BAB 11

Romance Completed 7300

“Common Thira, don’t start it again.Yes I do love you.But just as a friend.” Jawabnya acuh tak acuh.Terasa menyampah pula dengan perempuan nan satu ini.Lagaknya dari dulu lebih kepada memaksa.Dia memang pantang didesak.

“Okay then.Sorry.Jom kita keluar makan.Bukan selalu boleh makan dengan you.”Dia mula malas untuk memanjangkan cerita.Dia juga takut mood lelaki segak di depannya ini turut hilang.Bukan selalu mereka dapat berjumpa seperti ini.Apatah lagi semenjak Haicarl Zafran pulang bertugas di Malaysia. Perlahan-lahan Haicarl Zafran mengangguk dan mereka melangkah keluar dari ruangan pejabat tersebut.

‘Eh, itu abang Haicarl.Tapi siapa gadis cantik berwajah Arab bersamanya tu? Teman istimewa dia ke?Tapi kalau betul pun kenapa?Apa yang aku nak sibuk pun kan?ngomelnya sendiri.Tapi dia kan anak angkat mama dan papadan dah macam abang aku sendiri.Tapi itu tidak bermakna dia boleh mengambil tahu tentang semuanya.Anggap sebagai abang saja,tak salahkan kalau aku ambil tahu?Tapi yeke sebab tu?Ke kau cemburu ni Nur Mia Qistina?’Fikirannya diasak tanda tanya.

“Woit! Kau ni kenapa Qis? Dari tadi duk memandang ke arah sana tu.Mamat tu walaupun handsome,tapi dah ada awek okay.Silap-silap tu bini dia.Dan kau tu pun,prince charming yang diberi nama Syakir Haziq tu kau nak campak mana?Bagi aku jelah senang.Ni tak,semua hero Malaya kau nak kebas.Tak adil okay!”Ngomel Syakila Tasnim sepupunya.

“Bagi salam boleh tak? Ni sampai-sampai jer duk teriak kat telinga aku.Suara kau tu dahla dari dulu bak halilintar memanah tau tak!”

“Amboi mulut kau ni kan? Sejak kawan baik kau nak kahwin ni angin aje.Sakat sikit pun tak bolehkan? Kalau kau pun nak kahwin, ajakla si Syakir tu kahwin my dear Qistina.”

“Senangnya cik Syakila Tasnim bercakap ye? Dahla datang serang orang macam tu je kan?Sape tak nak kahwin Cik Tasnim ooi..Dari duduk buat dosa baik kahwin.Tapi kahwin tak semudah tu Tas.Banyak benda yang kita kena ambil kira.Masa depan nanti kite tak tahu lagi Tas.Dan kau sendiri pun belum kahwin sampai ke hari ni.Why?answer me Syakila Tasnim”Soalnya pada Syakila Tasnim pula.Geram juga dia pada sepupunya itu.Pandai memberi nasihat,tapi diri sendiri pun masih belum berpunya.

“Okay-okay cik peguam bela or peguamcara or whatever lah.We cut it here okay.Sorry..”

“Kalau sebut pasal dia terus nak cut off kan? Tau pun takut.”

“Bukan takut okay.Cuma masanya tak sesuai.”Bantah Syakila Tasnim.Mereka berdua terdiam sejenak.Masing-masing malas mengutarakan hal yang sensitif itu.Bebeberapa minit kemudian seorang pelayan restoran itu datang kepada mereka sambil membawa menu.

“Nah,orderlah,aku belanja hari ni.”Tutur Qistina.

“Banyak duit.Ujar Syakila Tasnim berseloroh.Qistina sekadar tersenyum saja sambil melihat menu.By the way,aku tengok cara kau tengok mamat tu tadi beria benar,siapa tu Qis?”

“Anak angkat kesayangan auntie you lah.”Jawabnya laju.Tiba-tiba dia terasa kecut perut pula.Dia kenal sangat dengan Syakila Tasnim.

“Habislah aku!” ujarnya perlahan.

“You mean Haicarl Zafran?”

“Yup, absolutely correct!”

“Mak aih..handsomenya.Tapi perempuan arab tu sape?”

“Entah.Manalah aku tau.”

“Kau tak nak pergi tegur dia ke?

“Eh,tak payahlah.Kacau daun saja.”

“Alar,jomla.Aku pun nak kenal ni.”

“Taknaklah aku!”

“Kau tak nak takpe…biar aku yang pergi”Ujar Syakila Tasnim laju berjalan menonong ke arah tempat duduk Haicarl Zafran dan Syarifah Athirah.”

“Woi sis..Janganla macam ni..Gilala kau ni.”Tanpa sedar,kakinya turut membontoti langkah sepupunya itu.

“Assalamualaikum…Haicarl Zafran kan?Saya Syakila Tasnim sepupu Nur Mia Qistina.”

“Waalaikumussalam..Ooh..”Agak terpinga-pinga Haicarl dengan kehadiran gadis comel kecil molek itu.

“Maaf abang,Qis dah halang tadi.Dia ni yang nak sangat kenal abang.Mamala ni selalu cerita dekat dia pasal abang.”Ujar Qistina tulus dan lembut.Makin terkejut Haicarl Zafran melihat wajah yang dicintainya juga ada di depan matanya saat itu.Sempat juga dia mengamati wajah lembut putih bersih itu.

“Tak apa Qis,Come,Join us.”Pelawa Haicarl Zafran.

“Eh tak apalah.Tas,dah kenalkan?Jom.”

“Jomlah duduk sini Qis.Abang Haicarl dah pelawa tu.Ujar Syakila Tasnim tanpa malu.Sebenarnya sedari tadi dia perasan wanita yang bersama Haicarl Zafran kurang selesa dengan kehadiran mereka.Dia rasa tercabar.Justeru dia mengambil keputusan untuk duduk bersama mereka.

“Tas.Janganlah ganggu orang.”Rayu Qistina.

“It’s okay Qis. Kenalkan, ni Syarifah Athirah,kawan sepejabat abang masa kat Dubai dulu.Thirah,this pretty girl is my..err..anak mak angkat I Nur Mia Qistina.And this one is her cousin…”

“My name is Syakila Tasnim Dato’ Ikram.”Sambung Syakila Tasnim memperkenalkan diri.Mereka bertiga bersalaman.Ada kerutan tidak puas hati pada wajah Syarifah Athirah. Date yang dia harapkan untuk mereka berdua sahaja terganggu.

“Maafkan kami menggangu ya Cik Athirah,Abang…”

“Don’t mention it okay.Ni da order ke belum ni?”

“Belum sempat abang..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience