BAB 27

Romance Completed 21641

“Thanks Manisah temankan saya dalam meeting tadi. Tolong berikan details kepada Juwita lepas ni ok.”

Aku Cuma menganggukkan kepala. Ye lah kita kena professional kan. Tak kan lah pasal kerja pun aku nak ter gedik-gedik. Not my style.

“By the way , Manisah kita singgah dulu ofis Tammy”

Hati ku dah mula sakit. Hmmm macam ni agaknya rasa hati perempuan-perempuan simpanan. Hah padan muka. Sakit cari sendiri. Tapi aku lagi parah. Aku SYOK SENDIRI. Kalau hati perempuan simpanan sakit macam ni hmm bayangkan la hati insan-insan yang di rampas kasih sayangnya… Macam bestfriend Maksu Aina. Cerita itu lah yang sering aku ingat. Aku tidak mahu jadi perempuan perampas. Belum mak aku botakkan kepala aku sudah pasti maksu Aina yang mengamuk dulu. NO! NO!

“Hi Manisah”

EH Tammy. Dah sampai rupanya kami.

“Hi Tammy. Apa khabar?”

Aku Cuma berbasa basi. Bukan aku benci Tammy tapi aku malu pada diri sendiri. Aku mencintai bakal suami kawan aku sendiri. Tammy.. Boss.. tak perlu tahu. Akan aku tanam dalam-dalam perasaan aku ni.

“Orang tengah happy Manisah. Tengok lah seri pengantin kat wajah dia tu”

Wow . Boss puji Tammy. Best nya andai boss puji aku. Aku lihat senyum an Tammy .Aku di datangi rasa bersalah.

Tammy pula gedik macam biasa. Pegang-pegang. Sengeh-sengeh.

“Nah dalam ni my wedding gown. Tolong hantar balik kat butik ok. Tadi Tammy dah call”

“Besar lagi ke? You diet lebih sangat ni. Ok baby nanti balik kerja abang hantarkan”

Abang. Hmm aku kalau kawin dengan boss tak nak lah panggil abang. Nak panggil apa? Nak panggil Arjuna. Eyewww hahahaa meremang bulu roma aku. Kau ni dah mabok cinta dah Manisah oi.

Aku nampak Tammy salam cium tangan boss. Romantik nya. Luka , bengkak dan bernanah sudah rasa hati ini. Semoga berbahagia hingga hujung nyawa. Aamiin.

Sebelum berlalu Tammy siap tinggalkan pesan.

“Jaga dia tau”

Hmmm Tammy. Itu lah masalah perempuan ni. Percaya sangat dengan kawan sendiri siap suruh jaga bakal suami. Bahaya tau tak Tammy? Aku ni dah bernanah menahan dugaan-dugaan dan panahan cinta ni. SAKIT TAU TAK?! Takut aku terlebih jaga boss ni nanti.

Sepanjang perjalanan aku hanya melayan perasaan. Boss pula bersiul-siul. Happy lah tu lepas jumpa Tammy. Dia tengok aku senyum. Aku senyum balik. Baik aku buka IG . Apa khabar si Kaki Gorilla. Terasa nak menyakat.

Buka IG kaki Gorilla. Nampak dia post gambar pantai. Macam pantai tempat aku pergi selalu. Memang sah. Teringin juga aku jumpa mamat ni. Macam mana la rupanya.

Hmm caption yang menarik.

“Bila rindu ku sampaikan pada bayu.”

Hahaha kejap kau Gorilla.

“tak perlu pergi pantai kalau rindu sebab bayu tu kawan aku ”

Akhirnya dah sampai pun pejabat. Malas lah nak tunggu boss. Baik aku jalan terus.

“Manisah. Wait..”

Aku menoleh. Terasa rambut aku terbang-terbang di tiup angin. Wah just right on time. Moment yang aku tunggu. Sinar matahari dan rambut di tiup angin. Huhuhu terasa macam dalam movie hindustan. Kejap lah bagi lah aku perasan. Walau tak merasa bercinta tapi kesempatan untuk mencintai. Tu diaa!! Terkaku boss di sana. Aku dah mula gedik. Selit rambut tepi telinga.

“Manisah. Apa punya habit awak ni. Dalam kereta buka kasut. Ni hah kasut boot awak. Tak kan nak masuk office kaki ayam”

Aku nampak boss dah berkejar bawa kasut aku. Dah terasa macam Cinderella. Macam mana aku boleh lupa. Ni semua kaki Gorilla la punya pasal. Menyakat dia sampai aku tak ingat nak pakai kasut balik. Malu lah tak kan aku tak malu. Jalan kaki ayam pun tak perasan. Kena pula depan boss.

“Awak ingat awak kat pantai ke Manisah? “

Boss senyum manis menghulurkan kasut boot ku yang dah kusam. Dah lama rasa nya aku tak kilatkan. Aku senyum balik. Pandang boss. Tangkap mood sikit.

“MANISAH! BERAT NI!. Kalau sepatu kaca Cinderella berbaloi jugak saya bawa lama-lama ”

“Thank you boss. Sorry.. Sorry. Anggap lah tu kasut kaca boss. Peace”

Oh boss andai aku dapat luahkan memang aku dah cakap lamar lah aku. Aku lah Cinderella mu. Sah aku dah PARAH!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience