BAB 23

Romance Completed 21641

Pantai. Penawar lara hati ku. Pengubat rindu ku. Penenang jiwa ku. Masya ALLAH . Indah nya ciptaan mu ya ALLAH. Di dalam nya penuh hikmah.

Hari ni aku tak nak exercise. Aku cuma nak duduk santai menikmati udara yang bersih . Sentuhan bayu menyapa wajahku. Alunan suara angin dan ombak yang mengashikkan.

Hari ini aku bawa bekal. Tikar , kuih bakar mak tadi dan air kopi. Piknik sorang-sorang kat tepi pantai ni sambil menanti mentari menutup tirai senja dan menghamparkan kelambu malam.

Rahsia alam yang cukup indah.

“Assalamualaikum. Dah lama tunggu?Sorry lambat sikit. Tammy minta hantar pergi salon”

Jantung ku tiba-tiba dah laju. Suara boss kah tu? Tunggu? Bila masa aku berjanji? Boss ni dah macam aku agaknya . Suka perasan. Apa kena mengena hantar Tammy pegi salon dengan aku. Ada ku kesah kalau dia nak pergi warna kan rambut dia?

“Wah ni siap bawa tikar. Kata nak jogging. Kita dating ke ni?”

Aku dah tak keruan. Soalan boss satu pun aku tak paham. Bukan sebab aku tak faham bahasa melayu tapi pelik. Jogging? Dating? Tunggu?

Tak apa lah . Boss ni dah mabok cinta dengan Tammy. Tu yang cakap tak betul. Aku pun malas nak serabut kan otak aku ni. Aku ni dalam usaha nak lupakan dia time tu jugak dia depan mata aku.

“Hari ni saya tak jogging boss. Nak duduk sini waiting for sunset”

“Boleh I duduk sebelah you?”

Alamak aiii kalau suami aku dah lama aku suruh boss duduk bukan sebelah aku.Ni hah atas riba aku kalau boleh. Ish terover la pulak kan.

‘Sudi-sudikan lah boss”

Boss dah duduk sebelah aku. Jantung aku ni dah bunyi keretapi . Excited pun ada . Sabar Manisah. Perempuan kena ayu. Dah sudah aku dah menyelitkan rambut kat tepi telinga. Ni yang aku tak suka bila depan boss saja aku dah macam Ella. Semangat wanita melayu dah masok ni. Gedik nya aku.

“Manisah. Kenapa lately ni awak tak banyak bersuara?”

Alamak soalan killer ni boss. Tak kan aku nak bagitau aku patah hati. Kalau aku jawab tak ada mood nanti panjang pula soal nya.

“Tengah reserve suara boss. Nak ikut pertandingan nashid anjuran persatuan kat kampong”

Bukan tipu tau. Aku memang ikut persatuan kampong cuma aku bohong sunat. Aku tak ikut pun pertandingan tu. Aku rasa ini lah jawapan paling selamat supaya boss tak tanya macam-macam.

“Oh .. aktif juga kamu ni ye. Manisah . Tammy bagitau kamu one of the best student dulu. Kenapa kamu tak teruskan belajar?”

Tammy ni semua nak cerita kat kekasih dia . Mentang-mentang lah kekasih dia ni boss aku. Dah tak ada topic nak cerita kot. Sampai cerita pasal aku pula. Hmm sekarang kenangan silam datang balik. Tapi aku tak boleh terus lari dari kenyataan. Mungkin aku kena suarakan juga . Sudah ada telinga nak mendengar ni .

“Saya sakit boss. Sakit yang tidak boleh di rawat oleh doctor “

“Maksud awak?”

“Saya terkena hysteria masa dekat Uni. Selepas pada tu tiap malam saya sering di ganggu. Tidor tak boleh .Blajar tak boleh.Sampai satu hari saya tak ingat apa-apa. Mak bagitau saya sakit kuat. Tiga bulan saya koma. And I missed untuk menduduki exam. Lepas saya pulih saya jadi takut. Susah untuk sendiri. Tiga tahun saya jadi murung dan berubat di pusat rawatan islam. Saya selalu rasa macam ada sesuatu cuba mengigit jari kaki ni”

“And sebab tu awak pakai safety boots?”

Soalan ni aku rasa lawak. Boss ni time aku serious dia boleh utarakan soalan macam tu. Boleh aku tergelak depan dia.

“Mungkin lah boss.Hihihihihi. Saya rasa selamat dengan boots ni. Tak cantek ke boss?”

Boss tengok aku. Lama.

“Cantek”

Kenapa mata aku tak nak berkedip walau angin laut sudah meniupkan butir-butir pasir ke mata ku. Jantung aku pun dah macam sound effect cerita tamil masa bergaduh.

Boss tengok aku. Aku tengok boss. Indahnya saat ini. Tapi dia nak kawin. Tak boleh! Tak boleh!

“Boss nak makan kuih. Ni mak buat. Sedap tau”

Boss senyum. Aduhhh manis nya. Matanya . Alamat tak tidor lagi aku malam ni. Boss ni memang racun lah. Racun BAEK punya.

“Boss kejap lagi sunset. Suka tangkap gambar dan masokkan dalam IG. Saya perasan boss. Saya perasan saya ni berjiwa seni. Photographer walau hanya pakai handphone. Nak beli camera canggeh tak mampu. ”

“Comel”.

Boss. Aku dengar itu. Aku saja pura-pura tak dengar.

“Manisah. Jom selfie”

Pucuk di cita ulam mendatang. Nak lah siapa tak nak kan.

“Boss boleh saya masokkan dalam akaun IG saya?”

“No problem lah asal jangan buat caption tak kena pada gambar ok. Manisah boleh tak dalam gambar ni jangan muncungkan mulut tu. Senyum lah. Cantek tau”

Aku dah mula gedik. Selit rambut tepi telinga. Dan senyum.

Berbunga nya hati ku. Boss .. I love you. Eeeee andainya aku dapat luahkan. Pipi aku masih terasa panas sebab malu bila boss tenung aku. EEEE bestnya hari ni. Terasa terbang tinggi. Yipeeeee!!!!!!!!!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience