BAB 6

Romance Completed 7300

“Maksud kau terima Haicarl Zafran sebagai suami aku?Aku tahu mereka banyak berbudi pada aku Bai.Tapi soal hati,cinta dan kasih,haruskah aku menurut segala yang direncana untuk hidupku demi membahagiakan orang lain.Andai kuturutkan jua kehendak mama dan papa aku pun,bagaimana dengan Syakir Haziq?Aku tahu sikapnya kadang kala sambil lewa.Tapi kasih sayangnya dapat aku rasa Bai.Dia lelaki baik.Mana sanggup aku melukakan hati dia.Melukainya beerti aku menyayat hatiku sendiri”Rintih Nur Mia Qistina.

Dia tidak sanggup kehilangan Syakir Haziq.Lelaki itu sangat istimewa dalam hidupnya.Susah senang selama mereka menjadi penuntut di universiti yang sama dikongsi bersama.Walaupun Syakir Haziq lebih awal menamatkan pengajiannya.Mereka tetap berhubung. Terlalu banyak yang Syakir Haziq korbankan untuknya.

Wang pengajian dan pelbagai kos selama dia masih menuntut ditanggung oleh Syakir Haziq memandangkan wang sakunya dari keluarganya waktu itu kurang mencukupi.Namun dia jarang bercerita soal itu pada keluarganya.Syakir Haziq lah yang menjadi penyelamat bila terpaksa membayar hutang pengajian yang tertunggak.Apa yang dia tahu,Syakir Haziq sentiasa ada untuknya.Bukan sahaja dari segi kewangan,tapi juga sebagai pendorong semangat untuk dia terus berjaya.

“Hurm..Bagi aku Qis,andai benar Syakir sayangkan kau,dia akan cepat-cepat menjadikan kau suri dalam hidupnya Qistina.Korang dah dewasa dan dah cukup matang.Dua-dua dah ada kerjaya.Apalagi yang korang tunggu?Aku ni yang baru tiga bulan bekerja pun dah nak kahwin.Dalam Islam pun berkehendakkan yang halal Qis.Kau lebih tahu tentang itu dari aku.Kau yang selama ini menjadi penasihat aku.Jaga pergaulan dan macam-macam lagi.Determine you prioritiy and focus on it Qis” Tanpa henti dia cuba menyedarkan sahabatnya itu.

Dia tidak mahu sahabatnya itu terus-terusan dibelenggu masalah.Bukannya dia tidak menyukai Syakir Haziq,tapi cara Syakir Haziq itu kurang disenanginya.

“Kahwin bukan sesuatu yang senang Baiduri.Bukan semudah sebaris ungkapan.Kalau boleh kita nak semua tu berlaku sekali je seumur hidup.Banyak yang perlu kita fikirkan.Betul rezeki akan datang jugak nanti.Tapi kita perlu membuat perancangan yang teliti.Aku tau Syakir tak mahu perkahwinan kami nanti menjadi bebanan.Bagaimana andainya kami dianugerahkan anak yang ramai tapi tak bersesuaian dengan pendapatan kami.Ya,mama dan papa aku,begitu jugak mummy dan daddy Syakir orang senang.Tapi sampai bila kami nak menumpang harta mereka sedangkan aku dan dia boleh cari harta sendiri.

“We need a better shelter for the future.”

“Kalau itu kata kau Qis, aku tak boleh nak cakap apa-apa dah.Setiap orang berbeza caranya.Cuma aku harap kau tak menutup kekurangan Syakir dengan kata-kata kau ni Qis.Berbaliklah pada agama.Halal itu jaminannya pahala dan syurga.”

“Aku tak menutup pekong sesiapa Bai.Ya, dari segi agama halal itu satu kemestian.Tapi Bai,andai halal itu memberi

impak yang buruk pada institusi keluarga apa maknanya?persediaan mental dan fizikal penting Bai.Sabar itu indah.InsyaAllah aku bakal bahagia.Mungkin bahagia aku sedikit lambat.Cuma,sebagai manusia biasa,ada masanya kita mengeluh dengan nasib kita.”

