Completed
7300
“Bukan Pa,Qis tak pernah pandang semua tu.Dia baik pa.Dia tak bermewah-mewah seperti orang lain walaupun dia anak orang senang.Dia tak bekerja di syarikat daddynya pun papa.Percayalah,dia sangat baik.”
“Kalau macam tu,ape sebabnya dia belum lagi datang merisik kamu Qis?Bukannya dia tak mampu.Apalagi yang korang tunggu?Qis pun dah kerja”.Soalan dari mamanya itu betul-betul buat dia mati akal.Dia tak tahu apa jawapan yang sesuai untuk dijawab pada mamanya.
“Kenapa Qis diam?Qis tak fikir ke kemungkinan dia hanya nak main-mainkan Qis?”
“Qis yakin tak ma.Tolonglah percayakan Qis.”
“Sayang,kita hanya orang biasa.Sekeras-keras hati mama dan papa,insyaAllah,soal jodoh,kami tak akan memaksa.”Ujar Puan Hardina sayu.Dia terkejut dengan kata-kata yang terbit dari bibir ibu angkatnya itu.Sangkanya selama ini,ibunya itu bakal menjadi penghalang hubungannya dengan Syakir.Perlahan-lahan,matanya memandang raut wajah papanya.
“Benar apa yang mama Qis cakap tu.Papa suka sekiranya Haicarl menjadi menantu papa.Tapi Qis lebih berhak dalam menentukan hidup Qis.Yang paling penting,Qis bahagia.” Berguguran air mata Mia Qistina jatuh menimpa pipi gebu miliknya.Begitu besar pengertian yang diberikan oleh seorang ibu dan ayah buatnya.Sesungguhnya mama dan papanya wajar bahagia.Insan-insan yang amat berbudi dalam hidupnya.
“Bengang betul saya dengan anak lelaki awak yang sorang tu.Dahla jarang balik.Tup!Tup nak bawa balik perempuan pulak.”Marah Dato’ Mahadi pada anak lelakinya Syahid Alwi.
“Biarlah dia abang.Umur dia dah 31 tahun.Dah layak untuk kahwin pun.”Balas Datin Syamsiah.
“Senanglah awak cakap.Apa dia nak bagi anak orang tu makan?Setakat kerja Akauntan tu apalah sangat.Suruh kerja dengan Company sendiri tak nak.”
“Abang kan mampu.Kita tolonglah yang mana boleh abang.”
“Amboi-amboi.Awak jangan nak memandai-mandai pulak.Dia yang nak kahwin.Pandai-pandailah dia cari duit.”
“Tapi,dia kan anak kita abang.Tak salah pun kita tolong if kita mampu.Mana lagi abang nak belanjakan duit abang tu kalau bukan untuk anak-anak abang?Besar pahalanya mempermudahkan orang membina masjid.Apatah lagi anak sendiri.”Datin Syamsiah benar-benar tidak faham dengan sikap suaminya.Agama ada,Alhamdulillah segalanya masih terjaga.Tapi dalam soal ini,dia rasa suaminya salah.
“Saya tak peduli awak nak cakap apa.Dan tak payah nak mengajar saya tentang dosa pahala.Yang saya tau,dia kena cari duit sendiri untuk majlis kahwin dia tu nanti.Dan awak pulak jangan pandai-pandai nak bagi duit simpanan awak yang saya bagi tiap-tiap bulan tu kat dia.”Terkesima Datin Syamsiah dengan kata-kata suaminya.Ya Allah,bilalah agaknya hati tua itu ingin berubah.Dia buntu dalam memikirkannya.
“Qis,Syaq rasa dah masanya Qis jumpa ahli keluarga Syaq.”Riak wajah Mia Qistina berubah tiba-tiba.
“Betul apa yang Qis dengar ni?”Soal Qistina seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.Syakir Haziq menganggukkan perlahan.Dia nampak cahaya di wajah cantik di hadapannya ini.
“Syaq dah fikir masak-masak Qis.Sampai bila hubungan kita nak macam ni.Syaq sayangkan Qis.Syaq tak nak kehilangan Qis.”Nur Mia Qistina terdiam dengan kata-kata ikhlas dari buah hatinya itu.Syakir Haziq tidak pernah seserius ini sebelumnya.Apakah doanya saban hari pada yang Esa sudah dimakbulkan?Yang pasti,dia senang dengan perubahan ini.Dalam diam,hatinya berbunga dan menyimpan angan yang tinggi.
“Mama dan papa Qis pun terima siapa sahaja pilihan Qis.Mungkin ini berkat kesabaran dan keberkatan sebuah doa.Terima kasih Syaq,sebab terima Qis dalam hidup Syaq.”Hanya senyuman yang terukir di wajah lelaki tampan itu.Dia tau Nur,Mia Qistina sedang gembira.Tapi sampai bila kegembiraan itu akan bertahta di hati gadis malang itu?.
“Mum ,this is Mia Qistina. already told you about her before”Qistina terus menghulurkan tangan bersalaman dengan Mummy Syakir Haziq.
“Ohh.The girl that you talking before tu?an adopted right?” Qistina tersenyum pahit.Cara mummy Syakir bertanya terdengar kasar padanya.
“Dont say that Mum.”Ujar Syakir tak senang hati.
“By the way,kejap lagi Kak Syaqirah sampai.”Usul Datin Syamsiah.
“Ooh no Mum.the racist one?Tak sesuaila Mum kalau die jumpa Qis sekarang.”
“Why not.Awak dah suka dekat budak ni kan?”
“Sorry Mum,we got to go.Syaq tak nak Qis lebih tertekan nanti.”
“Eh budak ni,makan pun belum lagi ni tau.Mama dah masak macam-macam tu.”
“It’s okay.Balik nanti Syaq makan.Jom Qis.Haru if you jumpa kakak i tu nanti.”
Kelam kabut Nur Mia Qistina dibuatnya.Segera disalami tangan Datin Syamsiah.Dia dapat merasakan ada jurang di situ.Ya Allah,apalagi halangannya kali ini?
Malam itu dia tak dapat melelapkan matanya.Fikirannya terganggu.terlalu banyak perkara berada di dalam benaknya saat itu.Saat dia memasuki ruang tamu rumah agam itu siang tadi,dia melihat betapa berbezanya cara hidupnya dan mereka.Ya,mama dan papanya bukanlah sesusah mana.Tambahan sekarang sejak mamanya mula berniaga,ekonomi keluarganya kian membaik.Mamanya mengeksport Batik ke negara-negara jiran.Alhamdulillah hasilnya agak memuaskan.Cuma dari kecil,hidupnya tak pernah bermewah-mewah.Dia sudah biasa begitu dan selesa begitu.
“Apa yang kau cari dekat budak kampung tu Syakir?Tak ada perempuan lain ke?”Geram sungguh Syaqirah dengan adiknya itu.Hari tu tau pulak adiknya takut dan terus bawak budak perempuan tu balik.Niat dihatinya nak juga dia laserkan budak perempuan tu.Entah-entah dia suka Syakir ni sebab duit.
Share this novel