BAB 14

Romance Completed 7300

“Oh, waalaikumussalam.Ingatkan kenapa tadi.Jomlah ke depan sana Qis.Zalia,Usop,Rafiq pun ada kat sana.Qistina

memandang dari jauh.Ada dua orang anak kecil di meja tersebut.Anak Rafiq mungkin.Zalia pun sudah membusung,menunggu hari untuk kehadiran orang baru agaknya.Rindu benar dia pada sahabat-sahabatnya itu.Tapi dia segan,mereka semua masing-masing sudah berkeluarga.Tapi dia,masih sendiri.Namun digagahi jua kakinya melangkah ke sana.

“Hai semua.”

“Hey Qis,cantiknya kau sekarang.Dulu masa sekolah,bukan main tembam lagi.Menyesal aku tak tekel kau dulu.”Usik Usop.

“Tengok tu lia suami kau,gatal bukan main lagi.Padahal dah nak jadi bapak tu”Balas Qistina pula.

“Aku dah biasa Qis dengan perangai gatal suami aku ni.Tapi hati dia baik.Curang depan mata ni takpe Qis.Aku takut main belakang je.”Ujar Zalia sambil mengerling ke wajah suaminya.

“Ha, dengar tu Sop.Aku tak jamin yang kau akan selamat dengan warning yang Lia bagi tadi.”Mereka sama-sama tergelak.

“Kau bila lagi Qis?Aku dah dua orang dah ni.Buah hati kau pun mane?”Soal Rafiq pula.

“Belum rezeki aku Fiq,nantilah.Kalau ada nanti aku jemput ya.”

“Asyik bertangguh je kau ni Qis.Umur kita bukan makin muda pun.Kau tu perempuan.Tak elok kahwin lambat-lambat.Susah nak beranak nanti.”Usul Zalia pula.

“Semua tu kerja Allah Lia,kalau sampai jodoh aku.Aku tak mampu nak tolak pun.Kalau tiada kata Dia,maka tak kahwinlah aku.”Mereka semua terdiam.Kata-kata Qistina itu ada benarnya.Bagi Qistina pula,bukan dia tidak mahu.Dia sendiri dah lama bersedia.Cuma ketentuan Allah tiada siapa dapat mengubahnya.

“Jom bergambar semua.”Laung Baiduri dari singgah sana.Mereka berjalan ke arah pelamin nan indah berona biru lembut.

“Boleh saya join sekali.”Tiba-tiba hadir satu suara di sebelah Qistina.

“Syaq?Awak kata..”

“Qis mesti suka kan apa yang Syaq buat ni?”.Qistina tersenyum senang.Baiduri yang melihat senyuman di wajah

sahabatnya itu turut tersenyum dan menarik nafas lega.

“Qistina??? Sekali lagi kejadian tak diduga berlaku.satu pertemuan yang tak disangka-sangka.Tapi siapa lelaki disisinya itu.Tampak gembira benar wajah Qistina di samping lelaki itu.Apapun terjadi,ini peluang aku untuk menegurnya.

“Qistina..”

“Eh,abang Haicarl,apa abang buat kat sini?”

“Macam Qis,datang kenduri.”

“Oh,maaf.Maksud Qis abang kenal Zamir ke?sebab setahu Qis,abang Cuma kenal Baiduri melalui cerita Qis je.Maaf

sebab Qis bertanya”Segera dia membetulkan katanya.

“it’s okay Qis,Zamir tu sepupu kawan abang.Dia minta abang temankan dia datang wedding ni.Tak sangka pulak yang kahwin tu Baiduri kawan baik Qis.Banyak betul kebetulannya.”

“Oh begitu.Kerja Allah bang.Abang dah makan?”

“Belum.baru je sampai ni.Kawan abang pergi cari makciknya sekejap tadi.Qis dah makan ke?Kalau belum,jomlah makan

sama.”Pelawanya.Qistina serba salah.

“Belum abang.Tapi..”

“Sayang,jom makan.Eh,ada kawan,takpelah,Qis borakla dulu ya.”Haicarl sedikit terkejut.

“Kejap Syaq.”

“Ya,ada apa?”

“Kenalkan,ni Abang Haicarl.Abang Carl,ni Syakir Haziq.”

“Hai,saya Syaq.”

“Haicarl”Ujarnya sedikit gugup.Bukan takut,tapi sedikit terkejut.Pastinya usahanya untuk mendekati Qistina bakal sia-sia.

“This is..” Bisik Syakir halus ke telinga Qistina.

“Yeah”die memotong pertanyaan Syakir Haziq.

“Tak apalah.Abang pun nak cari kawan abang ni,Irham.Dah lapar rasanya ni.Abang pergi dulu ya.Syaq saya minta diri.”Syakir Haziq menganggukkan kepalanya.

Matanya melilau mencari sahabatnya Irham.Terasa sebal dan macam-macam di dadanya tatkala melihat kemesraan Nur Mia Qistina dan lelaki yang diperkenalkan sebagai Syakir Haziq tadi.Tak dapat dinafikan lelaki itu baik tingkahnya.Ada rupa dan sangat sesuai bila mereka dilihat bersama.Dia tahu impiannya sedang terbang pergi.Tapi dia mahu Nur Mia Qistina bahagia.

“Ham,jom kita balik”

“Eh kau ni Carl,Kita baru je sampai.Makan pun belum lagi ni.Takkan tiba-tiba je dah nak balik”.Sebenarnya,nafsu makannya hilang tatkala Qistina memperkenalkan Syakir Haziq padanya.Sengaja dia memberitahu Qistina dan Syakir yang dia lapar tadi untuk melepaskan diri dari belenggu rasanya saat itu.Panggilan sayang yang diungkapkan Syakir

Haziq pada Qistina menguatkan lagi rasa gundahnya.

“Aku rasa tak sedap badanla Ham.Jom kita balik”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience