup kita itu adalah sesuatu yang benar-benar kita perlukan.Allah lebih mengetahui apa yang perlu dan tidak buat hamba-hambanya. Kau lupa itu semua Qis?”
“Entahla Bai.Benarlah kata orang,selagi tak terkena pada batang hidung sendiri,kita takkan tahu sakit bahu yang memikul tu macam mana.Tapi Bai,kau lebih tau betapa banyaknya masalah yang aku hadapi selama ini. Kes dengan abang Arbaie tu,kau dah lupa?Sampai sekarang aku masih dalam ketakutan dan trauma Bai.Aku kehilangan satu-satunya keluarga yang ada pertalian darah dengan aku semata-mata sebab manusia yang bertopengkan syaitan tu.Aku baru saja mahu mengenali ibu kandung aku sendiri.Kau bayangkanlah bagaimana rasanya Bai.Aku belajar menyayanginya walaupun aku tahu dia tidak pernah membesarkan aku,apatah lagi mendidik aku.Aku tahu dia mungkin tiada pilihan lain waktu itu dan ini juga mungkin bukan kehendaknya.Tapi akhirnya sia-sia kerana setan tu!”ungkapnya dalam nada yang keras.
Terpamer kebencian di wajahnya buat lelaki itu.Kecewa benar dia dengan sikap darah dagingnya sendiri dan saat ini dia terpaksa memilih,antara ibubapa yang memeliharanya sedari kecil atau cinta.Jasa mama dan papanya dalam mebesarkannya dan memberikan didikan yang sempurna buatnya sehingga dia berjaya takkan pernah mampu untuk dia balas.
“Aku tahu kau banyak menderita selama ini Qistina.Walaupun aku tak pernah berada di tempat kau.Aku pasti ianya menyakitkan.Tapi Allah tidak akan memberi sesuatu ujian yang diluar kemampuan hambanya Qis.Pasti segalanya bakal berakhir.Jika kau rasa kau perlu membalas jasa orang tua kau yang telah berusaha membesarkan kau selama ni.Aku
rasa kau tahu apa yang patut kau lakukan Qis.”balas Izzatul Baiduri lembut.
Share this novel