“Susahla cakap dengan peguam tak berdaftar macam kau ni Qistina.Ada saja jawapannya.Apapun, jangan kau boikot pulak tak datang majlis kahwin aku dengan Zamir nanti.”

“Eh, ke situ pulak kau ni.Mestila aku datang.Korang berduakan kawan baik aku.Tapi tak sangkakan.Dah macam-macam yang kau lalui sepanjang kau dengan zamir bercinta.Sejak di bangku sekolah lagi.Dah lapan tahun korang bercinta, hampir dua tahun korang putus dan akhirnya tetap bersatu.Itulah jodoh namanya kan? Aku tumpang seronok untuk kau Bai.Lagi seminggu kan?”

“A..ah Qis,lagi seminggu aku bakal bergelar Puan Izzatul Baiduri,Isteri Zamir Asyraf.”ujar Baiduri.Tampak benar riak gembira dan teruja di wajahnya.Qistina hanya cuba memaniskan wajah .Tidak mahu menghilangkan gejolak rasa bahagia di hati sahabatnya itu.Dari matanya tergambar segala pedih dan duka.Namun dia masih tetap tersenyum..“Aku doakan kau bahagia sampai ke syurga wahai sahabatku”. Hanya itu yang mampu dia titipkan buat temannya itu.

“Daddy nak Syaq uruskan company kita.Abang kau Syahid tu tak boleh diharap langsung.Beria-ia dia bekerja dengan company lain.Menjana pendapatan untuk company bangsa lain,bangsa sendiri terbiar.Gaji tak semengah pun.Tengokla tu,dah berumur 30 tahun pun masih belum berkeluarga.Duit tak pernah cukup.Anak dara orang dibawak ke hulu ke hilir.Entah bilala duit dia tu nak cukup.”Bebel Dato’ Mahadi pada anak lelaki keduanya. Syakir Haziq merasa sangat tertekan tika ini.Dia terpaksa mendengar segala leteran ayahnya yang sepatutnya ditujukan kepada abangnya Syahid Alwi.

“Tapi daddy,Syaq dah selesa bekerja dengan Indiwira Holding.Dan syarikat tu pun milik bumiputera.Syaq nak build up diri Syaq dulu kat situ Daddy.”

“Daddy tak kira!Siapa lagi yang nak uruskan syarikat keluarga kita tu kalau semua anak-anak nak lepas tangan? Daddy tak percaya dengan kakak-kakak kau dan adik perempuan kau tu.Perempuan, apa yang mereka tahu!”Ujarnya Dato’ Mahadi tegas.

Terkilan sungguh Syakir dengan kata-kata bapanya.Begitu rendah diri seorang perempuan dimata daddynya.Dia tahu,jarang dikalangan orang berpangkat seperti daddynya yang mementingkan agama.Berbeza dengan daddynya yang terlalu menitikberatkan soal itu terhadap keluarganya.Dia kadangkala berbangga dengan cara hidup mereka.Moden,tapi taklah keterlaluan.Masih ada batas-batas yang dijaga.

Namun setebal manapun amalan seorang hamba Allah, tanpa menghormati orang lain,memperkecilkan keupayaan orang lain,amalannya seolah-olah sia-sia.Ingin sekali dia menegur bapanya itu.Tapi dia hanya seorang anak.Sudah sifatnya yang memang jarang sekali membantah.

Syahid Alwi sememangnya memang tidak tinggal bersama keluarganya di rumah agam itu.Dia memang malas untuk mengikut segala rentak dan kehendak bapanya Dato’ Mahadi. Lantaran itu dia lebih rela menyewa.Dia sedar tindakannya bakal mebebankan adik lelakinya.Tapi dia juga tidak sanggup diperkecil-kecilkan oleh ayahnya sendiri.

Baginya, dia ada hak untuk menentukan siapa dirinya kelak dengan caranya yang tersendiri.Dia tahu dia tidak sebaik adiknya Syakir Haziq.Dia cukup kagum dengan satu-satunya adik lelakinya itu.Terlalu menurut.Tapi dia Nampak jalan hidup adiknya itu sedikit mudah berbanding dirinya.Mungkin itulah berkat namanya.Bukan niatnya untuk menjadi anak derhaka.Yang pasti,dia mahu bebas dalam menentukan hidupnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience