Completed
7300
“Waiter..”Panggil Haicarl Zafran pada salah seorang pelayan restoran tersebut.Hatinya bebunga indah.Tak dia sangka dia bakal bertemu gadis yang digilainya disini.Betul-betul di depan matanya.Hari ini senyum Haicarl Zafran sampai ke telinga.
“Syakila Tasnim, you betul-betul dah malukan I tau tadi.”
“Kenapa ko nak malu Qistina?Kita tak buat salah pun.Just berkenalan dengan anak angkat makcik aku sendiri.There’s nothing wrong with that babe.”
“Of course it’s wrong Tasnim.What if they have something personal to talk about but then we come and interrupt them? How could you didn’t think before you do something Tasnim?you should be more mature than me.You are the elder.Watch your manner.Think about it Tasnim.”
“Alright…Alright…i am so sorry okay.Tapi geram dengan perempuan arab tu tadi.Mengada-ngada saja.
“Carl,can I taste your food..bla..bla..dulu masa dekat Dubai,kita selalu makan Irish Food dekat Dubai kan?you ingat x?…eeee..meluat”Ejek Syakila Tasnim.Sedikit sebanyak Nur Mia Qistina akur dengan apa yang dikatakan sepupunya itu.Perempuan itu agak keterlaluan sikapnya.Dahla sombong.Tapi apa yang dia nak expect pun.Setiap orang ada caranya masing-masing.
Petang itu Irham Hadi bergegas ke lapangan terbang Subang.Jalan yang agak sesak menyebabkan perjalanannya petang itu kurang lancar.
“Berapa hari seminar Ari kat Putrajaya tu?”
“Seminggu je abang”
“Lama juga tu.Bolehla selalu jumpa abang.Nak abang hantar dan ambik Ari sepanjang seminar tu pun boleh”Giat Irham Hadi.Inilah masanya untuk dia mendekatkan dirinya dengan Arina Hanim,satu-satunya adik perempuan Haicarl Zafran ni.Sudah terlalu lama dia memendam rasa dan dia rasa dia perlu mengambil peluang itu.Arina Hanim sekadar tersenyum.Lesung pipit yang ke dalam menyebabkan senyuman itu nampak lebih cantik.Walaupun dari segi kedoktoran,lesung pipit sebenarnya adalah sejenis kecacatan kecil.Tapi sebenarnya tak semua kecacatan itu memberikan impak yang buruk.Contohnya lesung pipit.Malah lesung pipit dapat mencantikkan lagi wajah dan tampak manis.
“Ari ingat Ari nak cari dan jumpa seseorang dalam tempoh tu”Ujar Arina Hanim pula.
“Ari nak cari siapa?” Irham Hadi semakin bertanda tanya.Petang tadi,Haicarl memintanya mengambil Arina Hanim di lapangan Terbang Azlan Shah Subang kerana dia berada di Serawak selama dua hari.Sebentar lagi,dia akan menghantar Arina Hanim ke rumah Kak Aida,kakak sulung Haicarl di Seri Kembangan.
“Nur Mia Qistina.Wanita yang paling dicintai abang Haicarl bang.”Hilang terus syak wasangka yang bermukim di hatinya sebentar tadi.Risau juga kalau-kalau Arina Hanim sedang mencari kekasih hatinya.Dari apa yang disampaikan oleh Arina Hanim tadi,tahulah dia siapa sebenarnya Nur Mia Qistina atau gadis yang dilihatnya di Restoran tempoh hari.
“Apa sebenarnya yang dah terjadi ni Ari? Abang tak faham”Dia mahu segera mengetahui cerita sebenar.Sudah terlalu lama dia menanti untuk Haicarl Zafran sendiri membuka bicara.Tapi langsung tak nampak tanda-tanda untuk lelaki itu memulakan cerita.
“Sebenarnya, Kak Qis tu buah hati abang Haicarl abang.Cuma lebih empat tahun yang lalu, sesuatu yang buruk telah menimpa abang Haicarl”Arina Hanim mula bercerita.
“Maksud Ari?”Irham Hadi semakin ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi.
“Abang Haicarl kena buatan orang abang.”
“MasyaAllah.Siapa yang buat semua tu Ari?”Irham terkesima mendengarnya.Siapalah yang sanggup memperlakukan sesuatu seperti itu kepada manusia sebaik Haicarl Zafran.Dia sendiri tidak pernah tahu tentang semua itu.Padahal,bukan baru semalam mereka saling kenal.Malah sewaktu sama-sama belajar di oversea dulu lagi.Rasanya sudah lebih tujuh tahun perkenalan mereka.
“Ibu bekas kekasihnya sewaktu dia menuntut di Ireland dulu.”
“Deeba Maryam?”
“Abang kenal Kak Deeba?”
“Takla kenal sangat.Waktu tu,kami sama-sama menuntut di sana.Tapi jurusan yang kami ambil berbeza.Tapi jarang sekali abang nampak Haicarl dan Deeba bersama.Tak sangka pulak mereka pernah bercinta.Ingatkan teman rapat saja”Jelas Irham.
“Mereka bercinta sejak di MRSM lagi abang.Cuma hubungan mereka ditentang oleh ibu Kak Deeba.Abang Haicarl redha dan sanggup melepaskan Kak Deeba.Kerana bagi abang Haicarl,restu ibubapa sangat penting dalam hubungan.Mak Kak Deeba nak jodohkan Kak Deeba dengan sepupunya sendiri.Tapi Kak Deeba menolak.Kak Deeba tak dapat nak terima hakikat yang dia bakal kehilangan abang Haicarl.Jadi mak Kak Deeba santau Kak Deeba dengan abang Haicarl sekali gus.”
“Astagfirllahalazim.Sampai macam tu sekali?”Irham mengeleng-gelengkan kepalanya.Tak disangkanya seorang ibu sanggup menyantau anaknya demi memenuhi kehendak hati.Dan terlalu banyak kisah yang dipendam dan dilalui oleh
sahabat yang sentiasa tenang dimatanya itu.”
“Ya abang.Waktu abang Haicarl dapat santau tu.Abang Haicarl dah berkawan dengan Kak Qis.Kata abang Haicarl,Kak Qis ni menarik.Sebab sanggup berkawan dengan orang yang kerjanya hanya pengutip sampah.Mereka rapat melalui dunia maya sahaja.Sehinggalah mereka berjumpa setahun kemudian dan bercinta.Tapi kerana santau tu,abang Haicarl bawak diri pergi berubat lebih setahun.Arwah mak pun terkena tempiasnya.Dia tak cakap apa-apa dekat Kak Qistina sebab takut Kak Qis risau.Dia takut penyakit misterinya itu akan terkena pada perempuan yang sangat dia sayang.Saban hari Kak Qis hantar mesej,call dan macam-macam.Tapi dia diam sahaja.Tapi dalam hati abang Haicarl hanya Tuhan yang tahu abang.Kak Qis tak pernah syak abang Haicarl yang bukan-bukan walaupun abang Haicarl diam macam tu aje.Kak Qis sangat mempercayai abang Haicarl abang.Ari kagum dengan kasih Kak Qis pada abang Haicarl.Tapi manusia abang.Suatu masa akan berubah juga.Kak Qis berhak untuk meneruskan hidupnya.Dan kedua-duanya tak bersalah.”Panjang lebar Arina Hanim bercerita.Matanya berkaca mengenangkan penderitaan abangnya.Dia mahu melihat wajah bersih itu kembali tersenyum bahagia.
Share this novel