Completed
7300
“Ya saya.Lama betul kita tak jumpa kan?Dah hampir 4 tahun kalau tak silap saya.”Qistina sekadar tersenyum.
“Ya.Awak sihat?Dah berapa orang anak dah sekarang ni?”Usik Nur Mia Qistina.
“Eh awak ni.Saya bujang lagilah.Tak ada siapa yang nak.Lainlah orang cantik macam awak.”Giat Uzir Abbas.
“Lelaki kan,lembut gigi dari lidah.Lepas tu pakai ayat standard ‘Bujang’..eeiuuuu…”
“Awak ni Qis,macam dulu-dulu jugak.Susah percayakan orang.Lepas tu ,suka buat memek muka dan sebut benda tu.”
“Benda tu?Benda apa ni Uzir?”
“Benda yang awak sebut tu lah.Yang panjang-panjang tu.Sampai muncung bibir awak tu.Saya pun tak reti nak menyebutnya.”Mereka sama-sama tergelak.
“Qis…Kat sini rupanya awak.” Ujar Syakir Haziq.Disangkanya Nur Mia Qistina masih berada di dalam kedai pakaian jenama nichi itu lagi.
“Sorry-sorry.Qis dah keluar tadi.Oh ya, ni Syaq, bakal tunang saya.Syaq,ni Uzir Abbas,kawan lama saya.”Mereka bersalaman seketika.Terkedu Uzir Abbas melihat lelaki yang tadinya diperkenalkan oleh Qistina sebagai bakal tunangannya.Ya,lelaki itu kelihatan sempurna.Mudah tersenyum.Tidak langsung menunjukkan riak marah melihat kekasih hatinya berbual dengan lelaki lain.Penyabar,jauh berbeza dari sifatnya dulu.
“Oh, kalau macam tu saya minta diri dululah.Mengganggu pulak.Maaf ya Encik Syaq.”
“Eh,tak payah nak berencik-encik dengan saya Uzir.Awak kan kawan lama Qistina,minumlah dulu dengan kami.Sambil tu boleh borak-borak.Korang pun mesti dah lama tak jumpa kan?”Tuturnya lembut penuh hemah.Inilah yang mencairkan hati Qistina selama ini.Walaupun Syakir Haziq lebih suka berterus terang dan kadangkala sifat terus terangnya itu menyakitkan hati,namun tak pernah sekalipun dia meninggi suara atau marah dalam jangka waktu yang lama.Apatah lagi untuk tidak menghormati orang lain.Bezanya dia kurang romantik dan tidak pandai berpura-pura.Apa yang dituturkan saat itu,itulah dia.
“Eh tak apalah Syakir.Saya pun ada hal yang nak diuruskan ni.Saya minta diri dulu ya.”Syakir hanya mengangguk.Dia tahu ada rasa yang menular di jiwa anak muda itu buat kekasihnya.Namun dibiarkan sahaja.Baginya,semua itu biasa dan sangat biasa untuk cinta hatinya Nur Mia Qistina.Alhamdulillah,dia antara insan bertuah yang terpilih untuk menghuni hati wanita itu.Cuma dirinya yang terkadang tidak serius,kurang bersungguh.Dia tahu ada waktunya Qistina tersinggung.
“Sayang..Aku sangat mencintaimu..”Namun kata-kata itu hanya berkumandang dalam hatinya.
“Jauh menung tu awak.Awak ingat kat sapa pulak ni?”Soal Qistina tatkala melihat kekasihnya itu seakan memikirkan sesuatu.
“Memikirkan bakal tunangan saya yang cantik rupawan ni la.Risau jugak Syaq macam ni.Selorohnya.Namun Qistina termalu sendiri.Silapnya juga kerana mengungkapkan kata-kata yang tak pasti seperti tadi.Sementelah pula mereka tidak pernah merancang apa-apa.
“Maafkan Qis,Syaq.Qis tak bermaksud pun nak mengadakan sesuatu yang tak ada.”
“Hey,chill okay.Mana tau kata-kata itu doa sayang.Awak sendiri selalu cakap,apa yang kita ungkapkan itu adalah doa.Dan insyaAllah,Allah maha mendengar.Macam ustaz pulak kan?hehehehe…”Syakir tergelak.Qistina pun turut ketawa.Sememangnya dia tahu yang Syakir Haziq tak pernah serius.Yang pasti,dia tahu Syakir Haziq menyayanginya.Cuma cinta dan sayang sesuatu yang berbeza.Seolah-olah masih ada rasa ragu di hatinya terhadap perasan cinta Syakir Haziq buatnya.
“Qis berdoa sangat-sangat untuk itu Syaq.”Kata Nur Mia Qistina kepada Syakir Haziq.Dia mahu Syakir Haziq tahu tentang keikhlasannya terhadap lelaki itu.
“Qis,walau apapun yang terjadi,Qis kena ingat yang Syaq selalu ada untuk Qis.Selalu ada Qis.”Ungkap Syakir Haziq pula.Mereka saling tersenyum.
Dari jauh dia mengamati pasangan bahagia itu.Terfikir di hatinya untuk menggunakan Uzir Abbas untuk meruntuhkan hubungan pasangan dua sejoli itu.Seperti mana dia sendiri pernah meruntuhkan hubungan Nur Mia Qistina dengan Uzir Abbas suatu ketika dulu.Bezanya,Nur Mia Qistina tidak begitu menyintai Uzir Abbas sebagaimana gadis itu pernah menyayangi Haicarl Zafran dulu.Dan saat ini dia tahu dan pasti yang Nur Mia Qistina amat menyayangi lelaki yang sedang bersamanya sekarang.Bertahun dia mencari,akhirnya dia bertemu dengan gadis itu bersama lelaki lain.” Dasar perempuan jalang.”luahnya.Walaupun dia tahu Nur Mia Qistina tidak seperti apa yang dia katakan,namun kerana dendam,dia tetap tidak berpuas hati terhadap perempuan itu.Dia harus mencari tahu siapa lelaki itu.Dia harus segera mengatur rencana untuk melihat gadis itu menderita.Sekuat derita yang dirasainya.
“Woit,apa yang ko tengok tu Baie?”Soal Hamid.
“Tak ada apa-apalah.” Jawabnya acuh tak acuh.
“Kau cakap ada benda yang kau nak bagitau aku?Ada plan bagus ke?Aku pun tengah pokai sekarang ni.”
“Kau ni tak habis-habis soal duit kan?”
“Sape tak nak duit bro?Cuba kau cakap kat aku.” Arbaie tersenyum penuh makna.
“Abang balik dulu Ari.Jaga diri awak tu elok-elok.InsyaAllah raya ni abang balik.Lagipun abang ingat nak buat tahlil sikit untuk arwah.”
“Baiklah abang.Abang pun jaga diri.Jangan lupa balik lagi.Ari pun sunyi.Abang Haris,Kak Aida dengan Hazril pun dah lama tak balik.Rindu Ari dekat Sophia dan Qisya tu abang.Kalau tak musim cuti sekolah,tak baliknya diorang tu.Tambah-tambah sejak arwah mak dah tak ada ni.Raya pun diorang balik rumah isteri dan suami masing-masing dulu.Yalah,ayah pun dah ada orang baru.
“Ujar Arina panjang lebar.
“Senang-senang Ari jelah kahwin dulu.Umur Ari pun dah sesuai dah untuk kahwin.Betul tak Ham?”Giat Haicarl lagi.
Share this novel