BAB 23

Romance Completed 7300

Setahun menyulam kasih,dia sekali lagi diserang penyakit aneh.Sihir yang ada dalam dirinya kembali merebak.Malah ibunya yang sudah tua turut terkena.Apa yang dia tahu,Deeba Maryam beransur pulih dan kembali mengingatinya.Oleh kerana itu,ibunya menyihir Deeba Maryam dan dirinya buat kali kedua.

Betapa besar ujian buatnya saat itu.Dia terpaksa menjauhkan dirinya dari Nur Mia Qistina walaupun gadis itu dicintainya sepenuh hati.Dia tidak mahu Nur Mia Qistina turut terkena sihir itu.Dia tidak mahu gadis itu menderita.Dia mahu Qistina bahagia.Dia sedar Qistina terseksa selepas kehilangannya.Namun dia miliki sebab yang kukuh untuk itu.

Dia tidak mahu mebebankan Nur Mia Qistina.Gadis itu mampu memiliki lelaki yang jauh lebih sempurna dari dirinya.Apa yang membuatkan dia makin rasa bersalah bila ibunya,insan yang paling rapat dengannya,akhirnya pergi kerana penyakit ganjil yang dihidapinya.

“Ya Allah,kuatkan aku,sejahterakan ibuku.Serta bukakanlah hati-hati mereka yang menyekutukanMu supaya bertaubat kepadaMu Ya Allah.”Lama dia berfikir dan mengingati kembali segala yang terjadi.Dia harus redha.Itu janji Allah buatnya.Moga balasannya indah suatu hari nanti.

Dia menoleh ke arah Arina Hanim yang sedari tadi menantikan jawapan dari seulas bibirnya.

“Abang tak mungkin lupakan Nur Mia Qistina Ari.InsyaAllah sampai bila-bila,kerana dia yang buat abang kenal erti sucinya seorang perempuan.Abang sayangkannya Ari.”

“Shit happens, but life goes on.Abang tak boleh hidup dengan kenangan semata-mata.Ari tau Kak Qis tu sangat bermakna buat abang bang.Tapi Kak Qis dah ada orang lain kan?Dia tak setia dengan abang.Abang kena terima hakikat tu abang.”

“Listen Ari.Ari tak boleh cakap yang Qistina tak jujur.Abang yang salah dalam soal ni.Abang yang jauhkan diri dari dia dulu.”

“Tapi bersebab kan bang?Kak Qis sepatutnya tunggu abang.”Balas Arina Hanim.Dia tidak berpuas hati dengan pernyataan abangnya sebentar tadi.Baginya Qistina perlu bersabar jika benar rasa sayang itu ada buat abangnya.

“Tunggu? Sampai bila dia nak tunggu sedangkan abang sendiri tak pernah menghubungi dia?Kalau abang langsung tak muncul,bukankah penantian dia tu sia-sia?Ari fikir tak semua tu.Ari sendiri cakap dia tunggu abang setahun and keep calling Ari kan untuk tahu abang kat mana?Tapi apa Ari buat?Ari tukar nombor supaya dia tak contact Ari kan?Abang tahu Ari buat macam tu sebab tak tahu nak bagi jawapan apa pada Qistina.Tapi Ari tak boleh salahkan Qistina.You never know how strong you are until being strong is the only choice you have.Itulah yang Qistina lakukan dan itu juga yang abang buat sekarang Ari.Abang sedang berusaha untuk terima hakikat dan redha.Kita manusia biasa.Tapi jangan mudah menuding jari pada orang lain Ari,it’s not good for u and for anyone.” Panjang bebelan Haicarl Zafran pada adiknya kali ini.

Dia tidak mahu adiknya cepat meletakkan kesilapan sepenuhnya pada orang lain tanpa menilik diri sendiri.No ones perfect.Arina Hanim sekadar membatu.Dia akur dengan kebenaran kata-kata abangnya tadi.

“Daddy tak izinkan Syaq kahwin dengan perempuan tu.Kita tak tahu asal usul sebenar dia Syakir.Lagipun ramai lagi perempuan yang serumpun dengan kita.”

“Tapi daddy,Qistina juga bangsa kita.Agama kita Daddy.”

“Tapi dia orang pantai timur.Mindanya terbantut sedikit.Apapun daddy tak setuju.Syaq pun baru saja bekerja di syarikat daddy.Banyak lagi benda yang Syaq perlu fikirkan.Bukan soal perkahwinan.”

“Tapi daddy…”

“Dah, I don’t want to hear anything right now.”

“Sama ada daddy restu atau tak,Syaq tetap akan berkahwin dengan Qistina.Dari kaki Syaq sebesar tapak tangan Daddy lagi Syaq turutkan segala kehendak daddy.Syaq cuba buat yang terbaik.Dari segi pelajaran,pekerjaan and the latest one,soal kahwin pun daddy still nak tentukan?Apa ni daddy?Mana hak Syaq pada diri Syaq sendiri?Sampai bila Daddy?Setiap rasa kasih yang wujud di hati kita adalah anugerah Allah.Daddy juga pernah muda daddy.Pastinya daddy juga pernah rasa semua ini.Bukan senang untuk daddy dapatkan mummy bukan?So fahamla Syaq daddy untuk kali ini.Bukan niat Syaq nak jadi anak derhaka.Cuma Syaq tak nampak di mana silapnya kalau Syaq mengahwini perempuan yang Syaq pilih ni.Percayalah hanya dia yang terbaik untuk Syaq daddy.”Buat pertama kalinya Syakir Haziq membantah.Bukan niatnya untuk menderhaka.Tapi dia mahu menjadi manusia dewasa yang sebenar dan tidak hidup di bawah telunjuk semata-mata.Apatah lagi dia tahu apa yang dia ingin lakukan ini adalah yang terbaik di sisi Allah.

Dato’ Mahadi terkesima dengan lontaran kata dari anak lelakinya yang seorang ini.Tidak disangkanya anaknya itu selama ini banyak memendam rasa.Sedikit sebayak rasa bersalah timbul dibenaknya.Dia perlu berfikir panjang kali ini.Ya benar,perkahwinannya dulu dengan Datin Syamsiah bukan sesuatu yang mudah.Malah lamaran pertamanya pernah ditolak kerana Datin Syamsiah menyukai lelaki lain.Dia sendiri pernah menangis kerana terluka.Namun kerana jodoh,Datin Syamsiah menerimanya selepas dikecewakan oleh lelaki yang dicintainya.Walaupun dia hanya menjadi pilihan kedua,dia puas,kerana hajatnya untuk memperisterikan Datin Syamsiah tercapai.Maklumlah,Datin Syamsiah pada zaman mudanya sangat jelita.Dia terpaksa bersaing dengan yang lainnya.

“Qistina, why are you keeping distance from me? Qis dah tak sayangkan Syaq? Why dear? I love you.You know that right?”

“Please don’t expect me to always be good, kind and loving.There are times when I will be cold and thoughtless and hard to understand.”

“Do you mad at me?”

“Nope. I just need a time.”

“Qistina, I wanna marry you by hook or by crook.”

Segera Qistina menoleh memandang lelaki yang dicintainya itu.Terkesima dirinya dengan kata-kata yang sudah lama dinantikan itu.

“Are you sure about that?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience