BAB 3

Romance Completed 7300

“Kau ni kalau tak membahan aku sehari tak boleh ke? Itu dulu Carl,masa aku belum kenal hakikat dosa dan pahala. Aku lalai dalam mengerjakan amanah Allah kepada aku sebagai hambaNya.Setiap masa yang ada aku habiskan dengan melakukan maksiat dan dosa.Tapi aku sangat berterima kasih pada kau Carl, sebab kau dah banyak tolong aku untuk berubah.Kalau tak, sampai sekarang aku hidup dalam noda dan dosa Carl.”Ikhlas sekali Irham dalam pengucapannya.Dalam diam, Haicarl membenarkan kata-kata ikhlas sahabatnya itu.

“Setiap orang berbuat silap Ham.Aku pun pernah.Tiada manusia pun yang terkecuali dari berbuat dosa.Nabi sendiri pun pernah berbuat silap Ham.Tapi Dia cepat-cepat bertaubat dan memohon keampunan dari Allah.Dan setiap kesilapan yang kita buat itu berbeza-beza.Ada kesilapan yang sengaja dilakukan dan ada yang tak disengajakan dan terpaksa dilakukan.Tapi,kadang-kadang penyesalan itu terlambat untuk manusia,tetapi tidak untuk Allah.Terlalu sukar untuk kita kembalikan apa yang telah hilang dalam hidup kita Ham.”Panjang lebar Haicarl menghuraikan satu demi satu fasa kesilapan dalam kehidupan.Seolah-olah terlalu besar silap yang pernah dia lakukan dalam hidupnya sehingga dia seperti sedang kehilangan sesuatu.

“Maksud kau?”

“Maksud aku…”Tiba-tiba matanya tertancap pada sesusuk tubuh di penjuru hujung bahagian dalam restoran itu,hanya selang beberapa meja dari meja mereka.

“Nur Mia Qistina!”Sebaris nama itu terpacul dari dua ulas bibir kecilnya.

“Kau kenal dengan perempuan cantik tu?”Haicarl tidak terus menjawab pertanyaan Irham.Pantas dia bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah gadis tersebut.

“Qistina…”Tegurnya.

“Abang Haicarl? Macam mana abang boleh ada kat sini?Bila abang balik?” Soal Qistina, sedikit janggal dengan soalan bodoh dari dua ulas bibirnya sendiri.

“Macam Qis la,abang datang makan dengan kawan abang.Dah dua bulan abang balik Qis.Qis sorang je? Come,join us.”Pelawanya.

“Eh tak apalah abang.Qis tengah tunggu kawan ni.Kejap lagi sampailah tu.”Balas gadis manis bertudung TQ blue dipadankan dengan baju biru rona hitam dan seluar kembang.Sangat cantik pada pandangan sesiapa sahaja.

Hati Haicarl tertanya-tanya gerangan siapa yang Nur Mia Qistina nantikan.Kekasihnya kah? Jauh disudut hati dia berharap agar Qistina belum ada gantinya.

“Kalau macam tu tak apalah.Abang ke sana dulu.” Qistina hanya menganggukkan wajah.

“Siapa tu Carl?”

“Jawapan pada soalan kau tadi Ham.”

“Maksud kau?”

“Nantilah Ham.Klunya aku dah bagi.Sikit-sikitlah okay.”Ucapnya ceria.

Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum.Rindunya terubat jua.Qistina,semakin hari kau semakin mekar bak bidadari.Sesekali dia menoleh ke arah Nur Mia Qistina,ternyata sahabat yang dinantinya tadi seorang gadis muda sepertinya.

Cantik,mungkin itu Baiduri,sahabat karibnya di sekolah dulu.Haicarl Zafran menghembuskan nafas lega ,walaupun dia belum pasti,kelegaan itu hanya sampai bila.

“Syaq,boleh saya Tanya sesuatu?”

“Apa dia Qis?”

“Saya Cuma nak tahu Syaq,Err….sejauh mana sebenarnya awak menyayangi saya?”

“Common Qis,I taknak bincang pasal ni lagi okay.You lebih tahu yang I sayangkan you.Kalau tak I tak stay dengan you sampai sekarang Qis.Dah 3 tahun kite bersama.”

“Saya Cuma bertanya Syaq.Saya bukan muda lagi untuk menanti.Saya dah masuk 26 tahun Syaq.Tapi awak sering mengelak.Syaq,Qis betul-betul sayangkan Syaq.Qis nak kita akhiri hubungan dengan mahabbah dalam perkahwinan

Syaq.Syaq tak mahu hubungan ni mendapat restu Allah?”

“Jangan desak I Qistina.I tak suka.I sayangkan you.Cukuplah untuk you tahu itu. If you are really desprate to get married.I think you should find someone else soon .”Balas Syakir Haziq dalam nada sedikit mengejek.

Tersentak Nur Mia Qistina mendengar ucapan lancang dari mulut insan yang sangat dikasihinya itu.

“Pengucapan itu doa dan penawar buat orang yang sedang berduka dan menanggung kesakitan Syaq.Belajarlah menjaga hati seseorang melalui pengucapan.Andai perlu berterus terang tentang sesuatu apapun,tuturkanlah ia dengan rendah hati supaya ianya tidak mengguris hati dan mudah difahami oleh orang yang mendengarnya.Jangan jadikan kelembutan saya sebagai penyebab untuk saya diperkotak katikkan awak.Saya balik dulu.Sekali lagi saya cakap.Saya sayangkan awak.Tapi kalau jodoh itu bukan milik kita saya redha.Assalamualaikum.

Nur Mia Qistina berlalu pergi tanpa menoleh sedikit pun pada Syakir Haziq yang sudah terkebil-kebil mendengarkan kata-kata dari bibir manis itu.Penuh kelembutan,tetapi tegas.Itulah yang memikat hatinya selama ini.

Tapi dia sendri tidak tahu bagaimana untuk mempamerkan rasa cinta dan sayangnya buat Nur Mia Qistina.Setiap kali berhadapan dengan gadis itu ,dia jarang sekali mempamerkan rasa sayangnya.

Apatah lagi untuk mengungkapkan kata-kata indah sebagaimana yang pasangan lain lakukan terhadap pasangan mereka.Dia memang tidak pandai bermadah.Cukuplah sekadar insan yang dia sayang tahu betapa dia menyayanginya.Tiba-tiba dia merasa kecut perut.

Apa akan terjadi sekiranya Nur Mia Qistina betul-betul pergi dari hidupnya.Apa akan terjadi jika ucapannya tadi menjadi doa dan Nur Mia Qistina mengahwini lelaki lain dalam masa terdekat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience