BAB 32

Romance Completed 21641

Sibuk jugak aku hari ni. Best kalau banyak kerja. Productive day. Tengok jam dah pukul 12.05 tengahari. Perut aku ni pun dah lapar. Mana boss ni tadi cakap nak lunch. Kalau tak nak aku boleh je pergi restauran kat bawah tu.

“Jom Manisah. Kita lunch”

Hmmm ada pun.

Sepanjang dalam perjalanan masing-masing diam melayan perasaan. Tegang pula rasanya. Ah lantak lah. Malas aku nak layan kepala angin boss.

Sampai kat restauran dan pesan makanan kami masih diam. Rimas pula aku.

“Manisah..”

Hmm bersuara pun. Aku tunggu sahaja apa yang boss nak cakap.

“Awak masih sayang Nasran?”

“Kenapa boss? Kalau masih sayang kenapa? Kalau tak kenapa?

Aku dah jadi rimas dengan soalan itu.

“Manisah. Awak suka saya tak?”

Semakin gila soalan boss ni. Satu pun belum aku mampu nak jawab sekarang soalan yang satu ni. Ya ALLAH berikan lah aku kekuatan hari ini.

“Boss, saya lapar la. Otak tak boleh nak berfikir bila lapar”

Boss senyum hambar. Tapi ini lebih baik dari boss naik angin. Takut ooooo

“Wah makanan boss nampak sedap”

Boss senyum.

“Manisah nak rasa ke?”

“Boleh ke boss?”

Belum sempat aku nak minta izin merasa boss dah dekatkan sudu ke mulut aku. Makan bersuap? Alamak. Bestnya boss suap aku . Mulut aku dah nganga sebelum otak aku bagi arahan. Dasar gedik betul lah!

“Sedap tak?”

Aku mengunyah dan mengangguk. Sedap tu sebab suapan dari tangan boss.

Boss pandang tepat pada aku. Aku terasa tak mampu nak mengunyah. Mata ku pun dah mula tak berkedip. Indahnya pemandangan ku saat ini.

“Manisah.. kalau sekiranya kita di takdirkan bersama macamana?”

Jantung aku dah tak keruan. Soalan demi soalan hot seat boss tujukan.

“Boss kita tak perlu berangan. Jodoh boss dah di takdirkan. Rasanya saya tak perlu menjawab hanya untuk melambungkan perasaan diri sendiri”

“I just don’t understand you”,Boss mengeleng kepala.

Suasana terus terasa tegang. Boss andainya kita di jodohkan aku lah manusia yang paling gembira dan bahagia. Tapi untuk apa aku jawab itu? Sedangkan aku tahu aku tak akan melalui saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience