BAB 17

Romance Completed 21641

Bila ku tak tenang. Aku suka melihat pantai. Angin yang meniup rambut ku. Deruan ombak. Aku rasa tenang bila ku tutup mata. Masya ALLAH. Tenangnya.

“Ehmm Hi Manisah”

Aku rasa angau aku ni dah tahap kritikal. Dalam jaga aku dah mimpi boss aku datang. Baru tutup mata menikmati indahnya alam .

“Boss , saya ni tengah buat terapi ni boss. Jangan lah datang . Siang malam sampai dalam tandas pun ada boss. Boleh tak hari ni tak payah datang?”

“Excuse me? Apa Manisah?”

Wah hebat nya penangan angau kat boss ni. Sampai aku boleh bersembang dengan boss macam ni sekali? .

“Manisah!”

Aku buka mata. Wah angau ku semakin parah. Macam real la boss aku depan mata.

“Boss izinkan saya tenung muka boss puas-puas ye. Saya rindu”.

Terkebil-kebil mata boss. Rambut nya di tiup angin. Eee handsome lah boss ni. Bulu mata lebih melentik dari bulu mata aku.

“MANISAH! Awak ok ke? Nak saya hantar awak balik atau hantar awak ke mental hospital?”

Aku jadi sangsi. Memang nampak real. Sampai jerawat boss yang tepi dahi kiri pun masih nampak. Ada mengelupas sedikit. Mesti boss ni suka picit-picit jerawat.

“MANISAH!!”

Aku terkejut. Selama aku angau tak pernah pun boss bersuara. Ni siap marah pulak?

Mampus. Ni memang boss aku. Harap dia tak dengar apa yang aku cakapkan tadi. Malu nya aku. Nak buat macam tak ada apa-apa pun rasanya memang aku tak mampu sekarang ni. Nak sembunyi muka macam mana. Tak kan lah nak jadi burung unta sembunyi kepala dalam tanah.

Contingency Plan Manisah! Bagaimana kalau aku buat pura-pura pengsan? Ye lah macam Haji Bakhil bapa Manisah dalam labu-labi. Tapi kalau aku pengsan nanti susah juga . Kesian mak abah . Membazir air mata sahaja menangis sedangkan aku tipu. Hmm cepat Manisah. THINK! THINK!

“Eh boss. Hi. Saya tengah latihan drama boss untuk persembahan ofis untuk hari raya tahun depan”.

Aku cuma mampu tersenggeh. Jantung aku dah macam ombak. Malu tak perlu nak kata. Muka aku ni dah terasa macam batu –bata beratnya.

“Wah hari raya tahun ni pun belum lagi, awak dah practice untuk raya tahun depan?”

Sekali lagi jawapannya hanya sengehan aku.

“Boss jogging ke?’ emm soalan jenis apa ni Manisah. Tak kan la boss nak shopping di pantai ni.

Boss menganguk dan senyum.

Dari jauh aku nampak Tammy melambai-lambai kat boss. Hati ku tiba-tiba pedih sangat.

“Ok lah Manisah. Saya jalan dulu. Awak tu jangan balik lewat sangat. Tak elok sorang-sorang”

Aku Cuma mampu mengangguk. Tengok la aku ni boss. Kalau jadi bini memang taat tau. Siap angguk terus.

Dari jauh aku lihat boss berlari-lari mendapatkan Tammy. Aku di sini…

sendiri ….

“Irfan Iskandar..” .. andai kau dapat rasakan cinta ini .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience