BAB 31

Romance Completed 21641

“Nasran, nanti kalau dah study kat sana sure akan lupakan I”

“Ishh siapa lah nak lupakan my cutie ni? Lesung pipit di pipi. Kulit putih melepak. Suka buat lawak. Sentiasa menghiburkan. Dan yang penting jujur dan setia. Nas pasti akan rindu kan you”

Hmm itu lah kata-kata suwiiitt sangat dari Nasran. Kalah gula. Aku tak ingat bila dia menghilangkan diri. Seingat aku setahun lepas tu aku sakit kuat. Bila dah sembuh nama dia pun aku dah tak sebut.

Agaknya dia pun dah kahwin. Aku pun dah tak kesah. Dalam hati aku cuma ada boss. Hai lah Manisah yang ada dalam hati itu milik orang lain Manisah.

Lama juga mereka sembang dalam tu. Kejap-kejap aku dapat dengar gelak tawa mereka. Wah mengumpat aku agaknya. Manisah tak boleh buruk sangka. Buruk sangka tu perangai syaitan.

Selepas puas gelak agaknya dah kencang tali perut mereka berdua keluar. Nasran berjalan menuju ke meja aku. Hmmm salah laluan tu Nasran.

“Cutie. Later kita lunch sama-sama boleh?”

Belum sempat aku mengangguk atau menggeleng boss dah sampai ke meja aku.

“Emm sorry Nas. Lunch ni Manisah terpaksa teman kan aku sebab lepas lunch kita ada meeting kat head office”

Sejak bila pula aku ni ikut dia meeting sana sini. Aku ni sekali tu saja lah sebab jadi bidan terjun. Tengok Juwita pun ada tercongok. Pelik betul boss ni.

“Oh ye ke? Tak apa. Kita dinner ?”

“Sorry again my friend. Kita ada OT today. Esok ada presentation dengan client. “

Nampak tegas raut muka boss. Takut nya!

“Cutie, tak apa malam ni kita sembang sampai tertidor ok. I rindu”

Nasran kenyit mata. Aku terasa malu. Ye lah depan boss tu. Kena respect la walau dia nak mengorat.

“Ok Nas. Dari tadi melayan awak. Aku dah nak buat kerja. Manisah boleh hantar kan file ref./14 to my office now?”

Nasran cebik bibir.

“Cutie kalau dia buli you bagitau I . Ok talk to you later. Bye”

Aku dah masok menghantar file yang di kehendaki boss ke dalam ofis nya. Nasran dah balik agaknya.

Baru aku nak keluar dari ofis boss terkejut juga aku dah ada suara boss depan mata aku.

“Hmmm senyum memanjang nampak. Bunga-bunga cinta kembali mekar?”

Pelik. Cakap tapi tak pandang aku. Malas lah nak layan orang kepala angin ni. Kalau aku keruk-keruk belakang dia dengan duit syiling entah berapa kali agaknya dia sendawa.

“Eh minah. Saya cakap dengan awak lah bukan dengan dinding !”

Hmm nak layan ke tak ni?

“Boss tadi boss cakap tengok file. Ingat boss tengah sembang dengan file tu. Cakap dengan saya ke boss? Sorry tak perasan “

“Ok sorry. Manisah. Later lunch dengan I boleh?”

“Ok boss. Terus pegi HQ kan? So nak bawa apa document? By the way Juwita tak ikut?”

“Nope. Awak dan saya sahaja. Dah pergi kerja. Document tak perlu bawa. See you later”

Aku ni tengah fikir logicnya. Dah la aku bukan secretary dia. Suruh aku attend meeting bawa badan. Apa punya meeting macam ni. Macam nak pergi dating pulak.

“Manisah. Angan-angan lagi? Tercegat dari tadi ni kenapa? Ingatkan NASRRANN?”

Ish boss ni siap di tekan kan pula nama Nasran.

“Angan-angan itu free boss. Ok saya keluar dulu”

Lagi lama aku dalam ofis dia lagi banyak dia menyakitkan hati aku. Nak kata datang bulan dia lelaki. Hmmm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience