BAB 35

Romance Completed 21641

Sampai saja aku di pantai aku dapat merasakan ketenangan. Penawar yang ALLAH berikan melalui alam.

Aku suka pejamkan mata. Menghirup dan menikmati udara yang segar. Tiupan angin yang menyapa terasa tenang. Terapi paling berkesan bagi ku.

Ku undang redha melalui sabar

Angin..

Datang tenang atas sapaan mu

Deruan ombak ..

Datang redha atas gemersik bisikan mu

Terima Kasih Ya ALLAH

Syukur Alhamdullilah

“Manisah… maaf kalau menganggu”

Aku kenal suara itu.

Kenapa setiap kali aku cuba melupakan nya ALLAH datangkan dia. Jawapan yang terhijab. Sesungguhnya aku juga tahu ALLAH sedang menguji.

“Eh boss. Tak ada lah. Ok sahaja”

“Manisah…”

Aku tunggu ayat seterusnya namun yang ada hanya bunyi deruan ombak.

“Manisah…”

Sekali lagi. Lepas tu garu-garu kepala.

“Boss. Suka betul dengan nama saya. Ashik Manisah dari tadi cakap nya tak”

Aku nampak boss tergelak kecil. Muka merona merah. Huhuhu macam baby la pulak malu-malu.

“Manisah…”

“Ye saya di sini boss”

“Hahahaha sorry .. sorry”

“Manisah….”

Aku dah tak tahan. Aku siap besarkan biji mata aku kat boss. Tau dia gelak.

“saya nak cakap sesuatu tapi malu”

“Kalau malu tutup mata boss dan cakap”

“Hahahaha awak ni comel lah manisah. Kenapa lah Nasran sia-siakan awak dulu?”

“Boss benda dah nak jadi. Saya tak suka ingatkan. Lebih-lebih lagi hal sedih. Tak suka sedih berlarutan sebab syaitan suka datang berbisik”

“I understand. Manisah I suka awak”

Betul kah apa yang aku dengar ni. Jangan nak buat main. Esok nak menikah hari ni cakap suka aku. Dasar jantan gatal. Manusia macam ni caranya buat tak dengar saja.

“Saya pun suka boss. Sebagai boss sahaja”

Boss terdiam. Hah biar dia sedar diri sikit. Walau aku sayang dia dan cinta tahap ICU kat dia tak akan aku luahkan.

“Lagipun boss sebenarnya saya dah ada orang nak masok meminang. Esok malam perjumpaan saya dengan dia.Boss doakan saya. Saya juga akan doakan kebahagiaan boss esok”

“Ok lah Manisah. Dah lewat. See you tomorrow”

“In shaa ALLAH saya akan datang boss”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience