BAB 34

Romance Completed 21641

“Mak, mak ingat tak kat Nasran?”

“Nasran kawan Manisah dulu? Dah kawin ke dia? “

“Tak tau lah kalau dah kawin atau belum. Tapi kemaren Manisah jumpa dia”

“Elok-elok Manisah. Nafsu ni halus. Jangan terpedaya. Kalau suami orang tak perlu lah nak layan-layan mesra bagai. Lagipun kamu tu dah ada orang yang nak melamar. Jaga sikit”

“Ish mak ni. Siapa nak setuju. Kenal pun belum. Ok mak kita sambung nanti petang. Manisah dah lewat ni. Assalamualaikum. Labiu Mak”

Lusa sudah hari Jumaat. Boss nak nikah. Ya ALLAH sakitnya hati ini. Baju apa aku nak pakai untuk majlis tu? Aku ada baju kurung cotton putih bunga halus pink. Tapi kalau aku pakai takut aku pula macam nak menikah. Tak pasal-pasal aku buat perangai duduk dekat boss konon-konon nak menikah. Haishh Manisah. Jangan nak bagi buat hal. Lepas saja boss bernikah aku tak akan jejakkan kaki aku ke pantai itu lagi dan aku akan cuba cari kerja di tempat lain.

Boleh kah aku? Takut aku nangis meraung tarik-tarik kaki boss. Hahahaha hodoh lah!

Don’t worry manisah. In shaa ALLAH aku kuat. Jodoh itu kan sudah di tulis. Aku tak boleh bersedih. Aku akan doakan kebahagiaan boss dan Tammy.

Alhamdullilah sampai pun kat ofis ni. Nampaknya boss pun belum sampai lagi. Ada kereta Caren. Awal betul dia datang.

“Hi Manisah”

Bila masa lah boss aku ni terconggok depan aku ni. Tengah-tengah pasang kasut tak prasan ada orang.

“Waalaikumsalam boss. Baru sampai?”

“Sorry. Assalamualaikum”

Eee manis nya senyum mu boss. Mungkin inilah yang terakhir kali nya. Aku mesti lupakan boss. Mungkin aku akan terima lamaran lelaki yang maksu Aina nak kenalkan. Aku akan belajar mencintai dia seperti aku mencintai Irfan Iskandar.

“Manisah.. later kita lunch nak?”

Ikut hati nak saja aku ikut. Tapi aku harus belajar melepaskan. Harus redha pada ketentuan. Harus akur pada takdir. Harus kuat menempuh dugaan. Harus memujuk hati untuk sabar.

“Maaf boss. Hari ini saya ada janji dengan kawan”

Seperti berduri rasa lidah bila menolak pelawaan boss.

“Oh , tak apa lah kita keluar lain kali saja. Jom masok ofis”

Terasa kekok berjalan seiringan dengan boss kali ini. Maafkan aku boss. Cinta perlukan pengorbanan. Banyak cinta teragung tidak dapat bersama. Romeo dan Juliet, Laila dan Majnun. Walau nama mereka sentiasa meniti di bibir si pencinta. Cinta mereka terpaksa berkubur bersama kematian mereka. Itu bagiku cinta nafsu. Aku tidak mengaggungkan cinta yang macam itu. Aku lebih mengkagumi cintanya Khadijah pada rasul. Cinta demi redha ALLAH.

“Manisah. Awak ok?”

Aku Cuma mengangguk dan duduk. Lama juga boss berdiri di meja ku tapi aku pura-pura tak prasan. Dia berlalu masok . Aku tahu boss baik . Dan aku rasa menyesal kebaikan boss itu telah mengundang rasa cinta yang mendalam.

Dua hari lagi boss nikah. Ya ALLAH. Aku dah rasa nak demam. Cemburu ni harus aku buang jauh-jauh takut syaitan datang masok berbisik. Tak pasal-pasal aku bertukar jadi perempuan perampas. Nauzubillah.

“Jauh mengelamun Miss Manisah”

Terkejut juga aku tapi nasib kali ni tak melatah.

“Eh Naz. Cari boss ke? Ofis dia kat sana bukan kat sini”

“Wah Manisah dah tak nak melayan aku nampaknya. You masih tak maaf kan I ke?”

“Naz, dulu lagi telah saya maafkan. So tak perlu lah nak ungkit hal-hal yang lepas. Saya tak berminat untuk menjenguk sejarah lama kita”

“I understand. Atleast I tahu you tak dendam kat I . Syukur Alhamdullilah. Thanks cutie”

“Seronok nampak bersembang. Tengah bercinta ke? ”

“Eh Irfan. Aku baru nak masok ofis kau. Bercinta? Hehehe agaknya la. Andai dapat ku mengorat balik memang nak la Irfan.Cuma Manisah ni jual mahal. Apa kata kau rekomenkan aku kat Manisah. Kau bagitau lah aku ni masih single dan baik”

“Anak dah dua masih ada hati nak kata single Nas?”

“Weyyy weyyy jatuh lah saham aku!”

Boss tenung aku semacam. Macam harimau nak menerkam. Seramnya.

Hmmm Nasran dah kawin anak dua. Lagi lah aku kena jauhkan. SAY NO to SUAMI ORANG!

Cepat nya masa berlalu. Aku sendiri tak tahu bila aku mula jatuh cinta kat boss aku ni. Lusa pun dia dah nak menikah.

Pejam celik pejam celik dah petang rupanya. Dah pukul 5. Masa untuk balik. Hari ini aku nak pergi pantai. Mungkin hari terakhir aku ke pantai itu. Aku nak lupakan semua sekali pasal boss. Termasok pantai itu.

“Assalamualaikum . Hello Mak. Manisah terus brisk walk. Tak perlu tunggu Manisah ye. Sebelum habis waktu magrib Manisah balik”.

Ok dah sampaikan kat mak. Dah kosong rupanya ofis ni. Boss pun dah tak ada. Tak perasan pula aku bila masa dia balik. Sibuk la tu. Lusa dah kahwin. Hmmm kenapa lah hati ni rasa pedih sangat bila sebut perkataan tu. Tabah lah Manisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience