BAB 2

Romance Completed 7300

Dia pernah hampir gila apabila Haicarl Zafran tiba-tiba hilang dari hidupnya.Tapi itu lima tahun yang lalu.Sebelum Syakir Haziq muncul dan menyembuhkan luka-luka di hatinya.Mana mungkin hatinya sanggup untuk melukakan hati Syakir Haziq.

Walaupun dia tidak pasti seutuh mana cinta lelaki itu buatnya.Baginya,seandainya dia tidak ditinggalkan,dia takkan pernah meninggalkan sesiapa.

Namun,dalam masa yang sama,dia juga tak sanggup untuk melukakan hati Haicarl Zafran.Lelaki yang mendakwa masih setia dengan cintanya itu.Hakikatnya Haicarl Zafran menghilang bersebab.Semuanya demi aku.Memang kenyataannya begitu.

Tapi mengapa baru sekarang segalanya terungkai?Kenapa tidak dari dulu dia menyatakan hal sebenar?Kenapa Haicarl Zafran membiarkan cinta di hatinya pergi dan datang untuk menagihnya kembali?Tapi benarkah cinta itu telah pergi?Andai tidak,siapa Syakir Haziq di hatinya saat ini?

Lelaki itu terlalu banyak berjasa dalam hidupnya.Lelaki itu terlalu banyak berkorban untuknya.Tapi sebandingkah dengan pengorbanan Haicarl Zafran untuknya selama ini?Nur Mia Qistina buntu.

“Nur Mia Qistina…” Lancar nama itu terbit dari dua ulas bibirnya.Dia seakan-akan sedang memendam sesuatu perasaan yang sangat kuat.Ya,rindu…Rindu yang sangat mendalam buat gadis manis berwajah bujur sireh itu.

Dia pernah sekali kehilangan cinta agungnya itu.Tapi semua itu terjadi kerana dia terpaksa.Dia tidak mahu sesuatu yang buruk menimpa insan yang amat dikasihinya.

Dia sanggup menanggung segala keperitan itu sendirian.Saat ini dia sedang sedaya upaya berusaha untuk memastikan yang dia dapat merebut hati gadis itu kembali.Tapi mungkinkah usahanya itu bakal berhasil?

Dia sendiri tidak pasti akan jawapannya.Hanya doa dan tawakal mengimbangi setiap usahanya saat ini.

“Qis,abang rindu Qis…Abang tahu Qis dah tawar hati.Tapi abang perlukan Qis dalam hidup abang sayang.Abang tak ada niat untuk tinggalkan Qis dulu.Abang harus lakukannya demi keselamatan Qis.Demi orang yang abang cintai.Tapi hanya Tuhan yang tahu betapa terseksanya abang untuk lalui semua ini sendirian Qis.Qis segalanya buat abang”.Rintihnya.

“Eh Carl, apalagi yang kau menungkan tu? Jomlah keluar.Yang kau masih tercegat kat dalam kereta tu kenapa?Dari tadi aku tengok kau diam je sepanjang perjalanan kita ke sini.Ni kita dah sampai ni.Takkan kau taknak keluar pulak.Aku dah lapar ni Carl”

“Eh kau ni Ham.Sabar sikit tak boleh ke? Tak larinya makanan kat restoran tu.” Mereka berjalan seiringan memasuki restoran Look Out Point ,Ampang yang terletak betul-betul diatas Bukit Ampang.

Mereka mengambil tempat duduk di satu sudut di hujung penjuru restoran tersebut.Haicarl Zafran melepaskan pandangannya jauh keluar restoran.Pemandangan indah dari restoran itu sangat memukau pandangan mata sesiapa sahaja yang datang.Sesuai untuk orang berkasih sayang.Sayangnya,dia sekadar dapat datang ke tempat seperti ini hanya dengan seorang teman.Fikirnya di dalam hati.

“Carl, aku nampak kau sejak akhir-akhir ini macam bermasalah saja.Termenung sana, termenung sini.Risau pulak aku tengok.Nak kata kau tengah putus cinta, tak pernah pulak aku tengok kau terhegeh-hegeh dengan mana-mana perempuan.Perempuan yang terhegeh-hegeh dengan kau adalah. Especially Syarifah Athirah tu.” Haicarl Zafran sedikit tersenyum mendengar sebaris nama itu disebut.Mengingatkan gadis itu, dia menjadi sedikit jengkel.Memang orangnya cantik, tapi cara wanita itu membawa diri kurang berkenan dihatinya.Mungkin benar kata orang, lelaki memang sukakan cabaran.Yang tersedia di depan mata langsung tak dipandang.Yang di seberang laut juga yang dimahukan.

“Entahlah Ham, aku pun tak pasti dengan amuk rasa yang ada dalam hati aku sekarang ni.Apatah lagi untuk bercerita tentang apa yang aku rasa ni pada kau Ham.Yang aku tahu, terlalu banyak yang perlu aku fikirkan.”

“Uish…Macam besar je masalah kau ni Carl.Apa sebenarnya ni? Ceritalah kat aku.Kalau kau rasa kau perlukan seseorang untuk berkongsi rasa,aku sedia Carl untuk mendengar.Apa yang mampu aku tolong,aku tolong.Kita ni dah lama berkawan Carl.Dah macam adik beradik dah pun.Ceritalah bro.” Haicarl Zafran melontarkan pandangannya jauh ke luar restoran.Pemandangan dari atas bukit itu amat mendamaikan jiwa dan menyejukkan matanya.Patutlah ramai insan yang berpacaran suka datang ke sini.Cantik.

“Biarlah dulu Ham.Nanti bila aku dah betul-betul sedia, aku janji aku cerita.Sekarang ni, kita order makanan dulu.Tadi kau kata kau laparkan?”Sedaya upaya dia cuba mengelak dari bercerita tentang apa yang beraja di fikirannya saat ini.Sebenarnya,dia belum bersedia.Dia malu untuk meluahkan rasa yang terpendam dalam lubuk hatinya sejak sekian lama.

Selesai memesan satu set Spagheti Chicken Carbonara dan Lamb Chop dari pelayan restoran itu.Tiba-tiba Irham bersuara.

“Carl, cuba kau tengok tu, manis sungguh.Sorang-sorang pulak tu.Tunggu siapalah agaknya tu ye? Mustahil untuk perempuan secantik itu untuk belum berpunya kan Carl? Mesti Cek Mek Kelate ni.Orang kata selalunya yang lemah lembut dan manis-manis macam ni cik mek kelate je.”Tambah Irham berseloroh.

“Kalau dah cantik tu Ham,tak kiralah dari manapun.Tetap cantik juga Ham.Begitu juga kebaikan seseorang.Dan jangan terlalu yakin dengan luaran seseorang Ham.Jangan nak beza-bezakan sangat.Racist jadinya nanti.Disisi agama semuanya sama.Kau ni beelajar tinggi-tinggi,percaya jugak benda-benda macam ni.Pakai logic Ham.Jangan pakai propa je.”Sampuk Haicarl Zafran tanpa menoleh sedikit pun ke arah perempuan yang diperkatakan oleh sahabatnya sebentar tadi.

“Eh,emo pulak kau ni Carl.Aku gurau je lah.Aku tahu,tak semestinya baik rupa tu tinggi akhlaknya.Tapi dari pengamatan aku,gadis itu kelihatan benar-benar baik Carl.Sangat cantik walaupun sederhana penampilannya. Cantik bertudung.Sopan aje aku tengok.Kalau aku nak buat bini nanti,aku nak cari yang macam tulah.Sedap mata memandang.Mesti mak aku suka dan redha dengan pilihan aku.”Ujar Irham sambil tersenyum sumbing.

“Amboi!Pandai pulak pilih calon bini nak yang baik-baik je kan?Tapi perangai kau masa kat oversea dulu macam apa kau tak nak fikir pulak.”Sindir Haicarl Zafran pada sahabatnya itu.Seingatnya sepanjang mereka belajar di National University of Ireland, Galway dulu, Irham kerap berpeleseran dengan mana-mana perempuan sahaja.Tidak kiralah apa bangsanya.Asalkan kehendaknya diturutkan, dia rela.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience