BAB 41

Romance Completed 21641

Petang ni aku kena kan baju dress hijau. Irfan pernah puji baju ni.

“Manisah. Cepat sikit. Abah kamu dah tunggu dalam kereta tu”

“Ye mak. Manisah Tengah cari boot Manisah. Mak ada nampak tak?”

Mana pula kasut boot aku ni. Tak pasal-pasal la kena pakai sandal. Kaki aku rasa telanjang lah bila pakai sandal. Siapa lah yang mencuri kasut boot aku tu. Kalau aku nampak siap dia aku kerja kan.

“Manisah!”

“Ye mak! Kejapp!”

Adoyai mak ni pula. Abah dah 10 minit duduk dalam kereta. Apa lah abah ni. Semangat pelik semacam.

“Bismillah….”

“Manisah, kenapa tak pakai baju kurung?”. Mak dah mula bertanya.

“Baju ni baju mak yang beli. Ambil mood baik mak. Lagipun baju ni sopan juga tak semestinya baju kurung.”

“Mak nya, betul kata Manisah tu. baju tu sopan. Biar lah tak perlu di bebelkan sangat. Bukannya pun nak pergi menikah”

Sporting pula abah aku hari ini. Sayang abah .

Sepanjang perjalanan yang aku dengar abah cerita pasal kalau aku kawin. Kalau bersanding. Ya ALLAH berbunga-bunga cinta aku mendengarnya. Seram sejuk pun ada. Kalau Irfan tak nak ka aku apa nak jadi pula kat angan-angan mak dan abah? Taka pa akan aku paksa Irfan. Hahahaha ganas nya aku.

“Alhamdullilah dah sampai pun kita.”

Maksu Aina senyum lebar.

“Alhamdullilah dah sampai. Nasib pun dia belum datang lagi tapi dia call tadi cakap on the way. Sekejap lagi sampai lah tu”

Tiba-tiba hati ku gundah. Berdebar. Zikir Manisah. Jumpa saja. Lagipun Mak dan abah dah cakap tak nak taka pa.

“Manisah kamu pergi masuk duduk dalam bilik dulu. Nanti bila dia datang maksu panggil kamu”

Aku angguk. Lutut aku dah lemah. Haishh terasa macam orang nak kena lamar. Gelisah nya

Belum lama aku dalam bilik aku dengar bunyi gelak-gelak kat luar. Suara Maksu Aina menjemput masuk. Dia dah datang. Seram nya.

“Manisah. Mari lah. Dia dah datang”

Ya ALAH aku nervous ni. Sungguh nervous. Jalan pun tunduk-tunduk. Haishh mengada lah kau Manisah dah macam orang nak menikah. Aku nak angkat muka tapi aku takut.

“Assalamualaikum. Hi Manisah”

Aku terhenti. Aku tak berani angkat muka. Suara itu lagi? Suara itu?

“Manisah… I…”

Aku berani kan diri mengangkat muka.

“Irfan? Irfan Iskandar?”

Irfan hanya mengangguk.

Di tangannya ada sepasang kasut boot. Itu boot aku. Baru aku ingat yang aku tertinggal kasut semasa di rumah Tammy.

Muka aku pun dah merah. Malu ada . Happy ada. Macam-macam ada

“Manisah…. I…..”

Selalu sangat dah boss ni tak habis kan ayat. Ni yang buat aku geram.

Boss tenung aku. Aku tenung boss. Mak, abah dan Maksu pun melopong.

Aku senyum. Boss senyum. Tanpa kata-kata.

“Manisah. Boot awak ni berat”

Benci lah boss ni. Baru je aku nak prasan aku ni Cinderella.

“You are my bootirella”

Aku Cuma tersipu malu. Eeeee berbunga jiwa dan raga ku .

Saat indah. Boss tenung aku. Aku tenung boss.

“Kenapa boss tak bagitau awal? “

“Pernahkah Manisah beri kesempatan pada saya untuk mengatakan segalanya”

“Boss tu slalu lambat tempo!”

“Awak tu suka buat assumption”

“Boss yang buat saya rasa macam tu”

“Awak yang suka berperasangka”

“Ok dah dah. Im sorry. Panggil I Irfan or apa saja asal jangan panggil I boss lagi”

Aku mengangguk. Ya ALLAH . Terima k asih ya ALLAH.

“Emmm Manisah. Ni ke boipren kamu”

Alamak! Mak aku dah masok dialog. Aku dah malu sendiri.

Manisah …. Sudikah awak …”

“SUDI BOSS!!”

“KEPOP!”

Aduhhh sakit nya kepala aku. Tak pasal-pasal mak aku dah ketuk kepala aku dengan talam. Ya ALLAH mak depan Boss pulak tu.

“Tak senonoh lah kamu ni Manisah. Awak tu perempuan. Cuba sopan dan sabar sikit”

Aku bukan tak sabar. Tapi aku takut aku kehilangan dia lagi. Hahahaha tak nak. Aku nak boss! Aku nak boss!

Semua dah gelakkan aku. Termasok Irfan Iskandar. Amboi kepala aku ni sakit tau!

Alhamdullilah . Secara rasmi nya hari ni aku ada lah kekasih Irfan Iskandar. Bulan depan kami bertunang . Aku lah Bootirella. Yippeeeee!!!!!!!

“Irfan, jom selfie”

#muncunitupenting

Ini bukan pengakhiran cerita ku. Ini adalah permulaan. Akan teruskah pelangi indah mewarni hidupku? Atau akan datangnya ribut dan badai?

Seribu persoalan terkadang tak perlukan jawapan bila dua hati menjadi satu. Kebetulan? Lupakan tentang kebetulan dan bagaimana ia dipertemukan kerana itu semua kerja tuhan, satu yang perlu kau yakin dan tahu, ini semua adalah anugerah dari Dia, memberi sekeping hati yang sarat dengan cinta. Anggap saja hati menjadi enjin yang menghidupkan cinta antara kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience