BAB 28

Romance Completed 21641

Angin menyapa wajah ku. Deruan ombak menenangkan jiwa.Aku mungkin gadis ceria di mata semua. Aku suka lihat orang tersenyum. Aku suka lihat orang happy walau terkadang aku terpaksa korbankan kebahagian diri ku. Dunia ini hanya sementara. Masa itu singkat. Sakit dulu mengajar aku menghargai yang lain. Menghargai ketenangan. Menghargai peluang ke dua.

Best betul kalau duduk di pantai ni. Rahsia alam ciptaan ALLAH.

Allah ciptakan mentari yang bila terbitnya di nanti kerana di dalamnya ada rezeki pada seluruh makhluk ciptaan ALLAH. Tenggelamnya juga di syukuri kerana di dalamnya ada sejuta hikmah dari maha pencipta. Masya ALLAH.

“Ehmm Assalamualaikum. Tulis apa tu?”

“Oi Conteng-conteng Makcik aku!”

Kenapa lah aku ni lemah semangat. Cepat sangat terkejut.Kalau terkejut mesti melatah kalau melatah dah pasti terkejut. Aku tengok apa yang aku tulis. Irfan! Aku dongak kepada suara yang menyapa. Alamak Boss! Cepat-cepat aku kuis-kuis nama itu .

“Eh boss. Tulis apa? Lukis lah boss. Lukis awan larat. Ingat tak dulu masa primary school kita di ajar buat lukisan bulat-bulat tanpa putuskan garisan. Macam ni lah kan. Pusing dan pusing dan pusing. “ Dengan bersungguhnya aku buat lukisan awan larat . Harap dia tak nampak apa yang aku tulis tadi.

“Ye lah tu . Boleh I duduk? “

Aku tak tahu kenapa hati ku terasa sedih . Aku senyum dan mengangguk. Aku tahu kurang dari satu bulan boss akan berkahwin. Aku rasa aku tak akan berani duduk macam ni lagi nanti. Tak boleh. Aku tau aku akan merindui lelaki ini.

“Manisah. Awak tak ada boyfriend? “

Alamak! Soalan ni. Aku dah nervous. Kalau aku nervous mulut aku lebih cepat bertindak dari otak aku.

“Boyfriend tak ada tapi peminat ramai. Hahaha tak ada lah saya main-main saja lah boss. Hmm siapa lah nak perempuan macam saya ni. Bukan orang berpendidikan tinggi. Kerja pun biasa-biasa saja. Tapi boss bukan tak ada orang nak. Ada. Hujung bulan ni dia nak jumpa saya. Tengok lah kalau saya nak jumpa. Takut lah boss. Takut kalau gigi dia hitam macam kulit kuaci”

Boss dah gelak sampai berair mata. Terkejut juga aku dia gelak siap tolak bahu aku. Aku nak gelak atau biarkan dia tolak-tolak dan tepuk-tepuk bahu aku ni.

Gelak boss dah mengendur. Tapi masih bersisa. “Manisah. Manisah. Kalau awak kahwin nanti sure suami awak happy. Ashik nak tergelak “. Lepas cakap boss gelak lagi . Boleh tahan . Stress agaknya boss ni.

“Manisah kenapa awak hanya fikir takut gigi dia hitam-hitam? Simple nya ciri-ciri lelaki pilihan you. Hanya kena gigi putih? “ . Boss sambung gelak lagi. Aku pulak tak boleh dengar orang gelak macam ni sebab aku pun terasa geli hati. Macam ada virus. Akhirnya dua-dua gelak. Bila teringat pasal gigi tu aku gelak sebab tengah bayangkan wajah boss yang tengah gelak tu dengan gigi macam kulit kuaci.

Boss tengok aku gelak. Dia kemudian dah berhenti gelak. Lama juga dia tengok aku. Aku dah tak sedap rasa. Aku cuba kurangkan gelakku. Mata aku pula dah tak boleh nak berkedip.

“Manisah.. I ……..”

Aku dah ternganga menunggu boss nak cakap apa. Mengharapkan sesuatu yang mustahil Manisah?

Tiba-tiba handphone boss berbunyi. Aku dah boleh mengagak itu Tammy.

“Ok baby. Malam nanti abang datang jemput ok. Bye”

Yang ku harap memang mustahil. Tak kan lah boss nak kata I love you kat aku sedangkan dia nak kawin . Dia pun nampak bahagia. Aku dan Tammy kalau nak di bandingkan macam langit dan bumi jauhnya. Tammy tak ada kurangnya. Aku malu sendiri.

“Manisah jom kita jalan-jalan before sunset. Dapat selfie sama-sama nanti”

Boss tarik tangan aku. Mungkin dia tak perasan . Tapi aku yang dah terlebih perasan. I’m flyiiiingggg. Aku bangun dan kalau boleh ku gengam kemas tangan itu. Boss mungkin baru tersedar. Cepat-cepat dia menarik tangan.

“Sorry Manisah. Saya Cuma nak bantu awak untuk bangun”

“Its ok boss”

Di dalam hati aku rasa macam tak nak cuci tangan lah. Macam menteri dalam cerita MUSANG BERJANGGUT .

Salah kah aku syok sendiri? Syok sendiri itu FREE.

“Manisah. Spot tu cantek untuk kita tangkap gambar. Jom”

Sekali lagi boss dengan teruja nya berlari-lari anak sambil menarik tangan ku. Oh Boss. Kau buat aku semakin parah.

Aku dah ready nak selfie. Boss pun sama.Boss keluarkan hanphone nya. Kali ni dia rapatkan badannya sedikit. Boss dah Klik dalam pada aku tengah menenung wajahnya. “Delete lah boss. Gambar sekali lagi ok. Pakai my handphone lah boss. Nak IG. Boleh tak boss? “

“Boleh saja Manisah. I am single. You pun single”.

“Ye lah boss lagi dua minggu dah tak single lagi boss tu. Tak pasal-pasal nanti saya yang kena katakan menganggu tunang orang”

Muka boss berubah. Macam hairan pun ada. Dia tengok aku mohon penjelasan. Aku malas lah nak cakap panjang-panjang sebab akan menambah pedih hati ni.

“Boss , sudah nak masuk maghrib. Jom balik. Magrib adalah waktu pagi bagi makhluk jin.”

“Manisah. Awak ni pelik lah. Entah apa-apa. Ok lah jom balik. Saya hantar awak sampai ke kereta ok.”

Aku hanya mengangguk. Berjalan bergandingan di persisiran pantai. Aku tahu aku pasti akan sakit. Aku pasti akan merindui waktu ini.

“Thanks boss temankan saya hari ini”

“Thanks to you actually Manisah. Saya yang ganggu awak tadi. Awak drive hati-hati tau. See you tomorrow”

“Insya ALLAH boss. Bye. “

Andainya dapat ku katakana I love you di hujung Bye . Alangkan indahnya.

Kaki aku ni seperti di paku-paku. Nak masok kereta ke tak ni. Saat-saat ini terasa macam terlalu cepat pulak. Boss pun sama. Dari tadi berdiri . Kejap senyum. Kejap pandang aku. Kejap nak masok kereta. Kejap tak jadi. Aku pun jadi serba salah.

“Manisah.. I…”

Aku pandang boss. Cakap lah boss. I apa. Aduhh . Tak best la macam ni. Aku ni pulak suka assume. Mesti boss nak cakap I sayang awak. Kalau betul boss sayang aku memang aku ajak dia jumpa mak bapa aku esok terus nikah.

“I balik dulu. You hati-hati tau.Assalamualaikum”

Boss senyum . Masok kereta dan berikan lambaian.

Manisah oh Manisah. Sudah lah tu. Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi manisah. Sedar diri sikit. Itu bakal suami orang. FULL STOP.

Koyak rabak rasa jantung aku setiap kali aku katakana boss bakal suami orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience