BAB 9

Romance Completed 21641

Sudah seminggu insiden “PESTA SONGKRAN” berlalu. The first and the last boss aku call aku. Rasanya memang aku perasan sendiri. Di ofis pun boss buat macam biasa. Memang keperihatinan boss hanya antara majikan dan pekerja.

Wake up Manisah. Yang indah itu hanya dalam drama.

Hmmm siapa la @ImWatchinYou yang follow aku kat IG ni. Semua gambar dia like. Sampai gambar tissue putih terpakai yang aku share dengan caption “ nasib aku bukan tissue “ dan hashtag #tissueinibukanaku pun dia LIKE. Dia ada comment satu .Dekat gambar kasut boot aku. Rasanya gambar yang pertama dia like. Tapi comment pun entah apa-apa. “Are you working with oil and gas company?” . Rasanya tak perlu aku jawab. Tak kan lah aku kena kerja kat syarikat minyak baru boleh pakai kasut safety.Aku punya suka lah. Hmmm dia ni mesti attention seeker. Ye lah aku tengok follower dia pun Cuma 40 tu pun semua mostly online bisness. Gambar yang dia share pulak entah apa-apa. Profile picture gambar kaki gorilla.

Macam biasa sebelum kerja, IG dulu. Hari ni aku gambar tepi mata aku dengan melirik ke tepi.

Caption :

Andai tepi mata ini tajam dah lama manusia buta sebab suka “berpandangan” dari sudut tepi.

Ada mata lihat yang lurus..

Jangan membuat andaian hanya melihat dengan mata..

Belajar lah melihat dengan mata hati. Insha ALLAH

SweetSa – Aku bukan siapa-siapa #darikantaku #tintakuberbicara

Dan.. SHARE!

“Mak, abah, Manisah pergi dulu. Kalau ada pesan apa-apa call Manisah nanti ye. Bye mak, abah. Lop you many-many. Assalamualaikum”.

Yang penting kena bagi Peace dulu dan senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience