BAB 16

Romance Completed 21641

Balik kerja mak dan abah dah ready di-tengah laman. Minum petang bawah pokok. Aku terhidu bau sedap. Cucur udang kegemaran ku. Kalau macam ni lepas minum petang terpaksa lah aku pergi bakar lemak. Dan setiap kali aku cakap macam tu mak akan cakap “ badan kau tu lemak sesudu pun tak ada. Apa yang nak di buang pun mak tak tau”.

“Manisah, mak dan abah ada benda nak sampaikan”

Aku yang baru nak memasukkan cucur udang ke dalam mulut terhenti sekejap. Kalau ada sound effect terkejut dan kaku beberapa saat memegang cucur udang memang dah macam drama sinetron.

“Macam serious pulak bunyinya ni mak. Seram tau sampai naik rasa bulu roma sampai rambut- rambut Manisah sekali rasa naik ni”

“Dengar la dulu mak kamu becakap tu Manisah. Berhenti lah mengunyah tu. Mak kamu dah tak concentrate menengok nya”.

Aku tengok muka abah. Serious. Seramnya. Aku ada buat salah ke?

“Ni Manisah. Minggu lepas Maksu Aina bagitau ada orang nak masok meminang”

“Oh Maksu Aina nak kawin? Wah akhirnya. Syukur Alhamdullilah . Mesti dia selalu pergi main dam kat Warong hujung simpang rumah dia tu yang dah jumpa calon ”

“Eh budak ni! Cuba diam dulu. Cubit mulut tu baru tau”.

Aku cuma mampu mengetap bibir. Aku kan dah cakap kalau aku panic memang mulut aku tak boleh nak diam.

“Bang Aji saja lah yang bagitau”.

“Manisah, ada orang nak melamar kamu. Ha mak nya kan senang. Susah sangat dah macam drama TV ashik nak terkaku tak habis-habis”

Aku sekarang terasa macam nak pitam. Kenal pun tak pada yang nak melamar . Muda atau tua? Bujang atau duda? Tau-tau di lamar. Aku nak menjawab takut kena sound pulak. Aku ni anak yang solehah tau tak. Menjawab tu berdosa. Dan hari ini bukan masanya untuk aku nak berlawak. Muka abah pun dah macam nak menelan aku tadi tu bila aku buat lawak kat mak. Tak pasal-pasal bawah pokok bidara ni aku kena panah kilat sebab melawan. Huishh tak nak la nanti datang pula founder D’Herbs tu tak pasal-pasal dia buat iklan “EEEE Dayang Senandung. Muka je putih Tangan hitam”

Tiba-tiba aku kesihan pula kat boss aku. Kenapa? Ye lah aku dah nak di lamar ni. Nanti dia dah tak ada peluang nak ngorat aku. Hmmm Manisah sudah-sudah lah tu perasan. Aku yang angau sendiri. Sakit sendiri. Padan muka aku.

Boss, kenapa tak pernah nak pandang aku.. Boss akan rugi tau kalau tak nak mengenali aku. Aku comel boss memang akan sentiasa buat boss tersenyum . Hmm laku tak kalau aku buat resume mencari suami dekat boss macam ni?.

Pedih nya hati ini. Tak apa boss. Nanti jangan boss terhegeh-hegeh nak mengorat. Masa tu dah tak pandang siapa-siapa dah. Tengok muka suami aku sahaja. Hmm tapi….. siapa yang melamar aku ni. Eeeee jadi seram pulak. Cukup ke giginya 36 bilah? Bermisai kah? Kulit dia macam mana? Kerja di mana? Nak tanya ke tak ni?

Huhuhuuhu aku dalam dilemma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience