BAB 24

Romance Completed 7300

“Yeah.really sure Qis.”Die menyeluk poket seluarnya.Lalu satu kotak baldu berbentuk diamond dikeluarkan.Kotak itu dibuka, sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian sebaris di bahagian tengah dikeluarkan dan dihulurkan kepada Qistina.

“Will you marry me Nur Mia Qistina Rahman?”

Dengan linangan air mata Qistina menjawab

“I do”.Segera disambutnya cincin yang dihulur lantas disarungkan sendiri ke jari manisnya.Sesungguhnya rahmat Allah itu pantas andai kita benar-benar ikhlas meminta dan memanjatkan doa kepadaNya.Dia benar-benar bersyukur.Ya Allah,terima kasih kerana mengabulkan doaku sebagai hambamu.

Hari dinanti telah tiba.Hari ini dia dan Syakir Haziq bakal disatukan.Berwalikan abang kandungnya sendiri Amran, dia bakal dinikahkan sekejap sahaja lagi.Kedengaran riuh rendah dilaman rumahnya.Sayup-sayup dia terdengar suara orang yang amat dikenalinya.

“Hey korang semua.Perempuan ini sebenarnya perempuan jahat.Dia dah tak suci lagi.Percayalah,aku ini abang kandungnya.Darah daging dia sendiri.Dia sendiri pernah tidur dengan aku.Korang fikirlah betapa jalangnya perempuan ni.” Encik Jazman yang mendengar kata-kata nista itu terjelepuk jatuh.Tiba-tiba sahaja dia diserang angin ahmar.

Qistina meluru mendapatkan ayahnya.Tapi tangannya ditepis.Qistina pilu dengan tindakan papanya.Selama ini, ayahnya tidak pernah termakan kata-kata sesiapa.Kali ini dia sedar yang ayahnya percaya akan kata-kata abangnya sebentar tadi.

“Panggilkan ambulan dik Lyn.”pinta Qistina pada adik bongsunya.Puan Hardina sudah menangis teresak-esak sambil memangku kepala suaminya.

“Ya Allah Arbaie.Apa yang kau cakapkan ni?”Soal Amran berang.Dia lebih mengenali Qistina berbanding yang lain.Dia tahu yang Qistina tak seteruk tu.Walaupun mereka tidak dibesarkan bersama,selama mengenali adiknya itu,dia tahu adiknya itu tahu yang mana halal dan haram.Tidak disangkanya kerana mabuk cinta dan melayan cinta songsang terhadap adik sendiri,Arbaie sanggup menabur fitnah.

“Syaq,jom kita balik.Daddy malu.Ini ke perempuan baik yang kau agung-agungkan tu?”

“Tunggu dulu Daddy.Kita belum tahu hal yang sebenar.”

“Nak tunggu apa lagi.Tunggu keluarga kita lebih malu?Usul kakaknya Syaqirah pula.”

“Daddy,Kak Qeera,sabar boleh tak.Syaq mintak kali ni je.Sabar barang sekejap.Papa Qistina sedang sakit tu.”Bantah Syakir keras.

Sebentar kemudian ambulan tiba dan membawa Encik Jazman dan Puan Hardina pergi.

Haicarl Zafran muncul tiba-tiba.Dia memang diundang oleh Puan Hardina dan Encik Jazman ke majlis itu.Pada mulanya dia tidak sanggup untuk datang dan melihat permaisuri hatinya dimiliki oleh orang lain.Tapi hatinya merasa kurang enak.Lantas dia datang juga ke majlis ini.Rupa-rupanya,ada hal yang sedang berlaku dan ternyata ini ulah si Arbaie jantan tak guna itu.

“Bohong semua tu.Qistina bukan seperti apa yang lelaki ini katakan.Saya tahu apa sebenarnya yang terjadi.Kerana nafsu, lelaki ini sanggup mencabul adik kandungnya sendiri.Dia paksa Qistina menurut segalanya kehendaknya.Qistina lari dan cuba mempertahankan kegadisannya walaupun lelaki ini tanpa henti menghantui dirinya.Ya,Qistina masih gadis.Qistina dididik baik oleh Encik Jazman dan Puan Hardina.Bukan maksud saya yang ibu dan bapa kandung Qistina tidak Berjaya mendidik anak-anak,tapi hakikatnya Qistina difitnah.Dia gadis baik.Percayalah.”

Tak tertahan sebak didada bila maruahnya dibela dan dinaikkan setinggi itu oleh lelaki yang pernah dicintainya suatu ketika dulu.Sesungguhnya hati lelaki itu cukup mulia.Tidak berdendan walaupun cintanya ditolak.Dia percaya ada yang terbaik buat lelaki itu kelak.InsyaAllah.Sedangkan Syakir Haziq hanya mendiamkan diri sedari tadi.

“Argh.Kau cakap macam tu sebab kau pun gilakan perempuan ni kan?Pandai betul betina ni manipulasi kaum lelaki.Tak ada adik macam ni pun tak apa.Perempuan jalang”

“Arbaie.Aku haramkan kau menyebutku sebagai adikmu dunia dan akhirat.Tak tertanggung bebanku selama hampir sedekad ini dengan sikap kau.Aku mendiamkan diri kerana menjaga air muka dan maruah banyak pihak.Kalau tak,hari yang kau nak rogol aku tu,Aku dah lama buat report polis.Sebab aku fikir Mak.Kesian mak,kesian adik-adik yang masih bergantung pada kau untuk makan dan minum.Aku pendam sorang-sorang semua ini.Walhal dalam jiwa aku,hati aku ni,hanya Tuhan yang tahu.Dan di hari bahagia yang aku tunggu selama bertahun-tahun ini.Kau hancurkan segalanya.Syakir Haziq,andai awak memilih untuk meninggalkan saya dan tidak meneruskan pernikahan ini.Saya terima.Saya faham situasi dan perasaan awak sekeluarga.Tiada apa yang mampu saya katakan lagi.Saya redha.Sesungguhnya Allah tahu segala kebenarannya dan apa yang terbaik untuk kita semua.”Mengalir air mata Syakir Haziq mendengar kata-kata dari Qistina.Sekian lama dia berdiam diri, lantas dia bersuara.

“Perkahwinan ini akan tetap diteruskan.Saya amat mengenali siapa gadis ini.Saya memilihnya di atas dasar kepercayaan yang saya miliki untuknya.Sepanjang hubungan saya dengannya,dia banyak mengajar saya erti kehidupan dan kesusahan hidup.Dia gadis yang cukup tabah.Jika benar dia bukan lagi gadis,saya bakal membuktikannya sendiri nanti.Tapi saya tetap menerima.Setiap orang miliki peluang kedua.Tapi mengikut penilaian saya.Kenapa keburukan Qistina yang semua orang nampak?Tadi Arbaie mengatakan yang dia pernah meniduri Qistina.Sebagai abang,apa maknanya dia melakukan semua itu pada adik kandungnya sendiri?Patutkah seorang abang meniduri adiknya?Dan tak malukah seorang abang menyebarkan keaiban adiknya sendiri dengan mengaibkan dirinya sendiri.Waraskah lelaki ini?Fikirlah semasak-masaknya hadirin yang ada.Tapi demi Allah,semua ini langsung tidak merubah rasa yang ada di hati saya buat Nur Mia Qistina.Sekali lagi Qistina terasa syahdu.Sesungguhnya Allah itu maha adil.Dititipkan dua orang lelaki yang sanggup memperjuangkan maruahnya.

Tiba-tiba Arbaie meluru naik ke rumah dengan pisau lipat di tangannya.Tangan Qistina direngut.Pantas sebilah pisau menekan lehernya.Darah merah menitik demi titik ke lantai.

“Ya Allah Qistina.” Raung Puan Aishah ibu kandungnya.

“Apa yang kau dah lakukan ni Arbaie?Itu adik kamu.Adik kandung kamu.”perlahan-lahan Arbaie meleraikan pegangan.Pisau di tangannya terjatuh.Puan Aishah segera mendapatkan Qistina.Diriba gadis itu.Hiba hatinya tatkala melihat anaknya yang kini cantik berpakaian pengantin berlumuran darah.Sepantas kilat ambulan dihubungi oleh Syakir Haziq.Tujuh minit kemudian ambulan pun tiba bersama dua buah kereta polis.Syakir Haziq mengikuti ambulan dengan keretanya.Nyawanya seakan pergi melihat keadaan kekasih hatinya sebentar tadi.Arbaie digari dan terus dibawa ke balai.Hadirin yang ada seakan terpukau melihat kejadian yang tak disangka-sangka itu.

Haicarl Zafran menitiskan air mata.Sesungguhnya terlalu banyak kepedihan dan kesedihan yang Nur Mia Qistina lalui.”Ya Allah, selamatkanlah Qistina.Sesungguhnya dia perlu hidup untuk bahagia dan membahagiakan.Dia berhak untuk bahagia Ya Allah.Don’t worry baby, one day, all this pain you feel is gonna go away.

Sudah hampir dua minggu lamanya Nur Mia Qistina terlantar di hospital.Akhirnya Nur Mia Qistina melewati waktu kritikalnya.Hampir seminggu dia koma kerana banyak kehilangan darah dan menerima 17 jahitan pada lehernya.Setiap hari Syakir Haziq datang melawatnya.Alhamdulillah,Encik Jazman juga sudah pulih dan mengetahui perkara sebenar.Terasa menyesal di hatinya kerana tidak mempercayai anak yang dijaga dan dididiknya sedari kecil itu.Mujurlah anaknya itu selamat.Jika tidak,pastinya dia menanggung sesal seumur hidup.

Petang itu seperti biasa,Syakir Haziq datang melawat kekasih hatinya.Jika mereka sudah bergelar suami isteri,pastinya dia tidak hanya akan datang sekadar untuk melawat semata.Sayang sekali hari bahagianya bersama gadis itu terpaksa ditunda.Namun dia nekad,Nur Mia Qistina tetap akan menjadi suri hidupnya.Setibanya Syakir Haziq di hospital,dia melihat Haicarl Zafran juga ada di situ.Sedikit api cemburu hadir di benaknya melihat Nur Mia Qistina tersenyum indah buat lelaki itu.Dia takut,takut andainya hati gadis itu berubah.Apatah lagi lelaki itupernah menghuni hatinya.Hatinya patah seribu melihat kemesraan mereka.Langkah yang tadinya ingin diteruskan terbantut di situ.Dengan perasan berbaur segala rasa,dia melangkah keluar dari hospital iti.

“Syakir!!!”Laung satu suara.Segera ditolehnya pada arah suara itu kedengaran.Dari jauh,dia Nampak Haicarl Zafran sedang melambai-lamabai ke arahnya.Langkahnya terhenti.Dan langkah lelaki itu laju ke arahnya pula.

“Mana kau nak pergi tu Syakir?Kenapa tak masuk tadi?Bukan ke kau nak melawat Qistina?”Soal Haicarl Zafran.

“Aku…Aku..”Tak terluah jawapan yang ingin dia berikan pada Haicarl Zafran.

“Kau cemburu melihat aku dengan Qistina?Syakir Haziq bungkam.Dia tidak mampu untuk menyangkal kata-kata lelaki itu.Kalau kau cemburu Syakir,aku lebih cemburu.Kau tahu kenapa?Kerana Qistina memilih kau dan bukan aku.Kerana dia mencintai kau dan bukan aku.Tapi aku redha,jodoh itu ketentuan Allah.”Ujar Haicarl Zafran panjang lebar.

“Tapi aku Nampak dia gembira bila dengan kau.”Sangkal Syakir Haziq pula.

“Apa yang kita Nampak tak semestinya betul Syakir.Kerana kita juga perlu mendengar.Bukan terus membuat kesimpulan.Qistina menganggap aku seperti abangnya sendiri.Tak lebih dari tu.Aku nak kau jaga dia baik-baik.”

“Jadi kau sendiri macam mana.Kau sanggup tinggalkan dia?”Soal Syakir Haziq lagi.

“Just because I let her go doesn’t mean I wanted to.Aku nak dia bahagia Syakir.Aku tahu dia terlalu mencintai kau.Aku Nampak sinar di matanya bila memandang kau.Aku sedar aku dah kalah pada hari perkahwinan sahabat Qistina,Baiduri lagi.Kadang-kadang kita perlu berkorban demi kebahagiaan orang lain Syaq.Qistina dah terlalu banyak menderita.Jangan biarkan derita itu menghuni jiwanya lagi.” Syakir Haziq kagum dengan keikhlasan Haicarl Zafran.Patutlah Qistina menyayangi lelaki ini.Tinggi budi pekerti.Penuh dengan pengertian.Dalam hatinya dititipkan doa agar lelaki itu juga bakal bahagia nanti.

Lebih empat tahun mereka menjalinkan cinta.Alhamdulillah,akhirnya mereka bahagia bersama.Sesungguhnya harga sebuah bahagia itu terlalu mahal.Dan sebagai ganti segala pengorbanan dan ketabahan mereka.Saat ini mereka memiliki dua pasang anak kembar.Carl Farish,Edry Rayyan,Tania Batrisya dan Sonia Mellisa.

Haicarl Zafran pula bakal mendirikan rumah tangga bersama Syakila Tasneem sepupu Nur Mia Qistina sendiri.Mereka ditemukan semasa sama-sama meyambung pengajian di Dublin,Australia.Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah.Setelah lima tahun Nur Mia Qistina berkahwin.Kini,Haicarl Zafran menemui tulang rusuk buatnya.

“Sesungguhnya Allah ada janjiNya…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience