BAB 38

Romance Completed 21641

Dah sampai pun rumah Tammy. Kenapa lah kaki aku berat nak melangkah ni. Adakah aku sudah redha? Tapi boss suka aku. Kenapa dia teruskan pernikahan ini? Kenapa aku yang terluka?

Redha itu hanya hadir selepas sabar ..

Tenang itu hanya hadir selepas redha…

Yakin itu hanya hadir selepas tenang…

In Shaa ALLAH..

Aku nampak Caren dan Juwita melambai-lambai aku dari depan pintu. Aku mendapatkan mereka berdua.

“Cantek nya you Manisah” , sapa Caren.

“Manisah, nice baju kurung. Macam kamu pula nak menikah. Berseri-seri”, sambung Juwita pulak.

Aku tahu mereka hanya berbasa-basi.

“Jom lah tengok boss baca nikah”

Caren dan Juwita tengok aku semacam.

“Tammy lah!”

Hmmm Tammy ke boss ke sama lah juga.

“Jom lah dah lambat. Buka lah kasut tu cepat.Aku nak duduk dekat orang baca nikah! TERUJA sangat ni”

Caren dan Juwita hanya mengangkat bahu. Malas lah nak bertekak depan pintu ni.

Saat aku memijakkan kaki masok ke dalam ruang tamu. Ya ALLAH pelamin itu. Yang Kaki Gorilla post dalam IG. Cantek nya.. Andainya pengantin perempuan itu aku.

Aku nampak Tammy sudah mengambil tempat di atas cushion besar beralas kain satin putih. Cantek nya dia. Tertunduk malu dan sesekali mengangkat muka sambil memberikan senyuman kepada tetamu yang hadir.

“Hi ladies. Terima kasih sudi datang. Jemput lah duduk”

Terkejut juga aku. Apa punya pesen boss ni. Dah nak baca nikah sibuk jalan keluar ke dalam rumah menjemput tetamu. Tak ada adat ke apa?

Boss tengok aku. Aku tengok boss. Jantung aku pun berdebar.

Tiada kata-kata yang lahir hanya renungan. Aku suka saat ini.

Suara perempaun menyapa , “Emm Irfan. Dah ready dah.. Kejap lagi imam datang”

Boss seakan menjeling pada suara itu. Aku rasa aku kenal wanita itu. Yes. Itu auntie Erma mak Tammy.

“ Ok auntie. Sekejap lagi saya datang”

Auntie Erma tenung aku dengan pandangan yang tajam . Kemudian dia jeling aku. Pelik betul perangai orang dalam rumah ni. Agaknya dia tak suka aku sembang dengan bakal menantu dia. Hmm aku ni pun satu. Yang aku buat-buat comel depan boss kenapa? Nak mengoda suami orang? Kau jangan Manisah. Tak elok.

“Imam dah datang”

Bila aku terdengar imam dah datang lutut aku terasa lemah. Tak bermaya. Cepat-cepat aku mengambil tempat duduk paling dekat dengan pelamin.

Irfan. Aku akan merindui mu. Semoga kau bahagia. Tanpa sedar aku menangis. Kenapa aku perlu menangis? Boss pun bukan kekasih aku. Tiada hati yang di permainkan. Aku sendiri yang hanyut dalam cinta ciptaan ku sendiri.

“Manisah..psttt”

Kalau berbisik itu sudah pasti lah Caren.

“Manisah. Psttt. You nangis kenapa? “

Aku terkejut sendiri. Tangisan ku di perhatikan Caren dan Juwita. Juga orang-orang yang duduk dekat dengan aku. Malu nya tak terkata.

“Aku happy lah. Tammy cantek”

“Sampai tersedu sedan?”, tanya Caren lagi

“Ye ke? Tak perasan pula aku. Hehehehe. Peace”

“Pengantin laki dah masok”

Aku tak berani nak angkat muka. Aku takut aku tak mampu bertahan. Air mata pula seperti tak boleh nak di tahan-tahan. Wahai air mata jangan lah malu kan aku di sini.

“Mana walinya?”. Itu pasti suara imam.

“Saya walinya”

Suara itu…. Aku kenal suara itu….

Aku berani kan hati untuk mengangkat muka. Wali? Irfan? Boss?

“Irfan?”

Semua mata memandang aku. Aku sendiri terkejut atas reaksi yang bakal buat aku malu.

Aku sudah mula menangis. Air mata ni dah tak nak take team dengan aku. Aku cakap jangan keluar tapi nak juga mengalir.

Apa harus aku buat. Aku dah tak tahu nak buat apa. Malu pun ada. Rasa tertipu pun ada. Aku rasa lebih baik aku balik saja.

Aku berdiri tanpa perlu aku lihat tetamu yang sedang memerhatikan aku. Aku dengar suara

Juwita dan Caren. Aku dengar suara Irfan. Ah biar lah..

Depan pintu. Cari lagi kasut. Haishh mana la kasut aku tu. Aku pun dah tak jumpa. Aku pun dah malas nak cari. Balik saja la kaki ayam. Air mata aku pun dah jatuh mencurah-curah. Aku tak tahu air mata sedih atau gembira. Yang pasti aku tidak mahu ada di sini walau sesaat.

“Manisah…”

Aku tak nak menoleh. Aku tahu itu Irfan. Kaki ku lebih pantas berlari. Aku dah tak toleh kebelakang. Apa nak jadi pun jadi lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience